Memperkasa Diri #6 – Johan Jaafar, apa yang telah saudara lakukan pada minda Melayu?

Apa yang telah kau lakukan pada MASTIKA? Itu soalan beberapa sasterawan kepada Johan Jaafar. Johan Jaafar telah mengubah satu majalah pengetahuan dan intelektual Melayu kepada suatu Majalah picisan. Trash atau garbage didalam Bahasa Inggeris. Buangan, sampahan, racun.

Mana tidaknya.Ia berubah dari majalah yang menjadikan Pak Sako, Adam Malik, Muamar Gadafi penyeri  muka  depan kepada satu majalah yang menonjolkan toyol dan hantu.

Didalam kolum mingguan nya, POINT BLANK di Straits Times Johan Jaafar mengaku persoalan diatas menghantuinya.. Tapi dalam nada yang sama, dengan bangga dan tanpa kesalan, beliau nyatakan yang tindakan nya telah menghasilkan lonjakan jualan dari 5000 sebulan ke lebih 100000. Itu yang Melayu mahu, tulis beliau.

Tahniah!! Keputusan niaga yang dibanggakan Johan tapi malangnya ia  tidak menunjukan apa apa keunikan kebijaksanaan atau kepintaran atau keberanian. Penerbit haram PLAYBOY di Kelantan, lebih bijak, lebih berani yang sudah pasti jika diterbitkan Utusan boleh melagnkaui keluaran bulanan Mastika.

Ada akibatnya. Setiap bulan, lebih 100000 minda melayu diracuni tahyul, meruntuhkan minda saintifik mereka, Jika terpaksa buat bandingan, PLAYBOY akan mendatangkan perkembangan yang lebih positif dan saintifik kepada minda  keintelektualan Melayu.

Hasilnya, dilihat bagaimana masyarakat Melayu makin bertambah percaya kepada bomoh untuk mengubati penyakit, lulus periksa, sakit kanser, cari pasangan, pergi mahkamah, berlawan bola. Senarai berterusan. Ia berbeza sekali ditahuan tahun 70an dimana perubahan minda saintifik Melayu mula menonjol. Kita berbalik ke suasana pra tahun 60an. Bisness Bomoh didalam arus perdana dan diterima dan dihormati.

Johan jadi jaguh drebar Melayu, pengawal keselamatan Melayu, peon Melayu, pelajar melayu, kerani kerani Melayu mengisi masa lapang mereka, memenohi kuota bacaan mereka. Walhal apa yang mereka dahagakan adalah motivasi, kaedah pemikiran saintifik, bertanya, menyoal, menyelidik dan memperkaya ilmu. Asas modal insan.

Jika tidak mampu membina janganlah runtuhkan apa yang ada. The Star Publication lebih mantap daripada Utusan tanpa mengambil strategi maju setapak berundur dua tapak.

Pejuang Sastera Melayu?  Agen Pemerkasaan Melayu?? Lunturkah kewibawaan Johan dan Utusan sebagai Pemerkasa minda Melayu?  A small price to pay for the business savvy Johan and Utusan. Tak apa, pembayaran harga yang kecil jika dibandingkan keuntungan yang dikaut.

Yang pasti persoalan ini akan terus menghantui beliau.

3 Responses to Memperkasa Diri #6 – Johan Jaafar, apa yang telah saudara lakukan pada minda Melayu?

  1. mooke says:

    i thot u are a great fan of jj

  2. inspigoblog says:

    I enjoyed his writings in Utusan, crisp, punchy short and sharp. When he was asked to resign from Utusan, I stopped buying Utusan. I have a small collection of MASTIKA mostly 70s stuff. If you read the stuff in Mastika of the 70s you will admire the level of maturity, intellectual dynamism of the Malay then. You will also find JJ’s writings in almost every issue.

    How the malay minds have decayed. MASTIKA is a manifestation of its decline and JJ played a leadership role in its regression.

    Having done that to MASTIKA and see its effects on Shah the despatch, abang Hafiz the driver, and the many general workers, and other young minds, I am just saying that Datuk JJ and UTUSAN have lost thier rights , at least in my eyes, on the subject of MEMPERKASA MELAYU.

    and now he is the Chairman of the Board of DBP.

  3. Saya sangat setuju bidasan ini. Mimang amat tepat sekali. Majalah Mestika adalah salah satu majalah melayu yang sangat2 saya gemari dulu, yang saya rasakan satu2 majalah melayu yang memgandungi olahan teknik bahasa Melayu berfikir dan isi kandungan berpelajaran yang pelbagai. Saya rasakan saolah sama standard Majalah Mestika dengan majalah Rider Digest dalam bahasa inggeris Ketika zaman persekolahan saya tahun2 60. tetapi selepas itu, kini saya rasakan majalah Mestika sudah tidak ada nilai isi kandungannya lagi. Bahkan merosakkan minda pembacanya. Hal ini telah berjalan berpuluh2 tahun sejak kalau tk silaf saya bermula pertengahan tahun 70han dan seterusnya 80hn, 90hn, 2000, 2010 dan seterusnya hingg sekarang Mestika hanyut dalam bencana kerosakan minda, Akidah dan bahasa melayu yang rendah tidak berfikir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: