Anthony Burgess atau nama sebenarnya John Burgess Wilson, adalah seorang penulis novel tersohor british diabad lalu. Bukunya yang terawal ditulis diMalaya, semasa beliau bertugas sebagai guru di Malaya. Malahan cerita nobel nya Malayan Trilogy berkait dengan pengalamannya mengajar di Malay College Kuala Kangsar.
Abdullah Ahmad, salah seorang murid Burgess, menulis didalm bukunya , Mr Wilson tidak seperti Guru guru British yang lain. Kali pertama beliau memulakan tugasnya, pelajar sedarjah terpegun, seorang mat salleh yang berbaju renyok, tidak bertali leher tidak seperti guru Inggeris yang lain. Kata Tan Sri Abdullah lagi ” we know we are in for an exciting time, this guy is different, this is the working class British that the colonialists have been trying to hide from us”. Satu pandangan yang penuh bermakna, bagaiman seorang guru merubah pandangan dan persepsi Melayu terhadap penjajah.
Malangnya Burgess tidak begitu diingati. Bukan salah masyarakat Melayu sahaja, malahan di tanah tumpah darahnya Burgess tidak diberi penghormatan sewajarnya. Tidak begitu pelik sekiranya kita fahami pemikiran Inggeris, beliau katolik, mempunyai darah Irish berketurunan working class dari manchester dan yang menakutkan sekali Burgess anti establishment.
Bagaimanapun baru-baru ini bekas murid Mr Wilson, bersama seorang peminat setia nya Sharon Bakar telah mengadakan Majlis Memperingati Mr Wilson. Seorang pengkaji Anthony Burgess Professor Spence telah dijemput memberi penghormatan kepada Novelis extrodinairre yang masuk Melayu itu. Satu majlis intelektual yang jarang benar dianjur Di dunia sebelah sini.
August 8, 2008 at 11:34 am |
thanks a lot for writing about this. i think the evening touched a lot of people. and hope fully there is something even better to come – a conference centered on burgess. as they say, stay tuned!
August 9, 2008 at 5:05 am |
sharon,
This is my second posting on burgess in malay. My earlier posting “anthony burgess cerita seks melayu” attracts a fair bit of traffic.
I particularly like that malay phrase bila rumah ratip which many present day malays cannot comprehend
August 11, 2008 at 5:12 pm |
anything about “seks” is bound to hehe