SEKS DIDALAM PEMIKIRAN MELAYU – Kepala Otak, Kepala Zakar, Kepala Lutut

 

Seorang ahli strategi yang mengepalai satu badan pemikir politik sedang direman kerana disyaki telibat didalam satu pembunuhan kejam. Brutal, kata anak muda kini. Satu kes sensasi yang cukup perasanya; sipandai, punya kuasa dan wang, terjebak dengan perempuan cantik , seks dan pembunuhan, melibatkan politik dan penyalahgunaan kuasa.

Olih kerana si pandai yang terlibat itu Melayu di Semenanjung Melayu dan parti politik yang terlibat itu parti Melayu, yang mengepalai kerajaan, membuat saya teringat kepada satu perkataan melayu yang amat relevan didalam pemikiran orang melayu. Perkataan itu ialah KEPALA.

Selain dari kepala sebagai ketua, teraju atau pemimpin, perkataan kepala adalah satu anatomi penting manusia melayu.

Secara lumrahnya, kepala ialah organ yang terletaknya otak, muka, telinga , mulut dan di hiasi dengan rambut. Kepala dan OTAK, satu gandingan dua organ terpenting manusia, yang mengurus segala tindakannya. Disebaliknya, memperkecilkan pemikiran sesaorang boleh dibuat dengan mengatakan kepala otak kau!! Maka jika dikatakan demikian, manusia melayu akan terhina. Geliga kepala otaknya pula satu pengiktirafan kebijaksanaan manusia melayu.

Kepala simelayu pantang disentuh. Satu penghinaan. Usapan kepala hanya dilakukan kepada sianak dan orang yang akrab dan disayang.

Didalam cerita Melayu lama, anak memanda menteri ditikam setelah dastar atau tanjak siputera sultan tercampak dek terkena bola raga. Begitulah pentingnya kepala anak raja melayu.

Tidak terhad kepada sibangsawaan, didalam amalan MElayu lama pergaduhan juga boleh berlaku jika sesaorang menghina kepala bapa sesaorang. Ini kepala bapak kau., aku tendang dan tenyehkannya, merupakan satu provokasi yang tidak terhingga. Kepala bapak kau!! Menunjukan betapa bodohnya keturunan sesaorang.

Didalam anatomi melayu, kepala tidak terhad kepada kepala yang menempatkan otak. Sesaorang lelaki melayu mempunyai DUA kepala lain.

Organ seks lelaki melayu diberi juga pangkat kepala. Ia menunjukan betapa pentingnya sianu kepada manusia melayu. Perkataan yang diberikan ialah kepala “butuh”, atau kepala zakar secara sopannya, berbeza dengan perkataan butuh bahasa Indonesia yang bermakna menghasilkan. Ia ungkapan kasar. Jika sesaorang mengatakan kepala butuh hang, ia satu penghinaan dan cacian. Secara sopannya ia dipanggil sianu, zakar, yang dipinjam dari bahasa arab.

Saya pula suka dengan pengunaan perkataan punai. Punai ialah sejenis merpati liar Semenanjung, yang popular diperangkap kerana keenakannya. Ia mergastua terlindung. Sebagai contoh, satu ayat “Mereka bersama sama bermain punai”  menunjukan betapa akrabnya perkawanan sehingga  boleh merahsiakan kenakalan dua sahabat.

Selain daripada itu lutut lelaki melayu juga diberi pangkat, kepala lutut. Otak letak dilutut menunjukan betapa bodohnya sesaorang. Lojik sekali kerana lutut tidak begitu disambung dengan sistem saraf utama manusia.

Saya teringat satu karikatur kartun yang membawa beribu makna dan membawa mesej yang kuat yang saya terjumpa disalah satu majalah jantan (men’s magazine). Sikartunis melukis gambar sianu atau zakar. Dipenuhinya bahagian sianu yang berbentuk”topi jerman”, meminjam ungkapan seorang kawan, dengan lakaran otak manusia. Begitulah akan terjadi jika manusia membenarkan nafsu seks menguasi hidupnya. Otaknya terletak dikepala zakar.

Didalam kehangatan memperkatakan dan memenuhi bualan skandal semasa, seorang kawan mengatakan sesuatu yang membawa seribu makna. Setelah mengunakan kepala topi jermannya, kenapalah sipandai mengunakan kepala lututnya untuk berfikir dan berstrategi? Kemana pergi kepala otaknya?

16 Responses to SEKS DIDALAM PEMIKIRAN MELAYU – Kepala Otak, Kepala Zakar, Kepala Lutut

  1. Azlina says:

    Ini adalah cerita sengsasi yang amat mengejut sekali, mana taknya orang bijak pandai, berpengaruh sanggup buat perkerjaan yang terkutuk ini.
    Selalunya orang menagih dadah yang dituduh suka buat kerja ini tapi tak disangka-sangka orang yang ada otak pun boleh buat pekara ini. Sungguh memalukan orang melayu.
    Ini kerana nak menutup rahsiah maruah diri tergadai.
    Yang saya pelik tu pihak polis ada juga terlibat dalam kerja bodoh ini!
    Harapkan pagar. pagar makan padi!

    Kesimpullan nya adakah negara ini selamat untuk di lawat?

  2. pezze says:

    It’s called the delusion of power and status.

  3. mooke says:

    ah, bercakap mengenai seks adalah perkara paling mudah untuk meningkatkan ‘traffic’ ke laman web. syabas!

    mengenai ‘kepala otak’ si debenoir , – nampaknya dari kepala zakar dah turun ke kepala lutut.

  4. Cammy says:

    Ini bukannya cerita baru. Jatuhnya seorang lelaki kerana perempuan. Sehebat -hebat jihad adalah untuk menundukkanan hawa nafsu dalam diri sendiri. Kisah Malaikat yang pada mulanya menyifatkan manusia lemah dalam mengawal nafsu, juga telah tewas dengan godaan dan daya tarikan perempuan. Anak nabi Adam juga membunuh disebabkan faktor yang sama.

    Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu walhal perempuan mempunyai 1 akal dan 9 nafsu. Allah membenarkan lelaki yang berkemampuan untuk berpologami, bertujuan membendung diri dari kancah kemaksiatan serta meramaikan zuriat umat Islam.

  5. pezze says:

    conspiracy theory…

  6. Elies says:

    Yang pasti sebabnya adalah sama saja iaitu wang dan seks (perempuan atau lelaki).jatuh bangunnya sasaorang itu, apalagi jika ia saorang pemimpin tidak kira di mana pun asalkan ianya spesis ‘manusia’ biasanya disebabkan dua perkara diatas tadi.cuba kita renungkan.Jika tak saimbang pasti memakan diri.

  7. inspigoblog says:

    bangsa inggeris mempunyai 2 kepala. yang satu lagi dipanggil dick head. you dick head, membawa makna seorang yang dungu. melayu ada tiga.

    bayangkan manusia takde nafsu… tak semestinya jadi malaikat.

    adakah sieunuch mempunyai nafsu seks?? kerana terdapat cadangan supaya pesalah seks dekasi anunya, jadilah ia seorang eunuch.

  8. mooke says:

    eunuch ada nafsu seks. saya baca dalam buku ttg hurrem, isteri suleyman the maginificient.

  9. basir says:

    … and this is the guy who acts as a think-tank, churning ideas on islam-hadhari to the powers that be…

    gulp…!!

  10. irvan says:

    ih…………………………………. sex yah tapi aku kan masih remaja kynya gw blm pantes ngomongin itu tapi gw berhak tau biar nanti gw nikah nanti gw kan jd tau

  11. […] punai” menunjukan betapa akrabnya perkawanan sehingga boleh merahsiakan kenakalan dua sahabat. SEKS DIDALAM PEMIKIRAN MELAYU – Kepala Otak, Kepala Zakar, Kepala Lutut « inspirasi goBLOG (via inspirasi […]

  12. sulaiman says:

    hati kecil saya tertanya tanya samaada mayat mayat yang terjumpa ditepi lebuhraya di malaysia tahun sudah adalah angkara sijahanam yang dikaitkan di atas.

    sudah pakai untuk seks , hantar macai hapuskan jika pompuan pompuan tersebut nak minta lebih lagi macam jadikan mereka bini atau wang lebih. Allah saja yang tahu
    korok

  13. muna_ says:

    ade novel pasal this high profile scandal ni tau.. tajuk novel tu ‘kembang tak jadi’ sooooo damn nice story.. tebal.. yg kelakarnye that particular pemimpin tu namenye ‘dato seri Norman Rafiq’ and isteri die namenye Rajemah.. and pengikut die yg setie membabi bute sampai skang nk didakwe smule tu namenye ‘Rafiq Baba’.. dpt analogi name tu?? NR & RB and that ‘B’ tu refers to the same name.. and that malang lady from negare mate sepet tu namenye dlm novel tu Etontanya Seribunga =)

    ahaks! n

  14. dickhead says:

    org putih pun pggl kepala juga la bodoh.
    dickHEAD

    kau je yg buta english.
    kepala buto pak hang.

  15. inspigoblog says:

    the dickhead has spoken. The wise always say, if you are stupid it is best that you keep quiet, at least there would be people who think you are smart. give a computer to a dickhead and access to the net, he would just surf the net for porn. what a disappointment this is not SEKSMELAYU site.
    kerana kecewa dia melondehkan anunya dimana otaknya terletak.
    how uncouth!! you are a real-life dickhead and now the world knows. keep surfing dickhead!!!

  16. inspigoblog says:

    World English Dictionary
    dickhead (ˈdɪkˌhɛd)noun
    slang
    a stupid or despicable man or boy

    KAH,kah, kah!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: