Memperkasa Diri #7 – Keterbukaan Positif

 

Melayu menjadi kumpulan manusia yang signifikan, kerana keupayaanya melangkaui minda kesukuan dan sikap keterbukaan nya. Sikap keterbukaan ini perlu dijadikan teras minda Melayu.

Pada asalnya Melayu hanyalah nama ekslusif satu kaum berpusat di Melaka, Johord Riau dan sebahagian Pulau Sumatra. Didalam Perbendaharaan kata Jawa, MELAYU, bermakna lari atau orang yang lari, sesuai dengan insiden sejarah pelarian diri Parameswara dari kerjaan Majapahit. Mengunakan andaian Melayu itu lari, boleh diinferen kan, Melayu itu asalnya Jawa. Sama teori yang menyatakan Jepun itu asalusulnya Cina.

Satu teori lagi mengatakan bahawa konsep Melayu, Nusantara, Kepulauan Melayu atau Malay Archipelago, ciptaan Belanda dan Inggeris.

Penulis mengatakan sedemikian kerana sebelum konsep Melayu yang ditonjolkan oleh Belanda dan Inggeris Jawa  berfikiran  Jawa, banjar adalah Banjar,, dan seterusnya seperti Acheh, Bawean, Menado dan lain lain. Malahan di Negeri Sembilan, terdapat pelbagai suku dan negeri, walhal ia tidak lebih dari daerah yang kecil. Pemikiran Melayu berfikiran tribal seperti ini tidak berbeza dengan puak Afrika yang kita lihat di saluran Discovery.

Malahan Raja Raja Melayu, berperang diantara satu sama lain. Malaysia memegang rekod Sultan paling ramai didunia. Itupun tidak termasuk raja raja di selatan Thai, Indonesia dan Filipina dan yang mengaku keturunan Mahmud Shah di Melaka.

Peranan Islam

Keterbukaan menerima pelbagai suku dan puak, dibawah konsep bangsa satu fenomena agak baru. Sehingga tahun tahun empat puluhan masih terdapat suara-suara yang mahu menjadikan UMNO parti politik Melayu tulen. Mengikut pengalaman peribadi seorang ahli politik terkenal Malaysia keturunan Jawa Johor, diskriminasi anti Jawa menebal sehingga tahun lima puluhan di Johor.

Islam memainkan peranan utama sebagai penyatu Melayu. Ia dikuatkan dengat semangat kebangsaan yang melanda Malaya, Indonesia dan Fiipina, membolehkan Melayu meningkat kan diri dari tahap kesukuan atau tribal kepada tahap bangsa.

Sukarno dan Hatta Gergasi Melayu WORLD

Pengiktirafan wajib diberi kepada SUKARNO dan HATTA. Didalam perjanjian pra kemerdekaan Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Rasmi Indonesia. Dengan persetujuan SUKARNO HATTA Jakarta mendapat wilayah dari Acheh ke Papua dan Bahasa Melayu dikukuhkan dengan penambahan penguna melebihi 200 juta. Rundingan dan keterbukaan tersebut masih mengagumi penulis. Dua gergasi Melayu yang dengan coretan tinta persetujuan, meletakan asas kepada Bangsa Melayu WORLD melangkaui sifat kesukuan dan wilayah sempit.

Melayu seharusnya telah menyedari manfaat sifat keterbukaan mereka. Keterbukaan membolehkan Melayu meraih kemerdekaan. Keterbukaan juga membolehkan kemajuan yang dicapai didalam lingkungan setengah abad, satu jangka masa yang pendek didalam  pembinaan semula satu tamadun.

Asas Tamadun, lawati Borobodur

Keterbukaan dan penerimaan konsep Melayu Besar atau Melayu WORLD akan membuka minda Melayu. Melayu bukan eksklusif Melayu Semenanjung dan Riau.

Ia memberi asas tamadun yang amat kaya sebagai persediaan menyahut cabaran masa hadapan dan cabaran globalisasi. Bersediakah Melayu keturunan Aceh Malaysia menerima Borobodur sebagai satu warisan? Borobodur adalah suatu tanda tamadun yang membanggakan tamadun manusia. Raffles menyatakan Brobodur sebagai salah satu daripada keajaiban binan dunia.

Penulis telah membawa anak -anak penulis melawat Borobodur dengan tujuan menanam perasaan bangga dan megah kepada keupayaan bangsa, sebagai asas dan benteng harga diri, menghadap cabaran harian kemodenan dan kepalsuan yang merekla hadapi setiap hari.

Dari lawatan tersebut mereka mempelajari, bahwa Pulau Jawa menjadi tumpuan penduduk Nusantara menjadikannya Pulau yang padat kerana Jawa menguasai dua teknologi strategic: penanaman padi, dan teknologi bangunan. Dengan sawah berteres, dan kaedah pengairan orang  Jawa menguasai teknologi penanaman padi paling produktif. Dengan teknologi pembinaan Borobodur terbina dan keperluan asas tempat tinggal dipenuhi.

Melayu Global

Cabaran seterusnya ialah meningkat kemampuan ketahap kosmopolis dan menjadi bangsa global yang world class. Konsep glokal.

Ia memerlukan keterbukaan yang belum pernah dialami Melayu sebelum ini.

Melayu mesti bersifat terbuka kepada ilmu, kepada bahasa, kepada teknologi, kepada kaum dan suku lain dan bersedia menerima kekayaan tamadun Melayu melampaui masa pra islam.

Setiap bangsa tercabar olih pencinyta pencinta bangsa orthodox yang menekankan ketulenan dan juga nasionalis sempit. Ia berlaku kepada Bangsa Peranchis. Lihat lah perkembangan Bahasa Inggeris dan Bahasa Sepanyol jika dibandingkan dengan Bahasa Peranchis atau Bahasa Latin atau Sanskrit.

Di Malaysia sendiri ketaksuban kepada perlaksanaan bahasa Melayu mengakibatkan, satu generasi yang gagal berdwi bahasa dan menenguasai bahasa ilmu dan meruntuhkan institusi institusi yang terbina.

Bayangkan, maknusia Melayu dengan sifat keterbukaannya tanpa pengaroh negatif politik, agama dan budaya yang sempit, berkebolehan menguasai bahasa Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris? Sepatutnya begitu sekiranya keterbukaan yang tidak terhad kepada yang yang berfesyen (fashionable) setelah 600 tahun terdedah kepada mereka!!

Mari kita Dangdut!!

 

 

3 Responses to Memperkasa Diri #7 – Keterbukaan Positif

  1. pezze says:

    ewah, ewah, ewah!! ah! ah! dangdut gerudi!!

    I long for the day when we Malays and Malaysian are proud of our heritage as Malays, Chinese, Indians dan lain-lain, and yet no so stereotyped or boxed in it. Be proud of our roots and yet understand that we are a Malaysian or Asian, open to the WORLD, a WORLD of ideas, possibilities and opportunities.

    Let’s get out of the box.

  2. amit says:

    Wouw….

    Good writing there…… especially on the keterbukaan part

    Reminds me of Arus Balik by Pramoedya (ah…asyik-asyik si Pram ini saja!)….

    Pram said that the mentality of “kampung civilzation” is the main cause of the downfall af the Javanese kingdoms against the Dutch colonialists……

    So the kampung civilisation that created a lot of suku and puak and the resultant kingdoms created sense of closed mind among people in the Nusantara…….

    Mmmm…. actually Sukarno had greater idea than just conceptualising a nation from Sabang to Merauke…… but he failed and….. I think this “division” will be here for a very long time…..

    Just look at many of our fellow Malaysians…..especially the Malays themselves…. who look down on the so called TKI or imigran dari seberang…….

  3. inspigoblog says:

    amit,

    If mahathir is considered a visionaire then Sukarno was a greater visionaire. He failed because of corruption and so can vision 2020.

    I wouldn’t penalised the kampung culture/mentality/civilization as bad. It is functional and useful for the kampung setting. Many tribes just fail to acquire new skills/culture/mentality when dealing with different settings and contexts.

    THose that survive learn new local skills. Look at those tribe at HSBC. They acquire kampung culture among others and prosper.

    With the keterbukaan that the malays have I am optimistic that they will learn new skills/culture and know when to apply them appropriately. As I said, they will upgrade themselves from the tribal mindset, to nationalist mindset, to regional mindset, and as citizens of the WORLD. the MAWI Jawa world and now Melayu World. There will always be the tribalists and nationalists and religionists . The Melayu WORLD would not let these minority hijack the malay mind.

    learn, unlearn, relearn and learn and relearn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: