*Memperkasa diri # 3 – Kamandirian, disiplin dan kebersihan persekitaran

Nota: Kemandiri membawa makna survival didalam bahasa Inggeris 

Hujung minggu sempena Hari Buruh, tahun 2006, sipenulis mengambil peluang berkhemah di Taman Negara bersama warga syarikat penulis. Kesemuanya di bawah 35 tahun, umur dimana sesaorang itu, lumrahnya berada ditahap jagoan, berada ditahap prima keilmuan khususnya didalam kemahiran hidup.

Malangnya apa yang penulis lihat tidak begitu meyakinkan. Satu perkhemahan bukan nya satu piknik. Jelas tikus tikus bandar tidak bersedia untuk hidup dan berperanan dipersekitaran hutan dan bersaing dikalangan tikus tikus pelbagai.

Satu prinsip ilmu kemandirian ialah menjaga diri sendiri dan persediaan menangani pelbagai cabaran.

Terdapat pandangan atau worldview yang agak cacat yang merungsingkan. Walau dipersekitaran bandaran, kecacatan pandangan yang diwaraisi belum tentu menentukan kejayaan.

Nafsu atau kehendak untuk menang dan survive amat tumpul sekali. Sekiranya ketakutan dikalahkan atau dilenyapkan pengalak atau motivasi berkesan, perasaan tersebut tidak terserlah.

Mungkin Hang Tuah perlu dipersalahkan. Tidak Melayu Hilang didunia pesanan yang dimegahkan Melayu meletakan mereka dimaya khayalan. Kemandirian mereka tidak terjamin oleh jeritan Hang Tuah yang berguna apabila hanya amokan pilihan yang ada.

Mereka seharusnya mempelajari sesuatau tentang kemandirian Kaum Batik yang mereka lawati. Sekurang kurangnyailmu dan kemahiran yang ada dikalangan Kaum Batik menbolehkan Tok Batin dijadikan raja dikalangan tikus bandar di Taman Negara.

Melayu atau apa bangsa atau etnik pun, mesti tidak menjadi "Urban ABO", punghuni asli bandar yang dipinggirkan. Tidak hilang, tetapi bahan tontonan dan kajian antropologis. 

Diatas kesedaran ini penulis mengambil inisiatif mengenalkan tujuan asas perkhemahan. Kali ini penulis menekanakan KEMANDIRIAN, DISIPLIN dan KEBERSIHAN PERSEKITARAN sebagai ilmu dan kemahiran dan manfaat perkhemahan.

Apabila sesaorang ibu atau bapa ditanya apakah fungsinya keibubapaanya, "parenting responsibility", jawaapan lumrah ialah mendidik anak menjadi orang berguna.

Bayangkan seekor bapa singa, Raja Binatang, ditanya sedemikian di saluran Discovery. Sang Singa pula memberi jawapan yang serupa. Hasilnya ialah sianak pinak singa yang kita tontoni disarkis dan di zoo. Berguna tetapi hanya jadi tontonan tidak lagi merajai Seranggati.

Si bapa singa seharusnya mengajar anaknya, menajamkan taring dan kuku, mengawal kawasan dan gerombolannya, serang menyerang untuk berburu, dan ilmu menjadi raja dan meluaskan taklok jajahannya.

Kegusaran pupus atau menjadi singa sirkis ditanamkan sebagai motivasi kemandirian.

Apabila berkhemah disiplin juga menentukan kemandirian. Disiplin menenjurus kepada keselamatan, kebersihan, menghormati waktu, adalah kemahiran asas perkhemahan.

Jelas juga aktiviti dilihat sebagai aktiviti persantaian, seolaholah persantaian dan disiplin, dan kemanadirian tidak boleh dilaksanakan disuatu masa. Suasana ada menyerupai suasan keluarga di hari lebaran selepas sebulan berpuasa dan berdisiplin.

Tahap kebersihan diri amat tinggi dan terserlah sekali sehinggakan, cermin, bedak dan sikat menjadi alatan perkhemahan penting. Berbeza dengan penulis yang mengamalkan kebersihan diri yang amat asas semasa pengembaraan dan perkhemahan. Malangnya kepekaan terhadap kebersihan persekitaran tidak jelas dan terserlah.

Penulis memberi ulasan sinis diwaktu penutup bahwa didalam mempelajari ilmu fiqah, ustaz mengajar beristinja', kesucian air, mandi junub, kebersihan diri, tetapi malangnya diluar kemasan diri dan rumah kita mengharapkan Alam Flora dan alam semula jadi yang bertanggong jawab. Apatah lagi dengan hutan dan sungai, telah turun temurun dijadikan kawasan pelupusan sampah dan saliran pembentungan.

Penulis menyarankan, pemimpin pemimpin bangsa mengunakan kaedah perkhemahan sebagai satu pendekatan mengajar kemandirian. Khidmat Negara satu initiatif yang bijak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: