Memperkasa Diri # 11 – Apa itu World Class ?

Bertaraf Dunia atau world class membawa makna sesuatu produk itu mengikut piawai atau standard antarabangsa, diterima, digunapakai dan disanjung oleh masyarakat dunia. Produk disini merangkumi pelbagai bentuk keluaran dan kesukaan maknusia; perisian, perkakasan, perkhidmatan, permainan, sukan, bangunan, kebudayaan, tempat persantaian. Kayu ukurnya ialah kesejagatan,  penerimaan dan pilihan masyarakat dunia tanpa sepadan, warna kulit, kewargaan dan bangsa.

Lawanan World Class ialah jaguh Tempatan atau bahasa kolokialnya LOKAL. Sesuatu produk itu hanya diterima oleh masyarakat serantau atau setempat. Sukan Sepak Takraw, popular hanya di Asia Tenggara. Walaupun pemain-pemain serantau mungkin terbaik didunia, oleh kerana ia tidak diterima masyarakat dunia, sepak takraw dan pengamalnya bukan satu sukan world class.

Begitu juga dengan silat jika dibandingkan dengan Taekwando atau Judo atau Karate yang telah diterima masyarakat dunia. Istana Budaya di Kuala Lumpur, dikatakan bertaraf dunia tetapi hakikatnya, konsepnya kenegaraan. Pertunjukan yang dipentaskan tidak tinggi mutunya dan tidak mempunyai tarikan sejagat mengakibatkan Istana Budaya hanyalah satu kemudahan  yang  digredkan sebagai serba lengkap.

Suatu tempat peranginan itu mungkin tercantik didunia tetapi oleh kerana ketiadaan kemudahan, tiada package menarik, susah untuk dituju, tiada perkhidmatan setaraf, menjadikanya tidak mencapai taraf World Class jika dibandingkan dengan tempat yang kurang cantikannya tetapi dilengkapi dengan khidmat dan pakage menyeluruh yang diterima masyarakat dunia. St Tropez jika dibandingkan dengan Langkawi umpamanya.

Di dalam buku WORLD CLASS, Kanter mengatakan ada tiga kriteria world class. TIGA C iaitu CONCEPT, CONNECTIVITY dan COSMOPOLITANT, Konsep, Kesambung-hubungan atau rangkaian(?) dan kosmopolis iatu masyarakat tanpa sepadan.

Mc Donald, rangkaian restoran menjual makanan jajanan, walaupun tidak sesedap sate Melayu, menerajui konsep makanan segera. Kebersihan, piawai rasa digandingkan dengan rangkaian tanpa sepadan dan diterima citarasa masyarakat dunia yang mahukan  kemudahan dan kepiawaian. Maka terciptalah INDEX BIG MAC yang menentukan taraf hidup dan kos hidup negara dunia yang menunjukan penerimaan warga dunia.

Pada pendapat saya, pokok utama didalam perjalanan menuju taraf maknusia world class ialah keterbukaan fikiran. Dari keterbukaan fikiran, terkumpulah ilmu, terjanalah ide dan hidayah,.  Keadaan sosio politik masyarakat menentukan kesediaan menerima ide, pandangan, budaya, ilmu dari luar.

Persekitarannya juga harus tanpa sepadan. Amalan dan budaya naya nya mesti berteraskan ketelusan, bebas dari rasuah, keluhuran undang-undang. Hanya persekitaran yang sedemikian mempercepatkan lonjakan dari kampungan ke jagoan dunia.

Sekiranya keadaan sekeliling disebalikanya,  sekiranya anda tepaksa hidup didalam persekitaran sedemikian, tugas individu adalah membebaskan pemikiran dari dibelenggu majoriti sekeliling. Anda mesti berani melawan arus.

Adakah anda seorang yang bersukuan, seorang berpandangan kebangsaan atau anda seorang internasionalis, warga dunia?

 Sikap kesukuan adalah yang terrendah didalam skala keprogressifan fikiran. Penduduk dunia ketiga yang rata-ratanya baru menikmati kemerdekaan pula dibelenggu dan maseh mewarisi  pemikiran kebangsaan, peninggalan perjuangan menuntut kemerdekaan. Berbeza dengan Masyarakat dunia pertama yang telah melangkaui pemikiran kesukuan dan kebangsaan untuk membentuk perjalanan dunia.

Didalam mendebatkan isu World Class  dikalangan masyarakat Nusantara maka timbul lah pelbagai persoalan

#1  Mampukah satu organisasi politik berteraskan fahaman kebangsaan  memimpin bangsanya menuju kepesada dunia?

#2  Kenapa tidak digalakkan pengembaraan dan pencarian ilmu dari luar negara, kenapa sentiasa disoal kos pencarian dan peninggian ilmu

#3 Mampukah seorang Pegawai daerah kecil  menerajui satu kotaraya ketaraf worldclass

#4 Kenapa hanya tertumpu perusahaan makanan halal kepada makanan yang disukai masyarakat tempatan? Kenapa tidak diusahakan spaghetti halal dan bolognese halal sebagai contoh?

#5 Kenapa kita maseh kabur perbezaan keAraban dan keIslaman, diantara zionisma dan yahudi, diantara budaya dan agama?

#6 Kenapa tebal perasaan kesukuan kita hingga tidak selesa berhadapan dengan orang luar? Kenapa tidak dipanjangkan rangkaian sebagai perjalanan menuju World class?

#7 Mampukah satu Universiti mencapai taraf dunia sekiranya prioritinya dilaruti kehendak politik kebangsaan?

#8 Kenapa tidak dijadikan kehidupan kampung itu kehidupan WORLD CLASS?

Saudara senaraikanlah persoalaan-persoalan yang membelenggu fikiran. Jika tidak GLOKAL yang dilaungkan akan hanya membawa makna GLOJOH dan KALUT. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: