*Memperkasa Diri #2 – pulangan dan kiraan, BERKIRA tidak hina

Di dalam suasana kampong, jiran, saudara dan tolan adalah jaringan bantuan sewaktu kesusahan. Termaktub didalam aturan adat, budi akan dibalas tanpa berkira. Ia difahami oleh semua, berlapis pula dengan niat murni dan tanggungjawab terhadap jiran dan saudara dan kawan. Di Kenduri kendara, semasa didatangi musibah, atau kehabisan asam garam daun kari dan pandan, jiran terdekat adalah insuran lindungan yang sentiasa ada.

Sewaktu masyarakat melayu, tidak terlibat langsung didalam aktiviti dagangan, dan pucuk ubi tidak mempunyai harga, konsep beri memberi dan petik memetik tanpa perkiraan adalah amat berkesan. Ini menyebakan sifat BERKIRA merupakan suatu gelaran yang dianggap hina kepada melayu.

Ini bukan bermakna melayu tidak tahu menilai, tetapi kerana budi tidak ternilai, melayu tidak dapat membezakan diantara budi dengan kiraan, dan meletakan jual beli beramanah sebagai sesuatau yang membawa nilai budi.

Konsep tolak ansur juga adalah cacat. Tolak ansur hanya boleh digunakan didalam rundingan yang mehasilkan keuntungan dan bersyarat. Malangnya anak melayu sejak kecil diajar pentingnya bertolak ansur tanpa syarat. Didalam pendedahan bermasyarakat terawal, iaitu dikalangan adik beradik, yang besar bertolak ansur kepada yang muda, atau sebaliknya. Didalam konteks bertolak ansur sebagai tanaman budi jangka panjang, pertalian yang berdasarkan tolak ansur berkesan. Bagaimana pun, apabila terdedah dengan masyarakat luar, Melayu menjadi bahan habuan yang amat mudah.

Budaya ini wajib dibetulkan dan berkira diperkenal semasa mendidik anak anak lagi. Seharusnya, pertalian sama untung atau win win dijadikan dasar penyelesaian konflik dan keperluan. Tolak ansur adalah adalah hampir sama dengan lebih kurang, satu yang lebih dan satu berkurang atau win lose. Sesuai dengan budaya yang tidak asertif atau berkeras, selalunya Melayu lah yang mengalah dan memperolehi yang kurang.

Mesej yang perlu disampaikan ialah tidak ada salahnya berkira. Ia bermula dengan meletak nilai kepada semua barangan dan perkhidmatan.

"Alaaah berkira sangat kau ni" satu cakapan yang sentiasa didengar.

" Pelokek dan bakhil, berkira sangat" dialog ini meyetarakan berkira dengan Bakhil satu gelaran yang mencemuh dan menghina.

Kecacatan keupayaan berkira dan meletak nilai satu kelemahan teras yang membawa kesan keatas kedudukan ekonomi melayu. Akibatnya rambutan busuk dipokok, jambu air melacak ditanah, pucuk ubi dimakan kambing.

Tanpa keupayaan menilai dan meletak harga , akauantabiliti dan seterusnya responsibility atau tanggongjawab adalah sukar ditanamkan didalam sanubari melayu.

Anak anak seharusnya diajar berkira, dan tahu menilai. Seterusnya didalam pertalian dengan kawan dan jiran, belajarlah meletak dan menerima harga brangan yang ditukar walaupun ianya terlalu sedikit. Tanamkan difikiran t BERKIRA tidak menghina dan dilaksanakan disemua peringkat.

Berkira diantara suami isteri akan menghasilkan ekonomi rumahtangga yang berkesan dan akauntabiliti. Berkira diantara adik beradik akan menentukan persaudaraan tidak tergugat.

Alangkah indahnya puisi Usman Awang yang dipetik dari sajak MELAYU jika ia berbunyi seperti berikut:

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Selagi yang ada sanggup diberikan,

asal kan dapat pulangan dan ada kiraan

Dua rangkap utamanya menunjukan kesediaan berkhidmatnya amat tinggi. Rangkap ketiga, TAMBAHAN PERIBADI INSPIGOBLOG, menyatakan syarat syarat didalam pertalian yang samasama untung. Budinya dan bahasanya tetap tidak tergugat.

Kesimpulannya BERKIRA suatu nilai positif yang bisa digandingkan dengan budi murni. Apabila sesaorang meminta sesuatu tanyalah apa kiraannya? Setelah desetujui perkiraannya laksanakan khidmat dan sampaikan hajat dengan penuh beradab dan berbudi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: