Membina, memperkasa Manusia Melayu #1 – mengenal melayu Melalui sajak MELAYU Usman Awang

Saya berpendapat, Sajak Usman Awang MELAYU, satu stereotaip bangsa yang tidak adil, berprejudis dan tidak boleh dimaafkan. Sajak ini merendahkan martabat beliau sebagai Sasterawan Negara anugerah itu sendiri dan mereka yang terlibat dengannya.

Dari sudut pandangan atau andaian terbaik ia mencerminkan kekecewaan. Nukilan seorang yang tidak berdaya yang hanya boleh berpuisi melaungkan semula pandangan antimelayu penjajah dan kaum pendatang.

Pandangan beliau mungkin tipikal anak SEDILI yang dijajah yang mempunyai perspektif yang terhad. Sememangnya spesis Melayu a la Usman Awang ramai yang kita jumpa melaungkan segala yang negatif tentang Melayu. Satu Bangsa agung tidak dibina berasaskan kecacatan. Walau apa bangsa apa pun, seorang penyair atau pemikir agung tidak akan menstereotaipkan satu bangsa atau kaum. Amalan sejagat, pandangan perkauman dan prejudis datang dari minda kerdil.

Sajak Usman Awang tidak membantu membina bangsa. Seharusnya pembinaan bangsa memahat ciri ciri unggul mendifinasikan Melayu secara positif dan menangani sikap buruk secara spesifik dan berhemah. Jangan kerana dibuai kata kata indah, kita menghalalkan kaedah yang salah.

Usman Awang dan sajak MELAYU nya tidak bijak dan tidak layak diberi penghormatan kerana sikap fatalistiknya dan negatifnya.

Mungkin beliau menceritakan masyarakat Melayu Kuala Sedeli. Anak Jawa diBatu Pahat dan Sabak Bernam, sudah tentu tidak setuju disekongkolkan dengan sesuatau yang negatif sedang ia bertungkus lumus membanting tulang membuka sawah dan ladang. Begitu juga Mamak dan mualaf yang tidak berpeluang mewarnakan persepsi apa itu Melayu.

Sajak ini membolehkan kita mengenal kecacatan pemikiran sebahagian daripada Melayu, yang malangnya didalam arus perdana sehingga satu sajak prejudis pun diagungkan.

Kejayann hanya boleh dibina melaui kejayaan. Sesuatu yang berprejudis akan menghalalkan dan meneruskan penindasan bangsa. Penindasan tidak emestinya datang dari luar dan berbentuk fizikal atau ekonomi.

Apakah salah nya anakmelayu yang mentah dibebankan olih prejudis Usman Awang? Mindanya akan terus tertindas kerana puisi ini mengapikan prejudis antimelayu yang memang sentiasa ada.

Saya bermimpi Usman Awang berfikiran Agung menulis
Melayu itu berani jika bersalah melayu itu berani kerana benar
Kecut takut kerana benar kecut takut jika bersalah
Janji simpan di perut janji sentiasa di kota
Selalu pecah di mulut biar mati adat
Biar mati adat Jangan mati anak jangan mati syariat

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan,
asal kan dapat pulangan dan ada kiraan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
hujan emas dinegeri orang
"Dagang lalu nasi ditanakkan akan ditinggalkan negeri sendiri
Suami pulang lapar tak makan
tak kan diinggal anak kebuluran
Kera di hutan disusu-susukan biar kera balik kehutan

Malangnya Melayu itu kuat bersorak biar kuat kuat sorak dan kerjanya
Terlalu ghairah pesta temasya biar ghairah pestanya
Sedangkan kampung telah tergadai
jadikan dunia kampung nya di manamana
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sejalur dijadikan modal
Tanah sebidang mudah terjual sedia berdagang, mengembali maruah, menebus yang tergadai

Meski telah memiliki telaga melayu miliki telaga
Tangan masih memegang tali memegang tali
Sedang orang mencapai timba mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali pisang nya berbuah berkali kali
Melayu itu masih bermimpi mendatang hasil bukannya mimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih tidak berdagang di rumah sendir

SAya bukan Melayu Usman Awang !!!

18 Responses to Membina, memperkasa Manusia Melayu #1 – mengenal melayu Melalui sajak MELAYU Usman Awang

  1. pezze says:

    First of all, this is a good rebuke, for lack of a better word in my head right now.

    For some reason, the current “Melayu” only looks at recent history, which shows Melayu in negative lights. Interestingly, it is the non-Melayu who are looking further back and know who the “Melayus” really are.

    A few months back I have read a book by our renown Malaysian scholar, Prof. Khoo Kay Kim on the subject of Melayu and another book by a Malay author who did some research on the Malays’ involvement in commerce and trade. A very interesting picture emerged.

    Today, most Malaysians or more typically the Malays see ourselves stereotyped being Chinese as merchants & businessman, Malays as government servants and farmers (and the cronies who benefitted from the government’s privatisation program) and Indians as professionals such as doctors, lawyers or estate workers. The British left us almost 50 years ago but sadly, we Malaysians especially only look at our history only as far back as the British period or the Melaka Sultanate. Very seldom or rare we look at who we were beyond that.

    From the books that I read, which I said that a very interesting picture emerged, the Malays were not farmers! We had been traders and in business long ago, as well as being builders. We built houses without nails! We built boats, sailing ships (interestingly this tradition is being revived by a French woman in Pulau Duyong, Kuala Terengganu!).

    Sadly also, we have yet to change our mindset. We are still looking at ourselves as a sad race. I don’t know when this actually started but I think it really started when Melaka fell to Portuguese. It is also compounded by our loyalty to the Sultans (in my opinion). With continuous failure to wrestle control back from the invading foreigners, the Sultans lost their self-belief and strength (I belief so), and thus the Malays then. This was then hammered on again by the British as they seeked to divide and conquer.

    Interestingly, when the Pangkor Agreement was signed, we were taught that was the time when the British effectively had a control in Tanah Melayu. The agreement however, was only for the Sultan to accept a British “Adviser” or “Resident”. Interesting I say because a Sultan, who is a ruler, accepts orders from an “adviser”. I guess this was also the beginning of the Malays accepting this kind of stupidity mindset.

    Soon, all things British and western were superior. “Made In England” was the print that everyone looked for when they were buying any goods. This mindset prevailed til today!! Things made in this region are of inferior quality. Western mindset is good etc. Man, I always have an argument with my dad on this. He’s a product of a very British education, in the sense that he went to an English medium school in the 50’s and 60’s.

    Admittedly, there are some good values and things from the west. But not to the extend that we are beneath them. People, please remember that as a civilisation, we and others thrived while the Europeans were still struggling and grappling in the dark ages. When was Borobudur or Angkor Wat built? When did the Malays wondered down from the south of what is now China down to Malay Archipelago? Did we just drop here due to the centrifugal force of the rotating earth? No! Did we simply cross the seas to Indonesia and floated again back to Malaysia? No! We had built boats, ships. We had to organise, we had to have some supplies, we had to have some sort of financing etc. Thus, we are capable just like any other races in the world, maybe more so.

    Thus, to Usman Awang and the likesI would say, stop pitying yourself. Wake up, greet the sunshine, greet the rain or whatever that may. Bring our race to greatness again.

  2. kamarul says:

    Sajak ‘Melayu’ oleh Usman Awang cukup mengusik kalbu pada mereka yg betul2 memahami isi kandungannye… nukilan itu bukan kerana pandangan yang singkat atau ketidak puasan hati… tapi sekadar pantauan beliau sebagai orang melayu yang hidup di negara melayu… pandangan yang ikhlas… dan bagi pendapat saya cukup benar dan tepat… mungkin kata2 nye tidak mengikuti citarasa si empunya goBLOG ini yang lebih suka pada sajak atau bentuk2 kata kearah motivasi dan utk memperkasakan minda… tapi cukup sekadar saya kata nukilan Usman Awang adalah satu karangan yg cukup ikhlas kepada marjoriti masyarakat melayu sekarang….

    berani kerana benar.. akui sajalah walaupun 80% kuasa politik adalah milik melayu di negara melayu ini… 80% kuasa ekonomi adalah di tangan bangsa lain..

    wassalam

  3. inspigoblog says:

    Dibuai kalbu memang mengkhayalkan. Dibuai lagu merdu kata kata indah hinggakan prejudis dan stereotaipan bangsa bukan sahaja dihalalkan tapi diagungkan.

    MaRI KITA belajar membezakan rupa dari isi, Form versus substance.

    Saya tidak benarkan anak melayu apabila dilahirkan sahaja telah dibelenggu prejudis usman awang dan yang sekariah mindanya. akIBATNYA Anak Melayu berumur 18 tahun kematanganya 10 tahun di belakang anak kaum Cina dan India. Didalam perlumbaan 100 meter anak melayu bemula 10 meter kebelakang. Walaupun gagah, beban yang dibawanya terlalu berat hingga ditinggalkan di belakang.

    Bangsa Cina memiliki lebih besar kekayaan negara. Mereka bangsa agung dan berjaya kerana mereka mengagungkan budaya, peradaban dan tamadun bangsa. Pernah dengar Cina mengutuk Cina?

    Walaupun pada mulanya saya tidak begitu setuju dengan pembentukan istilah MELAYU BARU, saya sedar betapa mengecewakan minda Melayu Lama. Sekarang lebih mengalakkan lagi melihat anak anak muda Melayu mahu jadi WORLD dan MONDIAL kerana jemu dengan MELAYU BASHING oleh melayu.

    Mari kita berani melawan arus.

    melayu bangunkan melayu..

  4. putra_kenchana says:

    Mengapa terlalu melampau memomokan tentang kemunduran dan keburukan orang Melayu…..Jika dilihat dari sudut lebih global….Masyarakat Melayu lebih baik dari kaum Kurdis di Iraq, Kaum Gipsis di Turki & Eropah Timur, sebahagian besar bangsa kulit hitam Afrika….kaum kulit putih Amerika Selatan seperti Bolivia, Peru, Brazil, Mexico, Ecuador, Paraguay,Uruguay……Puak Asli Amerika Tengah seperti Panama, Handuras, Nicaragua dan Kaum Turkish di negara-negara bekas tanah jajahan Russia jauh lebih daif dan mundur dari masyarakat Melayu di Malaysia…..malah ada sebahagian dari bangsa kulit putih dari negara-negara tersebut mencari makan di bumi Malaysia yang permai ini sebagai pelacur semata-mata untuk mencari sesuap nasi.

  5. inspigoblog says:

    Putra kencana,
    Cauvinism juga berlaku sesama bangsa. Ia mungkin begitu ketara dikalangan bangsa Melayu kerana keterbukaan Melayu menerima pelbagai kaum jadi Melayu. Maka berlakulah perasaan superiority antara kaum: antara arab,banjar,acheh, mamak, pakistan, bangladeshi, afghan, dll setiap satu merasakan kelebihan. Maka yang menjadi mangsa adalah Melayu walhal kecacatan itu tidak lebih kecacatan kaum.

    Konsep Bangsa Melayu adalah satu fenomena baru. Sebelum ini ia tak lebih dari lingua franca. Didalam kurang satu ratus tahun satu bangsa terbentuk, jangka masa yang tidak lama. Boleh tahan …. (not bad)

  6. Alex Chua says:

    Melayu sekarang sedang mundur. I’m not racist alright. Bukan nak mengata tetapi mata wang singapore lebih besar dan berlipat harganya daripada mata wang bumi putra meaning (malaysia). Dan bukan saja orang putih yang menjadi pelacur tetapi minah melayu juga. Saya ini orang cina singapore dan saya juga ada banyak kawan melayu tetapi menyokong cina serperti saya. tidak boleh buat apa lagi kalau colleague saya sudah bersikap demikian. Kalau kalian tidak percaya apa saya cakap, pergilah tinjau di dalam World Government Resourses Website. Compare your country rating to mine. Copy and paste on your internet explorer address bar.

    Malaysia
    http://www.ttnet.net/risk/Country_Risk/AA0D49EEF4F35918C12569CF00377219.html

    Singapore

    http://www.ttnet.net/risk/Country_Risk/F60151AB8D64BF71C12569CF0037DA4A.html

  7. azie says:

    Saya adalah anak melayu kelahiran Singapura tetapi telah kini menetap di Malaysia selama 13 tahun setelah berkahwin orang melayu Malaysia.Atas dasar ini saya berpeluang untuk mengenali melayu malaysia dan singapura mahupun cina malaysia dan singapura.

    Teringat saya pada satu insiden di Pantai Medical Center di Bangsar pada beberapa tahun lalu ketika saya sedang duduk bersama anak saya di lobby.Tiba-tiba datang sepasang bangsa cina bersama anaknya.Nampak gaya mereka ni educated chinese.Si bapa menyuruh anak perempuannya , lebih kurang 8 tahun, untuk duduk disebelah saya kerana itulah saja kerusi yang kosong pada masa tu.Tiba-tiba si anak menjawab dengan selambanya: ” I dont want to sit next to the malays”.
    Kalau anda orang melayu berada ditempat saya pada masa itu, apa anda akan buat?Marah?

    Pada awalnya saya agak terkejut kerana selama hidup di singapura sebelum ini tidak pernah saya mengalami insiden seperti ini.Di singapura, jiran tetangga saya adalah kebanyakkannya cina.Rakan sekolah rata-rata cina tapi kami hidup dengan harmoni dan bekerjasama.
    Tiba-tiba di Malaysia begini pulak caranya.
    Ibu-bapa budak cina tu agak terkejut jugak dengan kata-kata anaknya.Mereka agak malu dengan saya tapi saya terus senyum untuk nak berkawan.Bagi saya kenapa sianak kecil itu boleh berfikiran demikian dan bukan ibu-bapanya.Lalu saya bertanya pada budak tu “Why did you say that?”Dia menjawab” Because they like to tease me in class.”
    Sekarang apa pendapat anda? Salah siapa?

    Kalau kita lihat hingga ke hari ini,orang cina ni, baik di Malaysia mahupun Singapura, they mind their own business.Dia tak kacau orang melainkan orang kacau dia.Macam along-along ni yang mangacau dan membunuh sebab orang yang berhutang tak tepati janji untuk bayar balik.Dan yang nenyedihkan rata-rata yang berhutang melayu pulak.
    Cina ni bekerja kuat untuk kemajuan tanpa perlu sakit-menyakiti hati orang lain, kiasu tapi bagi saya dianggap baik kerana bersaing untuk kemakuan diri sendiri. Apa salanya?

    Sementara melayu ni kebanyakanya akan masuk campur urusan orang lain dulu untuk nak mencapai kemahuannya sebab tu hingga kini melayu terkenal dengan hasad-dengki, hasut-mengasut, cemburu dan irihati. Melayu ni lebih bersikap asal-ada ( contented) dan bukan risk-taker.Ini kenyataannya sebab itu ekonomi kita dipegang kaum cina.

    Walaupun demikian, saya tetap respect pada melayu yang telah semakin ramai maju kedepan. Saya sendiri mengenali mereka secara peribadi. Boleh dikira satu aspirasi untuk malayu boleh maju.Jadi sebenarnya melayu sekarang sedang berubah.Berilah ruang dan harapan terutama kepada anak-anak bangsa melayu untuk terus beubah kearah kebaikan.Tidak kiralah jika mengambil sedikit masa tapi yang penting sekarang adalah proses perubahan yang dilaluinya agar ianya senantiasa positif dalam apa cara sekalipun.

    Maka sebagai ibu-bapa anak malayu di abad ini, yang di tuntut sekarang adalah apakah peranan dan sumbangan kita untuk membina dan memperkasa anak-anak melayu yang akan menjadi aset kepada manusia melayu di alaf baru.Saya merayu jika perlu supaya kita orang melayu bersatu teguh membina dan memperkasa manusia melayu.Action speaks louder!

  8. inspigoblog says:

    azie, chauvinism unfortunately is best bred at home. your experience at pantai is actually the product of racial chauvinism. we must not be drawn into this maelstrom or whirlpool, be it inter-racial or intraracial.

    my reason for writing this piece, is to illustrate that racial prejudices can stem from the most unlikely place, amongst people of the same race. in this case from a well decorated laurrette.

    Every child deserves to be free from any form of prejudices or any act of chauvinism.

    As for alex, the moment we free ourselves from seeing things from the racial perspective, then we can call ourself non-racist.

    Every race has its warts and all, it does not mean that one is superior than the other purely because one is from a particular race.

  9. dil~ says:

    dude,
    open your eyes..for GOD sake~
    look beyond the words
    see between the lines
    think otherwise
    cause THOSE are what it really meant.

    ..wasalam..

  10. inspigoblog says:

    go on dude, tell that to your kids. Unshackle them….today is Maal Higra, Liberation day.

  11. […] mathematical proof in support of marking the hand of the thief, rather than severing it. Verse 12:31 refers to the women who so admired Joseph that they “cut” their hands. Obviously, they […]

  12. asnida daud says:

    Hai inspigoblog…is it ok if I use your counter of Usman Awang Melayu for my presentation ?.Looking forward for your favourable reply.I am a teacher in Singapore who wants to provide and (provoke)avenues for critical thinking on Malays.THank you.
    Maybe we can keep in touch.thnks again

  13. ari says:

    sedarlah ambil pengajaran

  14. mrbelia says:

    ermm kadang2 sya sendiri malu dgn situasi ini.. Dalam kehidupan kita di bumi yg sama , kita langsung tak mahu menjerumuskan diri dalam kancah perkauman. Tapi ada yg mencuit2 hal2 agama dan hina menghina antara satu sama lain. Sehingga menjadi kebencian diantara manusia . So fikirlah melayu cina india , malaysia singapore juga brunei , bila lagi kita mahu damai dan hidup dalam satu bumbung yang harmonis..

  15. zaidi668 says:

    sajak ‘Melayu” harus dilihat melalui kerangka seninya wahai Tuan. Jika mengkehendaki sesuatu yang tepat dan jelas, realiti tanpa selindung seharusnya kita meneliti saja jurnal-jurnal sains yang lebih ilmiah yang penuh dengan bukti-bukti yang dapat diterima oleh akal.

    sajak ini layaknya adalah irama nyanyian yang amat merdu walau kita tidak mampu memahami apa yang dikatakan oleh sang penyanyi.

  16. inspigoblog says:

    sila google budaya miskin or “culture of poverty”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: