Apa itu Akta Hasutan? Bila Blogger Raja Petra didakwa…

Olih kerana dibawah undang undang Malaysia,  bahasa Inggeris adalah bahasa rujukdan bahasa  pokok, saya meneliti takrifan SEDITION iaitu perkataan inggeris untuk Hasutan.

Kamus Webster mendefinasikan SEDITION sebagai the crime of creating a revolt, disturbance, or violence against lawful civil authority with the intent to cause its overthrow or destruction . Di alihbahasakan ia berbunyi ” jenayah menyebabkan derhaka, kekacauan dan rusuhan terhadap kerajaan dengan maksud menjatuhkannya atau memusnahkannya

Akta Hasutan di malaysia diwarisi dari Kerajaan Inggeris yang khuatir anak-anak negeri menguna apa cara untuk menyahkanya dari Bumi Malaya. Sekiranya seorang guru menanamkan semangat kemerdekaan dikalangan muridnya, maka guru telah melakukan jenayah. Atau Pegawai Daerah atau Penghulu atau pejuang kemerdekaan berkumpul merancang menentang malayan Union, semuanya bolih dihumban ke penjara.

Apabila Merdeka adalah logik, akta hasutan dikuburkan.  Bagaimanapun Kerajaan demi kerajaan meneruskan malahan menambah maksud dan aktiviti yang dianggap menghasut. Antara yang termasuk didalam akta ini ialah, mempersoalkan Perlembagaan khususnya berkaitan dengan Raja-raja Melayu, hak orang Melayu dan kedudukan bahasa Melayu.

Raja Petra telah didakwa kerana tulisannya, ALTANTUYA – Let us Send the Murderer to Hell. Mari Kita humban Pembunuh ALTANTUYA ke Neraka Jahanam.

Didunia siber kini satu rukun SIBER  telah dikompromi atau petua telah dilanggar. Jangan sekali-kali mendakwa blogger, implikasinya seperti barah dan api yang merebak.  Seharusnya Biarkan sahaja, didunia siber, jangan sekali-kali membawanya kealam nyata.

Tanpa membuka ruang debat samada Akta ini masih diperlukan atau tidak, atau, akta ini zalim atau tidak, persoalaannya, adakah ini tindakan yang bijak yang benar-benar bolih menjatuhkan kerajaan dan menghasut rusuhan, derhaka?

Sekiranya benar-benar RPK telah menfitnah, kenapa tidak disaman sivil? Satu soalan yang menghantui saya. Mungkin ada dikalangan penasihat kerajaan yang kurang bijak.

 

 

 

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: