Memperkasa Diri #5 – Kenapa tidak Kiasu? tak apa lah!

Nota; Pertama kali dipaparkan pada may 2006. 

 

Kita perlu kiasu, untuk memperkasa diri.  Kiasu disini bermakna mempunyai sikap  takut kalah. Lawan kiasu ialah sikap tak apa,  takapathy.

Thian Chai, Say Hien dan penulis adalah pelajar terbaik Menengah Rendah daerah kami. Dr Thean Chai dan penulis bersama sekali lagi di University College London walau pun berlainan kursus. Dr Say Hien meneruskan pelajaran ke Singapura dan seterusnya berkahwin dengan gadis Singapura.

Apabila kamai bertemu semula dengan rakan rakan sekolah, kami selalu berseloroh dengan rakan buatan Singapura Say Hein. Orang Singapura memegang teguh kepada 3 prinsip, usik kami: orang Singapura KIASU, orang Singapura KIASE’ dan orang Singapura KIABO. Maknanya Takut Kalah, Takut Mati dan Takut BINI. Kah kah kah, gelak kami dan isteri say hien tersipu sipu.

Secara umumnya, dikalangan orang Cina sendiri, KIASU mula dilihat sebagai satu sikap yang negatif, yang tidak cool dan yang tercemuh. Malahan cemuhan pernah didengar dari Goh Chok Tong apabila memperkatakan tentang “the Ugly Singaporean”, selain dari bahan gurauan Phuah Chu Kang.

Bagaimanapun penulis berpendapat kiasu sebenarnya sebatian pemikiran dan sikap orang cina. Jika dikaji diluar konteks Asia, sebenarnya, kiasu atau semangat mahu menang jelas dilihat dikalangan penghijrah penghijrah. Orang India di Amerika, pendatang Greece di Australia atau pendatang Vietnam dimana mana penempatan baru mereka semuanya bersungguh sungguh untuk mendapat perhatian dan memenangi sebahagian dari khazanah.

Boleh dibuat kesimpulan Kiasu merupakan satu kemahiran kemandirian penting, survival skill yang teras.

Kenegatifan KIasu berlaku apabila ia digandingkan perasaan dan sifat  mau menang tanpa perkiraan yang adil dan mengikut aturan. Dikalangan orang Cina, ia sering digandingkan dengan, prinsip Muka tebal hati Yang Hitam satu prinsip pengurusan Thick Face Black Heart yang telah dibukukan. Perasaan takut kalah dan kaedah untuk menang adalah dua perkara yang berlainan. Kiasu adalah positif tetapi Hati kotor adalah hina.

Kehendak atau Nafsu untuk menang adalah satu motivasi dan perasaan yang menajamkan semua sensasi dan tenaga. Digandingkan dengan amalan yang biasa kita lihat sepert di temasya sukan, kehendak menang dengan semangat kesukanan, bukan kah KIASU itu positif?

Bukankah takut yang bertempat itu satu tindakbalas natural yang menentukan kemandirian? Takut kalah perang, takut kalah pilihanraya, takut tidak dapat biasiswa, takut kalah tender, takut kehilangan hak. Kesemuanya pada penulis sikap positif asalkan kita berusaha dan mengunakan kaedah yang dihalalkan.

Bukankah kiase itu juga  baguS? Kia se bermakna sentiasa takut mati, mengingatkan hidup itu sementara. Ia bukan bermakna kita harus takut menyertai angkatan tentera, tetapi bersedia dan menjaga kesihatan dan keselamatan.

KIa BO? oh tidak….

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: