Memperkasa diri #8– Pembebasan Pemikiran / Question the Professional

(Catatan sigoblog; Tulisan ini mengupas dengan lebih lanjut tulis Prof Ungku Aziz bertajuk Tragedi Pemikiran Melayu. Semalam ulang tahun 37 13 Mei)

Kaedah berfikiran yang saintifik asas pembebasan fikiran.

Prof Diraja Ungku Aziz pernah menulis, orang Melayu, khususnya Melayu seangkatan beliau, mempunyai perspektif terhad, tidak suka menyiasat dan tidak mahu berfikir dengan mendalam. Ia berbeza dengan yang digambarkan oleh hikayat Melayu lama yang menunjukan kecanggihan ekonominya dan strateginya  seperti yang diceritakan didalam Hikayat Raja Pasai.

Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, beliau berpendapat orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi malang sekali  orang Melayu tidak nampak ini semua kerana pengaruh luaran dan dalaman .

Pendedahan orang Melayu kepada Sains berlaku hanya kira kira setengah abad lalu. Semasa penjajahan, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, silat, budayanya, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class dan perniagaannya dilabel kuno.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori dan perilaku penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah dan negatif. Hasilnya ialah rintihan dan fikiran seperti yang ditunjukan olih Usman Awang. “The Culture of Poverty” , budaya marhaen meresap.

Menurut Prof UA lagi, Inggeris berpendapat, kalau Melayu diajar ilmu sains yang memerlukan minda yang menyoal dan bertanya mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.

Jadi ajarlah Melayu cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia,  kekalkan adat istiadat raja. Melayu tidak gemar kerja berat, ajar Melayu buat bakul.

Dasar menghadkan keupayaan orang Melayu jelas Selepas pembunuhan Birch. Minda melayu diKASI atau castrated seperti berlakunya pengkasian lelaki Islam XinJiang olih Maharaja Ming.

Akibat dasar itu, tidak ada pembuat angkara Melayu selepas Datuk Sagor , Maharaja Lela. Pembuat angkara Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Pegaruh Agama yang tidak mengalakkan bertanya, malahan fahaman bertaqlid, iatu menerima bulat bulat apa YANG DI FATWAKAN DAN DITAQLIDKAN OLIH iMAM terdahulu, membuntukan lagi pemikiran dan minda Melayu. Perkembanga minda melayu terlalu brergantung keupayann pemuka-pemuka agama yang malangnya terhad.

Perubahan dan pembebasan pemikiran Melayu mula nampak, pada tahaun tujuh puluhan, apabila pendidikan dapat dirasai oleh ramai Melayu khususnya oleh Perempuan Melayu dan penduduk desa. Ia digandingkan dengan kesedaran akibat tragedi 13 MEi, yang jadi pemangkin proses kesedaran ini.

Anak anak perempuan Melayu sanggup meninggalkan kampong halaman, berbekal SPM, dan bekerja dikilang walaupun dengan cemuhan sebagai minah karan. Amat berbeza sekali suasana ditahun enam puluhan dimana anak perempuan melayu dikahwinkan diumur belasan tahun dan kurang menerima pendedahan, dan menjadi makturut. Diabad ini Anak perempuan Melayu melebihi nisbah lelaki Melayu di Universiti.

Fahaman pergerakan Islam ditahun tujuh puluhan dan lapan puluhan pula membawa dua implikasi. Yang pertama, fahaman fahaman yang menyorot kepada pengembalian zaman rasul, tindakbalas perasaan keraguan diri, atau insekuriti, melewatkan perkembangan majoriti minda melayu.

Yang kedua,satu yang positif, adalah kesan pendedahan orang Melayu kepada pengertian Quran. Sebelum ini mengaji Quran kepada orang Melayu ialah membaca tanpa memahami. Pada ketika ini juga bermula gerakan menyoal para professional agama tentang ilmu yang mula difahami terus dari isi Quran. Malangnya ini golongan minority.

Terdapat halangan para agamawan bagi umat melayu menerokai Quran. Ramai yang mengatakan bahwa, pngajian quran perlu berguru, satu penjajahan minda yang amat menghantui melayu.

Prof UA menyangkal keberkesanan starategi menaikan taraf orang Melayu dengan meningkatkan kedudukan ekonomi dan mengejar kekayaan. Kiraan penulis satu pandangan yang naïf. Sebagai orang akademik tidak pelik beliau menghadkan perkembanagan minda denagan saranan perkembangan ilmu sahaja!!

Melayu mesti selesa dengan Sains dan mempunyai minda saintifik. Dalamilah sains kerana sains memerlukan cara pemikiran yang menyoal dan menyelidik. Setiap perkara ada sebab musabab nya. Ia harus dijalin selari dengan mengejar kekuatan ekonomi asalkan ia dijalankan dengan adil dan kaedah yang saintifik.

Seperti kata Collin Powell, Question the Professional!!!Soal dan selidik lah. Kepada Media Melayu Jangan gunakan perkataan AJAIB dan Misteri. Setiap perkara ada sebab musabab dan tujuannya.

 

7 Responses to Memperkasa diri #8– Pembebasan Pemikiran / Question the Professional

  1. melayu baru says:

    ramai melayu yang berfikiran seperti yang dituliskan oleh penulis, terutama diinstitusi pengajian rendah dan tinggi, bagaimanakah pemikiran sebegini dapat ditangani? besar tanggung jawab guru2 , disemoga lebih ramai lagi melayu yang berfikiran seperti penulis…sangat mantap

  2. inspigoblog says:

    Saudara Melayu Baru,

    Sdr maksud ramai atau tidak ramai? typo bukan?

    Saya pernah terfikir untuk mengunakan istilah melayu baru tapi pada pendapat saya ia sempit dan sukar diterima masyarakat yang ingin kita ubah. Kita sayangkan akar umbi dan sejarah yang kaya dan saya akui.

    Saya lebih suka gunakan MELAYU global atau Melayu WORLD. Sila baca esei saya yang baru dan juga komen saya tentang Usman awang.

    Melayu itu tiada sempadan.

  3. sentiasa melayu says:

    benar, typing error
    tidak ramai yang melayu yang berfikiran …..

  4. Mentor says:

    memang sedikit, yang memperkasakan MELAYU….. memartabatkan ISLAM dan mendaulatkan KHALIFAH

    Inikah hasil dari visi Pandang Ke BARAT yang selama ini di agungkan kebanyakan melayu?

  5. inspigoblog says:

    Dear mentor,

    khalifah yang saya fahami ialah maknusia sebagai khalifah. memperkasa diri itu mendaulat khalifah

    Didalam konsep Melayu world, pandanglah ke mana mana barat , timur utara dan selatan. tidak ada salahnya . Sila lihat esei berikut : keterbukaan positif. Keterbukaan sesuatau kekuatan.

  6. amit says:

    “……Pada ketika ini juga bermula gerakan menyoal para professional agama tentang ilmu yang mula difahami terus dari isi Quran. Malangnya ini golongan minority…..”

    Uhhh…. I remembered…..at one time I was very “unlucky..” to be in a discussion with some university students in Malaysia….. we were discussing the applicability of the “Islamic State” to Malaysia…..all went well until I argued there is actually no such “model” for Malaysia to emulate…..they told to shut up as I was not educated in Islamic stream/ theology…….

    And after that they warn me that I may be branded as kufur/ munafik…. sekular and all that…..

    Such is the case of Malaysia … where the place where intellectual discussion should take place becomes….. I don’t have the word to describe it here…..

    The irony is that many of those uni students argue that the govt is dictatorial…authoritarian and un-democratic….

    But their actions actually mirror those that they despise……
    ____________________________________
    Note: Actually the students promote a creation of a super body – a Supreme Council with the authority above parliament that has the ultimate power to interpret Islamic law and veto parliament and the executive….something like in Iran… I told them that this is not democratic… but then….. they say I am not Islamic for not accepting this…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: