Memperkasa diri # 13 – Jakarta o jakarta, beberapa pengajaran dari jakarta

September 3 2006. Sekali lagi saya berada diJakarta. Kali ini untuk perasmian kantor kalau guna bahasa Batawi. Pertama kali saya ke
Jakarta lebih 12 tahun lalu, dek dicabar oleh pembantu rumah yang lebih selesa di Nusantara nya dari Warga Dunia ini. Saya rasa kerdil kerana tidak pernah menyeberang Selat Melaka walahal kepada si Wasiah, Bengkalis dan Batau Pahat itu ibarat  dua bandar di satu wilayah.

Maka saya mengambil tiket keJakarta.  Jakarta membuka mata saya dan menjadi titik tolak percintaan saya dengan Nusantara dan Asia Tenggara umumnya.

Didalam ucapan aluan saya semasa pembukaan saya menceritakan beberapa pengajaran yang saya perolehi dari lawatan tersebut

·         Jakarta bak kota Paris,  dengan Boulevard dan Avenue yang besar dan panjang. Saya belajar apa itu makna GEDE, atau besar. Jakarta dengan penduduknya seramai 12 juta mengunakan GEDE, yang menjadikan apa yang diKuala lumpur itu kerdil

·         Betapa enterprising nya orang Jakarta, yang belum saya lihat dimana mana, menjadikan kepercayaan orang Cina itu rajin dan enterprising tercabar. Satu mitos. Apa tak nya hinggakan U-turn di Jalan di swastakan

Selepas itu Asia Tenggara menjadi rantau utama saya. Eropah yang selama ini sering saya lawati,  tidak sedinamik kota-kota Asia Tenggara.

Pertama kali saya ke Surabaya, 2000 km jarak nya  dari Kuala Lumpur menyebabkan saya terharu mengenangkan penghijrahan jutaan   dari Pulau Jawa  ke Semenanjung. Bagaimana, kerana kemiskinan dan penjajahan kejam membolehkan manusia mengharungi lautan dengan tujuan meneroka hidup baru dengan penuh  harapan. Bagaimana, HIJRAH satu kaedah perubahan nasib.

Lawatan ke Makam Sunan Ampel menunjukan kepada saya peranan Wali Songo, penyebar Islam di Pulau Jawa dan Nusantara. Bagaimana  saya lihat rangkaian  dan hubungan spiritual dan perasaan terima kasih keturunan Jawa terhadap wali yang Sembilan itu.

Seterusnya  saya membawa anak dan isteri ke Jogjakarta. Apabila saya melawat Borobodur, Merapi dan Perambanan,  sesuatu kekosongan dipenuhi dan satu kecetekan umbi tersangkal. Saya mempelajari  Pulau Jawa menjadi padat bukan kerana  ledakan kesuburan penduduknya , tetapi Pulau Jawa  jadi tarikan seluruh penduduk Nusantara kerana  teknologi yang diterajui penduduknya

·         Penguasaan Teknologi menanam padi yang canggih. Bukit diteres dan penanaman 2 atau tiga kali setahun membolehakan cukup dan mewah  makanan

·         Penguasaan teknologi bangunan,  seperti ditunjukan didalam pembinaan Borobodur membolehkan keperluan asas utama manusia dipenuhi, bumbung  melindungi nya dan keluarganya

·         Penguasaan teknologi saliran. Kawasan lopak dan paya dikeringkan untuk tujuan pertanian. Johor dan Selangor menjadi penerima teknologi apabila jutaan penghijrah membuka kedua dua negeri tersebut.

Fenomena yang sama masih berlaku kini. Pulau Jawa masih jadi tarikan penduduk nusantara. Danny dan Harry dari Menado sanggup berhijrah ke Jakarta yang penuh mencabar kerana kedinamikannya,

Kali ini  di Jakarta, saya melawat  pasar antik diJalan Surabaya  dan Toko Buku. Di Pasar Antik saya lihat kehalusan seni Nusantara. Saya lihat kesenian Acheh, Jawa, Flores dan Kalimantan, Kagumnya saya,  betapa  lebarnya spektrum sukukaum dan budaya Indonesia. Dari sini saya fahami apa itu toleransi.

Ditoko Buku sekali lagi saya kagum. Saya membeli kesemua buku buku Pak Prem. Penulis dan pemikir agung Nusantara. Di rak rak dipenuhi buku buku Bahasa Indonesia samada tulisan asal Bahasa Indonesia atau buku alih bahasa.  

Membandingkan apa yang saya lihat dengan rak Malaysiana yang terhad di MPH menyebaakan saya tertanya peranan dan pemikiran  tak bertempat  peneraju bahasa  di Dewan Bahasa dan Pustaka yang berterowong. Dinosaur. Mereka taksub dengan Bahasa Melayu tulen hingga gagal melihat punca ilmu didalam Bahasa serumpun. Mereka sanggup melihat anak bangsa tercari cari bahan bacaan sedangkan mereka  gagal menulis dan mengeluarkan buku tulen mereka. Mereka masih belum memahami makna CRITICAL MASS. Betapa kerdilnya mereka dan pemikiran mereka.

Pelbagai lagi yang kita boleh pelajari dari Perjalanan dan pejelajahan.  Indonesia dan Jakarta memberi pelbagai pengajaran tentang hidup.

Jakarta juga membuat saya memanjat kesyukuran kehadratNya. Eva bekerja di spa tanpa pengetahuan suaminya, memandu kereta 3 jam ketempat kerja, dan tiga jam lagi untuk pulang. TUa di jalanan katanya.  Begitu juga dengan supir teksi yang tinggal di Bogor. Si supir juga menceritakan anak saudaranya membayar 48 juta rupiah untuk menjadi anggota polis.

Saya perlu merakamkan kata-kata Pak Pram diakhir blog ini “Dimanamana aku selalau dengar yang benar juga akhirnya menanag. Ini benar. Benar sekali. Tapi kapan? Kebenaran tidak datang dari langit, dia mesti diperjuangkan untuk mendapat benar”

 

 

 

 

14 Responses to Memperkasa diri # 13 – Jakarta o jakarta, beberapa pengajaran dari jakarta

  1. Norasiah says:

    tetapi pak, selepas diperjuangkan ada kalanya, yang benar terpaksa mengalah jua, seperti pepatah melayu, jika timun yang benar terkena durian yang berkuasa, timun jua yang akan binasa.

  2. Ann says:

    dan adakalanya, kebenaran tidak perlu diperjuangkan. cukup diam dan senyum.
    p/s: hi uncle. saya kawan along :)

  3. hafidzah says:

    pokoknya perlu diperjuangkan, bukan diam di tepi sambil memuncungkan mulut.

    hi kawan along! ^_^

  4. azlina says says:

    Hi, along.
    Betul kebenaran mesti diperjuangkan tapi masaalah nya orang kita ni lebih suka berdiam diri saja. Kenapa ya? Mungkin takut …?
    Tapi taku apa..?

    Takut kena pukul kot….!

  5. pezze says:

    Ever heard of sikap “tidak apa” orang Malaysia?

    And also, a certain segment of Malaysians do not want to be “outcast” by speaking out, without realising that they are the silent majority. It’s the noisy minority that are in the mainstream. Thus, when you speak out against something, you are deemed to be if not one, close to being a “pariah” or outcast. Look at Marina Mahathir in her early writing days and now look at Malik Imtiaz Sarwar.

    Marina Mahathir wrote a very nice piece in her regular column “Musings” in the Star either last week or the week before on being able to speak up.

    Ironically, it was during her father’s administration that people were told or made to shut up.

    We have been too long in the culture of being sub-servient. Look at UMNO Youth. How can someone jump into the number 2 spot uncontested, without having really done anything yet for the party, just because he’s the PM’s son-in-law?

    So, speak up when you have to and when you know you are right. At times, admittedly one have to hold his silence and choose the right moment to speak up.

    But as Bob Marley sang: “Get up, stand up, stand up for your right”.

  6. pezze says:

    Have you tried riding the “ojek” in Jakarta yet?

  7. inspigoblog says:

    hello,norasiah, didalam perjuangan ada strategi. Ada masa undur ada masa maju kedepan.

    Hi ann, along, pezze and lina, salah satu kumpulan manusia yang akan mendapat “fellowship of GOd” ialah “lovers of truth”. salah satu rukun taqwa? ada masa senyum, ada masa muncung ada masa hunus keris.

    berfikirlah secara strategik.

  8. Idayu says:

    Oleh sbb itu lah mereka2 di Indonesia begitu banyak extremist yg memperjuangkan kebenaran mereka.

    I wish at times Malaysians are more that way.

  9. pezze says:

    Extremism is taking it the extreme way. There are times when drastic times require drastic measures. But, not all the time that is necessary. Often you can solve the problem and stand for your rights in a peaceful way.

    Look at the ways how both countries Malaysia & Indonesia achieve independence. Both countries are independent now. Did Indonesia really need to shed some blood for it to achieve independence? Debatable.

    And the silent ways work too. Look at Gandhi & India.

    And berundur bukan bererti mengalah, you got to live to fight for another day.

    And senyum bukan bererti akur.

    Think strategically, and never be afraid to fight for what is right.

  10. inspigoblog says:

    i beg to differ idayu. Indonesia has the most tolerant society. The future of Indonesia will depend on its ability to curb extremism in what ever form and being tolerant. What is acceptable in acheh is a NO NO even in Pekan Baru and vice versa.

  11. easeart says:

    Dear inspigoblog,

    I am a recent but ardent reader. I have also included a few paragraphs of this entry (the bit about DBP) in an entry at my blog along with a link to your blog. Please advise if this is distasteful or unnecessary.

    Signed
    easeart

  12. inspigoblog says:

    no objection, easeart.

  13. easeart says:

    Thank you, dear Sir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: