Memperkasa Diri #4- Budaya ilmu dan berkarya

Diawal kurun yang lalu, Mariam Bako, telah menempa nama. Tujuh tahun sebelum nya pada tahun 1893, sebagai salah seorang Orang Orang Kaya Bagan, Mariam Bako telah bersama-sama membiayai Panglima Salleh Perang membuka Batu Pahat.

Walaupun telah meneroka ratusan ekar, hasil yang melimpah ruah, rumah yang tersergam, tidak seorang pun daripada tujuh anaknya menerima pendidikan formal. Sebanya, tiada sekolah. Diantara projek semasa pembukaan Batu Pahat  pada tahun 1893 ialah pembinaan High School dan Sekolah Melayu Tinggi Batu Pahat, mencerminkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan. Sekolah Melayu Bagan hanya terbina pada tahun 1919.

Begitulah ketandusan pendidikan formal Melayu diawal kurun dua puluh. Beberapa generasi sebelum itu, melayu tidak mempunyai institusi pendidikan moden. Sekolah tertua di Tanah Melayu ialah Penang Free School dimulakan pada tahun 1816. Sekolah Inggeris yang dibina khusus untuk anak Melayu ialah The Malay College Kuala Kangsar, itupun khas untuk anak Bangsawan.

Sekolah Derma di Kangar, suatu yang unik. Pembinaannya biaya derma Melayu satu fenomena yang dihasilkan dengan kesedaran mahukan pendidikan Inggeris. Hasilnya apabila meritokrasi dikenalkan di Malay College anak Perlis paling ramai yang berjaya ke Malay College walaupun penduduk Perlis tidak ramai.

Dua institusi  memainkan peranan yang tersangat signifikan. The Malay College sebagai, permulaan kepimpinan dan Ke Rajaan dan SITC sebagai permulaan pendidikan menyeluruh.

Sekolah Melayu mula banyak dibina pada sekitaran 1900. Sekolah Pernu di Melaka dibina pada tahun 1893. Maktab Perguruan Sultan Idris mengambil kumpulan pelajar yang pertama pada tahun 1922. Begitulah sedikit sejarah pendidikan formal Melayu.

Sebelum itu, untuk beberapa kurun tiada tradisi pendidikan formal. Hanya yang didengar adalah sekolah Pondok dan berguru agama atau mendalami ilmu persilatan dan ilmu mistik..

Jelas jika kita lawati kedai kedai buku Melayu, tradisi intelek Melayu terhad. Lebih tertekan lagi keadaan kerana rata-rata kitab agama yang ditulis kebanyakannya adalah alihbahasa daripada bahasa Arab didalam tulisan jawi. Kita akan dapati juga fahaman bertaqlid, dengan kupasan yang telah dibuat oleh imam besar yang empat,` meluas. Ijtihad dan tulisan kreatif Melayu tandus menghasilkan kebuntuan yang amat serius.

Akibatnya tradisi cetakan Melayu amat terhad. Kitab kitab melayu yang tidak seberapa mewarnai pemikiran Melayu dikurun 20. Tajul Muluk dan Sejarah Melayu, tidak dicabar untuk satu kurun yang kalau dibaca sekarang hanyalah pengumpulan pelbagai tahyul melayu. Hanya dikebelakangan ini sahaja terdapat rak rak yang mula dipenuhi tajuktajuk baru Melayu, suatu fenomena yang mengalakkan.

Apa yang berlaku didalam 100 tahun yang lalu kepada pendidikan Melayu adalah suatu perkembangan yang tidak ada tolok bandingnya.

Dari satu bangsa yang tidak mempunyai sekolah kepada satu bangsa yang megisi menara gading ternama dunia. Melayu telah sedar pentingnya sistem pendididikan dan ilmu. Perubahan telah berlaku. Bagaimanapun, perkembangan yang serupa tidak berlaku didalam pendidikan agama yang masih memisahkan ilmu agama dan ilmu sekular. Peneknan keatas bentuk dan bukan pada isi juga mencacatkan perkembangan ilmu.

Walaupun perkembangan budaya ilmu melayu tercetus hasil kesedaran politik, perkembangan seterusnya boleh tergugat kerana mainan politik melayu sendiri. Apabila Universiti dijadikan gelanggang Politik, mangsanya ialah perkembangan minda melayu.

Kemandirian Melayu terjamin apabila kayu ukurnya adalah taraf dunia dan bukan politik tempatan dan kepentingan nasionalis sempit.

Di sudut individu Melayu, kepentingan pendidikan wajib direalisasikan melalui pelaburan, keutamaan, dan bukan hanya bergantung kepada kekuatan politik. Semangat sekolah Derma, walaupun ada, terhad kepada sekolah agama sebagai jalan untuk beramal jariah. Didalam bidang ilmu dimana penyalahgunaan seharusnya minimum, pendidikan adalah satu bidang yang melayu boleh bersaing.

Budaya berkarya dengan menulis dan seterusnya mencetak adalah budaya yang masih belum meluas. Di seratus tahun akan datang, malahan lebih pendek dari itu, tekad mesti ditanam untuk membawa tradisi ilmu, tradisi berkarya, menulis, dan budaya intelek melayu kearas yang lebih tinggi lagi, dan diukur dengan kayu ukur sejagat. Bilangan nya mesti diganda-ganda.

Datuk penulis, Haji Siraj, anak bongsu Mariam Bako agak bernasib baik. Beliau dihantar untuk belajar atau mengaji ke Mekah. Pada tahun 1915, beliau kembali ke Malaya, dan seterus nya menjadi Imam Mesjid Hajah Mariam Bako. Diantara koleksi kitab Haji Siraj yang masih tersimpan dan di selidiki penulis ialah kitab Babul Jimak.

One Response to Memperkasa Diri #4- Budaya ilmu dan berkarya

  1. proud2bjawa says:

    May I borrow the book? heheheh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: