Memperkasa diri #12 – Connectivity. Dari Rombau ke Mancheste

Rembau. Sri Menanti, Jemapoh adalah diantara kota kebal adat Minang. Tiada Melayu Malaysia yang setebal kesukuan Masyarakat Minang Negeri Sembilan. Kini, dengan adanya sistem komunikasi yang baik tiada masaalah Jemapoh berhubung dengan Menchestee, London New York, Timbuktu. Persoalan nya siapa yang boleh  dihubungi dan untuk apa?

Kata pokok connectivity, connect,  membawa makna sambung dan hubung. Oleh itu saya lebih suka istilah kesambunghubungan atau kesamhubungan kalau kita berani mencipta satu istilah baru untuk connectivity.

Didalam coretan ini saya memperkatakan bahwa kesamhubungan samada dari sudut jaringan manusia, pengangkutan, komunikasi. perpindahan maklumat, lojistik merupakan faktor strategik menentukan kemandirian dan kuasa individu, kerajaan, bangsa didalam era globalisasi atau kesejagatan.

Didalam coretan apa itu workld Class, saya menjelaskan bahwa Connectivity atau kesamhubungan adalah salah satu daripada tiga kriteria menentukan WORLD CLASS; Concept, Connectivity dan Cosmopolist.

Didalam suasana dunia tanpa sepadan, connectivity membolihkan sesaorang tidak terikat kepada faktor lokasi. Saya gembira  sekali, kampong saya yang 25 tahun lalu tidak ada bekalan elektrik , dan hanya kenal talipon 10 tahun lalu, kini telah punya broadband dengan talian fibre-optik. Ini bermakna saya boleh berurusan dengan sesiapa rakan kongsi di London atau Houston bukan sahaja melalui talipon bimbit tetapi melakukan pindahan maklumat tanpa had sambil bersantai dibawah pohon durian dengan sambungan wireless.

Ledakan komunikasi wireless merevolusikan bagaimana cara hidup dan budaya kita. Ia telah dirasa dan dialami olih sebahgian besar masyarakat bandar dan desa.

Melihat kehadapan, ledakan yang hampir dan telah mula kita lihat ialah bagaimana pengangkutan udara yang digandingkan dengan KONSEP “kini semuanya mampu”, akan mewarnakan cara hidup, demografi, lokasi kota dan hub perniagaan. Contoh amat baik dimana connectivity dan konsep mempercepatkan lonjakan kesejagatan.

Lojistik udara akan menentukan letaknya industri, tempat tinggal. Tidak cukup sedemikian, SPEED atau kelajuan atau kecepatan  jadi kriteria tambahan. Pembangunan yang sepadu akan menentukan daya saing sesebuah wilayah. Adakan kesesakan jalanraya akan menyebabkan lapangan terbang Bangkok yang baru tercekik? juga di Jakarta?

Dari sudut individu, kriteria kriteria diatas dijadikan kayu ukur utama apa apa tindakan dan penilaian yang dibuat. Bagaimana pula jaringan diantara manusia? Dengan adanya kesamhubungan diantara Jakarta dan CapE Town yang cepat apa relevannya kepada anda? atau Paris. Houston, Helsinki. St Petersburg, Vienna , toronto?

Ia berguna sekiranya kita meluaskan jaringan kita dan menentukan ada sesaorang yang boleh dihubung dan membawa manfaat. Sekiranya tidak anda akan hanya jadi penonton didalam ledakan yang berlaku sekarang.

Beberapa perkara penentu akan menentukan kesamhubungan anda

# Adakah anda masih berfikiran tribal atau kesukuan?

# ANDA mengamalkan keterbukaan?

# Anda galakan penghijrahan?

# Anda peka pada perkembangan teknologi?

# Anda ikut ajaran ibu kitab untuk menjelajahi dunia?

# Anda berusaha untuk mengembang jaringan antara bangsa?

# Anda punya kemampuan?

Saya tinggalkan coretan ini dengan persoalan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: