Memperkasa diri – Duit raya, ang pao, hong bao, duit kopi….rasuah

Saya tidak bersetuju dengan amalan atau budaya Duit Raya. Pada pendapat saya ia membawa kesan negatif kepada sistem nilai bangsa malahan tidak membawa manfaat keatas kerohanian diri.  Ia bukan kaedah yang betul untuk bersedekah.

Kepada masyarakat Melayu, duit raya adalah satu agihan atau hadiah yang dihalalkan sewaktu menyambut Aidilfitri. Saya melihat duit raya sebagai satu contoh penerimaan ganjaran tanpa usaha. Sejak kecil mereka terdidik   menerima  wang tanpa usaha apabila datang Ramadan atau Syawal. Sesiapa yang memberi layak dihormati dan dikunjungi. Sesiapa yang tidak memberi  pelokek. Lebigh buruk lagi  jika dipanggil siBakhil, walaupun secara gurauan.

Sang pemberi kononnya bersedekah. Ada yang mengatakan hikmahnya mengalakkan anak-anak kunjung mengunjung. Memang benar ada unsur sedekah tetapi   kesan buruk kepada sistem nilai dan budaya masyarakat amat buruk sekali . Pada pendapat saya  ada kaedah yang lebih berkesan.  Berfitrah teruslah kepada yang memerlukan seperti yang dituntut. Sedekah dan fitrah diadilfitri tidak terhad kepada zakat peribadi  RM 5 sekepala. Segala pengurangan dan penjimatan didalam proses”abstinanace” dirayakan dengn penoh kegembiraan melalaui zakat dan sedekah Syawal.

Budaya ini menular kepada amalan  ditempat kerja. Dihujung  Ramadan saolah-olah pemberian rasuah dan penerimaannya dihalalkan dibawah panggilan duit raya. Malahan kakitangan samada kerajaan atau swasta ada yang meminta duit raya tanpa segan silu.

 Seterusnya diluar Ramadan dan Syawal, pemberian wang bersampul  berleluasa semasa pilihanraya sama ada peringkat parti atau umum. Titik permulaan politik wang pada pendapat saya adalah duit raya dan  jika amalan ini dipanjangkan di bulan bulan lain, ia adalah rasuah. Budaya Penaungan, Patronizing culture yang tidak banyak beza dengan budaya feudal.

Dibulan Syawal atau Ramadan, kita akan  melihat pemimpin negara bermula dari Perdana Menteri sendiri menjaga pintu rezeki, melayan barisan penerima duit raya.

Kita juga melihat amalan yang serupa didalam mentadbir negara dan negeri.  Apabila Terengganau diberi peruntukan Duit Ihsan,  nama gantian royalti petroleum, mereka ketandusan ide. Rakyat Terengganu kecil dan besar menerima wang runtuh tanpa bekerja. Walhal adalah lebih berkesan sekiranya, biasiswa, atau latihan atau banyak bentuk lagi program “mengajar menangkap ikan dan bukan diberi ikan” yang boleh dilaksanakan.

Ia menular didalam pemberian kontrak. Perunding Kejuruteraan Malaysia berbaris untuk menerima kontrak Perundingan secara bergilir dan bukan mengikut kepakaran atau merit. Akibatnya mereka yang tidak layak diberi tanggungjawab, yang tak setara.  Industri perunding kejuruteraan  tenat kerana tidak dapat bersaing. Lebih mengerunkan, ada bencana yang menunggu masa.

Kontraktor Kelas F juga bergilir bagai menunggu duit raya untuk diagihkan projek.

Pokoknya, saya percaya amalan rasuah, tidak dipandang negatif oleh bangsa Melayu kerana telah menerima nilai “wang tanpa kerja” hasil pendidikan berterusan setiap Ramadan dan Syawal bermula daripada pemimpin sehinggalah ke sianak kecil.

Diakhir Ramadan ini, berfikirlah sejenak sebelum menyediakan sampul hijau. Benih  pemikiran wang tanpa usaha dan rasuah mula  saudara tanam disanubari anak-anak. Didalam realiti hidup, rezeki perlu dituntut melalui usaha. Duit raya, ang pao, duit kopi, rasuah  bertali kait dan tidak banyak perbezaannya.

6 Responses to Memperkasa diri – Duit raya, ang pao, hong bao, duit kopi….rasuah

  1. mofadz says:

    Pendidikan yang betul bermula dari rumah. Ya. Saya setuju bahawa budaya “duit raya” ini tidak dididik dengan betul oleh generasi sebelem kita.

    Jadi, apakah rangka kerja untuk membetulkan keadaan ini?

    Saya sendiri sebagai ibu-bapa akan cuba mendidik anak-anak saya untuk memahami perkara ini engan lebih mendalam dan tidak secara buta-buta meneruskan budaya ini tanpa berfikir mengenai segala aspek keburukan ataupun manafaat daripada tindakan kita memberi atau meminta “duit raya”.

  2. mooke says:

    barely translates as no duit raya from inspigob, ever!

  3. thebanglacokney says:

    final year ni kirim la ye duit raya, kepala asyik tension aje ni, bday pon nak dekat . kirim lebih ye

  4. Sebenarnya begini, duit raya untuk budak2 digalakkan hanya kerana hari lebaran dan ada niat unsur sedekah pada budak2 tersebut.

    Duit kopi pula tak boleh diberi kerana itu adalah titik permulaan pemberi duit rasuah.

    Duit upahan seperti gaji adalah halal diberi kerana perkerjaan yang disumbang.

    Duit ang pau itu sajalah yang memisahkan maksud pemberian wang.

    Maka boleh dikatakan yang mana tidak patut diikuti dengan membawa hasrat yang tidak dibenarkan agama ataupun undang2 negeri, kita jangan sekali2 menghalalkannya.

  5. inspigoblog says:

    Malangnya anak kecil tak perlu sedekah.Bersedekahlah kepada fakir dan miskin dan kepada siapa yang memerlukan. Bersedekahlah kepada adik beradik yang mungkin malu nak meminta.

    Budaya dapat wang tanpa kerja adalah budaya bahaya. Malangnya ia bermula di peringkat anak kecil. lihat apa jadi pada budaya ang pao orang cina.

    Budaya negatif perlu dihindar.

  6. [...] Pengujaran rasional duit raya yang bagus dan kritikal.Satu perspektif yang tidak patut diabaikan umumnya!! [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: