Memperkasa diri – Memahami diri sendiri

Perdana Menteri Malaysia,  Abdullah Badawi, selaku Pengerusi OIC, Organisasi Negara Negara Islam,  didalam ucapan diPBB/UN merayu Barat memahami Islam. Saya pelik. Selalunya ia dikatakan oleh seseorang yang putus asa didalam menengahkan pendirian didalam sesuatu debat atau pertelagahan.

Ia pelik kerana saya berpendapat ramai penganut Islam dan banyak pemimpin negara Islam sendiri yang tidak faham dengan Islam yang mereka anuti atau yang dipimpini.

Apakah yang Bush perlu faham tentang Islam? Apakah yang Pope Benedict perlu faham tentang Islam?

Seseorang itu akan cuba memahami sekumpulan lain jika ia berkepentingan atau kumpulan itu  lebih gagah atau kuat darinya. Bush perlu faham tentang Islam untuk mengetahui kelemahannya. Blair perlu faham tentang Islam untuk menagih undi di Bradford dan Liecester. Apakah yang Barat perlu fahami?

Fahami lah Islam, sesungguhnya penganut Islam lebih suka mendukung pemimpin-pemimpin yang korup dan kerajaan yang kalut dan tidak kompeten.

Fahamilah Islam, kerana ajaran-ajaran Quran perlu ditokok tambah untuk melengkapkannya.

Fahamilah Islam yang juga mempunyai mazhab seperti ugama Kristian.

Fahamilah Islam, penganutnya akan memberontak sekiranya nabinya dijadikan karikatur, dan jika ugamanya dikatakan ugama keganasan tetapi tidak memberontak jika diperintah kerajaan zalim.

Fahamilah Islam, segala masaalah Islam akan hapus jika konflik Palestin di selesaikan.

Fahamilah Islam tidak akan ada pengebom jihad jika Bush Blair dan Chirac masuk Islam atau faham tentang Islam.

Pemimpin Islam dengan fantasinya sendiri. Walhal majoriti Islam tidak faham apa itu Islam, menokok tambah dengan tahyul dan keajaiban apa yang terkandung didalam Quran dan kitab kitab Tuhan.

Setelah mereka membaca Quran, apalagi yang perlu mereka kaji untuk memahami Islam?

One Response to Memperkasa diri – Memahami diri sendiri

  1. pezze says:

    In Berita Harian, Tue 19Sept, pg16:

    Quote from Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh: ” Mufti minta Pope faham al-Quran. Ketua gereja digesa mendalami agama Islam”.

    Duh!! If the Pope understands the Quran & Islam, would he be Pope still…?

    Shouldn’t the Mufti say that us Muslim who should “mendalami” and understand the Quran & Islam…?

    The jury is still out. Not!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: