Bila Tentera Di Kerah Menjaga Keamanan Awam. Bahaya!!!

Apakah yang berlegar dibenak mereka? Ketua Polis Negara dan Panglima Tentera Darat berbincang untuk mengadakan Latihan Bersama mengawal kententeraman Awam. Didalam suasana demokrasi yang menunjukan petanda petanda liberal, maseh ada yang berfikiran feudal khususnya yang menyarung uniform hijau cuba menunjukan condong politik. Mengunakan bahasa yang keras,  mahu jadikan institusi tentera bagai institusi anjing belaan bukan yang menjaga kedaulatan negara.

Institusi Polis ditubuhkan untuk menjaga kepentingan pemerintah, dan kaum elit, termasuk yang betul dan yang diktator. Tentera pula adalah suatu institusi apolitikal menjaga kedaulatan negara.

Kita telah lihat bagaimana bencana dinegara lain bila Tentera membelasah rakyat. Ia mungkin  hanya bolih dibenarkan apabila Darurat diistihar. Itupun perlu persetujuan Parlimen. Kali terakhir Tentera dikerah ialah pada 13 May 1969.

Saya sangsi dengan komplot antara Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.

Leave a Reply