Memperkasa Diri #9 /Ceo goblog – mentaliti mee segera

Mentaliti atau pemikiran mee segera, atau mee maggi , satu istilah popular dan berjenama, menular didalam masyarakat kini.

Mentaliti maggi mee adalah pemikiran yang mahukan penyelesaian segera didalam segala masaalah, program, penyakit dan segala bentuk usaha.

Setelah terdedah didalam kemudahan dan keselesaan penyelesaian kelaparan didalam jangkamasa 2 minit, ramai yang berharap penyakit bolih sembuh dengan segera dengan menelan antibiotik antibiotik tanpa memikirkan kesan jangka panjangnya.

Ia juga jelas dengan melihat bagaimana masyarakat senang tertipu olih skim cepat kaya. Yang peliknya ramai mangsa adalah kakitangan kerajaan dan tentera berpangkat tinggi dan berpelajaran. Jelas mereka tidak terdidik dengan perlunya usaha jangka panjang, menabung, jimat cermat didalam membina kekayaan.

Diperingkat negara, terdapat pemimpin yang mahu menukar masyarakat dari dunia ketiga kedunia pertama dengan SEGERA dengan membina kemudahan dan bangunan yang kononnya mencerminkan kemajuan. Perkara pokok, seperti pendidikan dan ekonomi kampong diabaikan. Hasilnya adalah perkakasan dunia canggih pertama dengan perisian dunia ketiga.

Dari segi wawasan tiada pemimpin yanag bolih menandingi SUKARNO. Tanpa peningkatan pendidikan dan pembasmian rasuah, hasilnya ialah INDONESIA masakini. Pembasmian rasuah memerlukan komitmen jangka panjang yang ramai tidak sabar dengan cabarannya.

Organisasi dibina sebata demi sebata. Malangnya banyak organisasi yang berkembang secara mendadak. Perubahan dari kecil ke sederhana dan seterusnya menjadi besar adalah satu perubahan yang amat mencabar dan STRESSFUL kepada organisasi dan individu didalamnya. Banyak contoh organisasai Maggi mee yang boleh disenaraikan dengan mudah dibursa-bursa yang telah kita lupa namanya.

Begitu juga dengan modal insan atau sumber tenaga manusia. Dari pemimpin negara kepada CEO-CEO atau ketua jabatan, yang mengambil jalan mudah mengimpot pekerja asing untuk menangani keperluan jangka pendek dan mengabaikan latihan dan peningkatan pekerja tempatan. Beban sosial yang berkait dengan pengunaan pekerja luartidak diendahkan.

Organisasai dibina sebata demi sebata. Tidak ada skim cepat kaya. Wawasan perlu diisi dengan usaha berterusan. Memesan pizza dan makan mee segera dibuat sekali sekala sekali sekala dan tidak membawa manfaaty jangka panjang. CEO GOBLOG berpegang kepada saranan pemikir organisasi terkemuka, CHARLES HANDY ‘ small and yet big, big and yet small”. . Itu coretan CEO GOBLOG satu masa nanti. SABAR…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: