Memperkasa diri #9 – Dewan Bahasa Pustaka – perlu keluar kepompong

DBP hari ini menyambut ulangtahun ke 50. Teka siapa Pengerusi Lembaga Pengelolanya? Datuk Johan Jaafar.

Saya harap Dewan Masyarakat tidak akan dijadikan Playboy Malaysia. Tapi, siapa kata seks dan sastera tidak boleh digandingkan. Ramai yang melihat seks sebagai satu cabang seni.

Adakah DBP telah mencapai matlamat nya? memartabatkan Bahasa Melayu? mmmm. Sesuatau bahasa itu tinggi martabatnya jika bangsa nya punya  kuasa ekonomi, punya kuasa ketenteraannya, tinggi kuasa teknologinya, ramai penggunanya.

Bahasa Mandarin makin bertambah penting peranananya kerana pengaroh ekonomi CHINA, diganding dengan bilangan penduduknya.

Mengunakan hipotesis yang sama, Bahasa Melayu memerlukan kekuatan ekonomi Indonesia yang  juga punya kritikal-mass untuk menjadi Bahasa Dunia bermartabat.

Berfikir diluar kelongsong, bukan kah lebih baik membelanjakan peruntukan DBP,  mengalih strategi Badan Korporat ini ke Indonesia? Pasaran Malaysia terlalu kecil untuk DBP jadi satu agen perubahan yang berkesan. Pilihan yang lain ialah meneruskan tumpuan di Malaysia, jadi barisan pertahanan yang pasif.

Mungkin Datuk Johan boleh membuktikan kehandalannya dalam bisness penerbitan dan bahasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: