ceo goblog/ memperkasa diri- TEWAK dan kebersihan. Apa itu TEWAK???

Didalam usaha meningkatkan kualiti hidup, sedarkah kita dua perkara asas dibawah kawalan kita yang perlu diutamakan? kebersihan dan TEWAK.

TEWAK perkatan ciptaan sigoblog, satu singkatan TEpat WAKtu.

Kebersihan dan TEWAK ciri sejagat yang paling mudah diukur. Bersih atau kotor, lewat atau TEWAK. Jika dilihat dari sudut pengurusan masakini dua perkara asas ini komponen teras sistem kualiti, HSE, 5 S, kualiti hidup, semangat berpasukan.

Biasanya kebersihan diri menonjol tetapi secara kolektif, peranan dan sikap terhadap kebersihan persekitaran berbeza dan menjelekkan. Berlagak dan bergaya tetapi tandas yang kotor, laman yang teratur tetapi sempadan dan kejiranan yang bersepah dan seterusnya menular kepada work-station, sistem pengurusan dokumen.

Begitu juga kalau hanya kita sahaja yang menepati waktu sedangkan yang lain tidak pedulikan waktu dan menilai masa. Menghampakan. Berikutnya ia menular menjadi perilaku organisasi. Kedua-dua ini, tewak dan kebersihan, bergantung kepada sikap dan perilaku individu dan kumpulan. Didalam suasana organisasi, komitmen kepada keduanya bermula dari sikepala, sang ketua untuk membentuk pemikiran secara kolektif.

UP YOUR SERVICE!! bermulalah dengan TEWAK dan kebersihan. Sasarkan piawaian taraf dunia kerana ia tidak perlu modal dana. Modalnya hanya sikap, disiplin dan kepimpinan.

Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut digelegar mencerminkan insan kuno, tak berdisiplin, tidak peka pada kebersihan persikataran, biasanya disasarkan kepada siketua.
Begitulah hasilnya jika siagamawan, sang ketua, sipemimpin yang hanya berforum, berkuliah tanpa mengisinya dengan tindakan, contoh, tauladan, menetapkan hudud dan seterusnya memantau dan menentukan pematuhan, dan tahap sentiasa ditingkatkan.

Dengan kebersihan dan TEWAK cabaran nya ialah mendapat jisim kritikal untuk digerakkan. Malahan ia memerlukan penglibatan total tanpa kompromi. Hanya sang ketua yang boleh menerajuinya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: