Mengapa majlis perkahwinan Melayu tidak dimudahkan?

Cuti sekolah, bulan Syawal dan seterusnya bulan Mauludir-rasul adalah kala yang popular untuk majlis perkahwinan orang Melayu Malaysia. Majlis perkahwinan Melayu , perlu belanja besar walaupun tidak setinggi di IRAQ semasa Saddam atau di Arab Saudi masa kini. Pada saya ia satu budaya berbahaya dan bermudarat seperti juga budaya budaya lain yang menggalakan pembaziran dan yang tidak membantu pembinaan insan.

Kepada ramai anak muda, perkahwinan bermakna berhutang. Setelah berhutang untuk mendapat ijazah atau diploma, berhutang untuk kereta yang pertama silelaki atau siperempuan diambang hutang lagi sekiranya ingin bertangungjawab mengikat perkahwinan.

Bagaimana dengan rumah? bagaimana dengan peti sejuk atau peralatan rumah? atau adakah sipengantin perlu sebumbung lagi dengan kedua ibu bapa kerana tekanan hutang yang menjerut.

Yang peliknya, majlis adat perkahwinan Melayu bukanlah sesuatu yang bolih dibanggakan sangat. Ia bukanlah sesuatu ingatan manis, malahan ia punca tekanaan kepada semua yang terlibat. Terdapat unsur illusi dan make-believe. Pada hari itu pengantin jadi Raja. Pelbagai fesyen dicuba bersileh ganti fesyen yang tidak mungkin mereka rasaai sepanjang hidup. Sessi bergambar menjadi wajib kerana itu yang dapat dikongsi ramai.

Jamuan, bersanding, makan pengantin, bergambar, menepung tawar, jemputan beribu seolah-olah satu kemestian atau kewajiban. Malangnya dengan berubahnya sosio politik Melayu dan sosio-ekonomi melayu, bolih dikatakan kualiti majlis perkahwinan Melayu menurun. Seolah-olah, yang terpenting ialah seberapa ramai jemputan yang bolih dijemput untuk menentukan sumbangan semaksimum yang boleh dpungut.

Kalau dizaman 60an, perkahwinan bermakna gotong royong, berkampong mengerat siraturrahim, perkahwinan masa kini bermakna kontrak sajian, kontrak pelamin dan andaman, kontrak kompang, kontrak bunga telur. Perkahwinan Melayu adalah bisnes besar.

Gandingan selebriti dengan ahlulpolitik atau usahawan, jutaan disebut sebagai belanja perkahwinan. Untuk keluarga sederhana ratus ribu adalah biasa dan untuk keluarga yang jelas rendah pendapatan puluhan ribu dibelanja untuk majlis perkahwinan. Gila? pelik? Disemua kategori, rata-rata, indeks perbelanjaan dengan pendapatan, satu kaedah untuk mengukur kemampuan, termasuk didalam kategori berlebihan.

Saya percaya Majlis perkahwinan Melayu yang penuh bermakna boleh dilakukan dengan bajet yang berpatutan dan berkadaran. Saya sarankan, ia seharusnya tidak melebihi 2 kali pendapatan bulanan keluarga. Sebagai contoh, sekiranya si pengantin lelaki berpendapatan RM2000 perbelanjaan hangus perkahwinan tidak melebihi RM4000. Ia, untuk berkahwin, sipengantin mungkin mengumpul RM10000, bakinya sebanyak RM 6000 sepatutnya digunakan untuk persediaan rumah yang pertama.

https://inspigoblog.wordpress.com/2007/02/19/majlis-perkahwinan-melayu-yang-mudah-beradat-dan-bermakna/

Dengan mengawal perbelanjaan Majlis, hantaran belanja bolih dikurangkan, wang boleh digunakan untuk membina keluarga baru, beban hutan akan berkurang dan pada jangka panjang satu keluraga yang kukuh ekonominya akan dapat dibina. Tidakkah kita sedar ini boleh jadi punca rasuah, penyelewangan dan ramai anak muda yang takut untuk berkomitmen? Mengkhuatirkan sekali tetapi benar berlaku!!

TRend mengadakan pernikahan dimasjid satu amalan baru yang boleh menjimatkan perbelanjaan. Majlis beradat, beradab, penuh sopan, dan mengikut syariat boleh dtercapai. Malangnya, ia tidak berakhir sebigutu sahaja. Jamuan untuk ribuan tetap diadakan di kedua pihak seolah-olah persandingan lebih penting.

Adakah ini daleh ibu-bapa pengantin untuk mengisi self-esteem, jati diri yang rendah mereka. Apa orang kata kalau kita tak buat!! Adakah ini saja peluang mereka menunjukan status dan menjadi hos? Adakah ini akibat gaya hidup masyarakat Melayu yang menghadkan interaksi sosial? Tiada lagi zapin, joget, berparti, ulangtahun. Bersosial diantara mereka hanyalah dimajlis perkahwinan dan sekiranya ada kematian.

Menakutkan, kerana ramai anak muda khususnya yang lelaki tidak menjadikan perkahwinan sebagai keutamaannya.

Adakah anda berani berbuat Perubahan?? Pastinya!!

Melayu yang berada seharusnya memulakan trend berjimat dan memudahkan majlis, supaya yang lain tidak tertekan untuk mengikut selebriti dan yang berada.

47 Responses to Mengapa majlis perkahwinan Melayu tidak dimudahkan?

  1. pezze says:

    Setuju! Setuju sangat-sangat.

  2. pezze says:

    Setuju, I told an aunt, for my next wedding, we’ll just buy 100 packets of nasi lemak bungkus (RM1 each) and makan adik beradik saja. For those who come and I don’t intend to invite many… Hahahahahahahaha.

  3. thebanglacockney says:

    bukan kah purpose wedding memberi tahu jiran jiran kampung bahawa yang si suami dan si isteri dah kahwin untuk mengelak syak-wasangka. Itu ape yang saya belajar di sekolah. kalau nak makan nasik lemai 1rm tak praktical la aaa aan?

  4. pezze says:

    banglacockney: true, purpose of wedding is to “broadcast” to the whole world the man and the woman are married. but, not til you break the bank. the malay phrase is “berpatutan” or “sekadar yang termampu”. nasi lemak RM1 to was just to make a snide remark to “kepoh” people.

  5. thebanglacockney says:

    hehe. abah nak kahwin lagi satu ke? cite pasal kahwin kahwin ni.. kawin empat terus la… pasal hsemate noman bapak dia ade bini 4

  6. Azie says:

    This reminds me of my student days in UK, sometimes 15 years ago.My housemate, a Malaysian student hailed from Rembau, NS , liked a buddy to me,on one rushing morning to class broke this news of wanting to get married.All this while we knew of her courtship with this guy also M’sian of the same year.We were in the middle of our second year at that time.
    I could crystal clear remember my feelings, not to say surprise, but trying to figure out how on earth could it be when she excitedly revealed the marriage would be in a week time.For a moment I felt offended. Being so closed yet not to catch this supposed to be great news much earlier.
    Later that I understood from her it was indeed an idea sparked between them the day before.I nearly dropped dead when i was told their parents wouldnt mind so long “semua selamat”.
    Oh my God! I just couldnt believe it. Not to my family, I thought for sure.For a moment, the thoughts and memories gushing into my brains, way back to witnessing at young how a marriage would be arranged, planned and carried out at my grandma’s house in Bagan.I had seen the marriages of my aunties and uncles.The preparation was enormous.The people who came, mainly relatives, came weeks earlier to “rewang”.My grandma’s house would suddenly become hustled and bustled with work.work and work.As if that would be the last and the grandest marriage ever.The gotong-royong spirit was profoundly spilled out in the air.Everybody enjoyed the task given and as days passed towards the big day, looking forward to see the ‘the pengantin baru’ – how beautiful…how handsome..the couple was.I would always volunteer to do the bunga manggar cos I was always mersmerised by its sparkling colour as it swayed by the breeze.I knew many kids felt likewise and I would end up being the “tukang jaga bunga mangga” as instructed by grandma or else the bunga manggar would be gone.It was damned fun purposely displaying the bunga mangga at the anjung of grandma’s house, triggering jealously amongst the children of my age at that time.
    Came night time.No electricity at that time in Bagan but the marriage still went on with the help of this generator which my late grandpa rented specially for the mariage.Though the generator produced night- long ear-breaking noises but who bothered cause the night was filled with the music of zapin.Its like a feast for those who had worked hard for the event.Its a must event to be enjoyed by everyone in the village.I could never forget that when I even took part to dance along the beats of zapin.At that time those were how for a marrige to take place.
    Yet….years-years later in UK…as this buddy of mine was to be married…a day preparation….a simple jamuan of macaroni with a handful of friends, a Pakistani tok kadi and witnesses gathered at a Pakistani mosque…only the solemnization ceremony of about few minutes was actually the focal point of the entire marriage historyfor that couple.Truly I was amazed of how simple could it be as they were pronounced husband and wife as in accordance to Islamic Law.
    Two years later as I got married in Bagan, I just couldnt help it but to follow along with what my family had planned for me. Almost the same like before with all the hustles and bustles but this time no bersanding nor zapin.But I became someone who saw the two world and to me both created learning memories of a lifetime.

    two years later

  7. proud2bjawa says:

    aku setuju betul bila perkahwinan melayu patut dimudahkan.buat yang penting2 saja n of course bermakna n mendapat keberkatan dari-Nya.aku pernah disesakkan dgn budaya lapuk especially ‘duit tol’ (oleh mak andam n sanak saudara sebelah perempuan sblm pengantin lelaki dibenarkan naik pelamin yg kebanyakannya diamalkan di Johor) sehingga masuk dlm Utusan Melayu 2 tahun lepas. aku menjadi mangsa keadaan krn keluarga bekas bakal suami aku (dari sebuah negeri yg patut aku rahsiakan) takut dgn budaya yg mungkin masih diamalkan oleh keluarga aku, sdgkan aku bermati-matian menafikan.keluarga aku walaupun masih mengadakan majlis yg meriah tetapi tiada majlis bersanding n minta tol seperti yg diuar-uarkan.tapi tak mengapa, inilah yg dkatakan jodoh tak ada dan aku bersyukur tidak menjadi ahli keluarganya krn sebenarnya adatnya lagilah menyesakkan. dr perbincangan aku dgn seorg teman yg dtg dari negeri sama dgn ex-boyfriend aku itu, majlis di negerinya lagi ‘kejam’ (pada pandangan aku). duit hantaran yg sepatutnya digunakan oleh keluarga pihak perempuan utk mengadakan majlis (biasanya diamalkan oleh keluarga aku, tak tahulah keluarga org lain) digunakan utk membeli brg kemas utk pengantin perempuan. sekiranya tidak dibelikan,keluarga pihak lelaki sibuk bertanya ke mana duit hantaran itu dibelanjakan.ini bermakna duit hantaran itu ‘pulang’ kembali ke pihak lelaki.kemudian,semasa majlis berlangsung sebuah ‘tabung’ akan diedarkan agar keluarga pihak lelaki dpat menyumbangkan RM yg aku rasa tak jauh bezanya dari duit tol.tutup kisah itu.dan masih majlis perkahwinan masih menjadi ‘pertarungan’ menunjuk2, duit hantarn tertinggi di kampung (lagi tinggi kalau pengantin perempuan berijazah),pelamin n bilik pengantin siapa yg paling cantik, berapa dulang hantarannya dsbg.

  8. proud2bjawa says:

    aku pernah dijemput menghadiri majlis seorg teman lama di kampung dgn sekeping kad yg aku rasa RM3 sekeping (yg kemudian akan dicampak entah ke mana oleh org yg dijemput). ingatkan majlisnya teramatlah grand bgai perkahwinan kebyakn celebrity.tp majlinya tak setanding dgn kad jemputannya.rumah keluarganya kecil dan sempit (baiklah duit tu kau buat besarkan rumah parents kau), khemah majlis yg uncomfortable,tp pelaminnya mak aih….!! ‘konsep dlm taman’ yg aku rs about RM2000+ rega sewaan dia, hadiah untuk jemputan dgn beg kertas yg printed khas nama pengantin (org kampung tak baca pun, mak aku buat isi telekung pergi usrah di surau) yg aku rs RM5 sekeping blm termasuk isinya yg merapu iaitu bunga telur dlm harga RM3,dua tiga macam kuih n mangkuk porcelein kecil (utk apa pun aku tak tau).itu blm masuk belanja mak andam.pergh…!!! mau RM10000 tu…padanlah ada statement seorg lelaki yg takut nk naik pelamin sbb tak ada budget.dan sebab itulah ramai remaja kita terjbak dgn maksiat sbb tak ada duit nak kawin.
    aku idamkan majlis yg simple mcm majlis perkahwinan mat saleh dimana aku nak slps majlis akad nikah, makan ramai2, ada khatam Quran,tahlil n doa selamat. pelamin yg simple untuk bergmbar bkn utk bertepung tawar, bilik yg simple (tiada set bilik tidur baru,pakai apa yg ada) dan duit aku simpan utk bergambar di studio (less than RM500 je), honeymoon di Thailnd n membeli rumah baru.hadiah utk tetamu? sebiji coklat,cukuplah.bkn kedekut tapi aku nk apa yg aku belanja berbaloi n bernilai pd aku n keluarga. dan aku sendiri dah buat budget perkahwinan n yes! aku akan belanja hangus krg RM4000. Adakah ia beraloi pada tetamu? semeriah-meriah majlis blm tentu kita dpt memuaskan hati semua org.Takpelah…janji berkat n menjimatkan. Betul tak?

  9. Su says:

    aku penah gak pi majlis kawan aku..kad kawin dia,banner,beg kertas dia tempah khas dari karangkraf.peh, berapa la dia abis ek..aku tanya kad kawin tu brapa bajetnya?dia kata rm2 lbh..peh..aku minta maaf le nak buat mcm tu..lgpun org baca je pastu campak ke mana..bukan simpan pun..haaa…aku ada pegi kursus kawin…ustaz tu kata takleh tulis nama Allah, surah,ayat Al-Quran dlm tu..not even Assalamualaikum in jawi coz who knows, it might be stepped on..atau dibakar..tak baik tul tak?aku rasa buat ala kadar je laaa..and bahagian pempuan pun jgn le letak harga tinggi sangat..kesian kat lelaki tu..sekarang kalo nak laki keje yang stabil and ada duit,maknanya kena kawin ngan umur 35 above le…kita tau kesusahan kita sama je ngan kesusahan lelaki tu..tpi jangan le letak kurang sgt..nanti orang mengata lak,mesti ada sumting wrong..mulut orang,sapa yg tahu..ada org kata, duit mas kawin, hantaran takleh kongsi kumpul sama..tp kalo pmpuan tu nak tlg bahagian majlis pihak lelaki apa salahnya..janji nikahnya betul…:)

  10. Abang MAt says:

    Perkahwinan Melayu dah jadi adat tradisi lama dah….. memang sukar untuk di permudahkan… kecuali di dara teruna orang dakwah….. baru boleh simple….. no pertunangan, no lavish akad nikah, no bersanding, no mandi karut….
    tapi tu orang dakwah kawin… boleh lah simple… and the masyarakat will undersstand and accept… sebab depa tu orang dakwah… maksud nya orang arqam ke ( dah banned lah skrg) , orang tabligh masih wujud….uztaz Hafiz Quran ke….
    Mereka ni nikah di mesjid, hantaran tak lah mahal giler , buat kenduri sekadar memaklumkan perkahwinan…. itu pun at least Rm 5 ribu juga…..
    Tapi untuk golongan muda mudi biasa… yang dating2 berbulan2, malah ada yg bertahun2…. mereka kena lah ikut adat melayu yg biasa…. sebab kalau org biasa, especially yg tak pakai tudung, BAHAYA tak ikut adat melayu yg belanja mahal… nanti orang kampung suspect…. suspect yg bukan2… u know what I mean…. si pompuan tu dah mengandung ke????

  11. Kisah Cinta says:

    Nampaknya upacara perkahwinan ni memang perlukan belanja yang besar ya. Hmm. tapi, kalau dibuat simple, tak ada lah maknanya istilah Raja Sehari, betul tak?

  12. inspigoblog says:

    kisah cinta, tak perlu belanja besar. Mau jadi raja sehari saja ke atau mau jadi raja hari-hari? simple tak semestinya lekeh.
    Tapi semuanya tergantung kepada ibubapa perempuan. kalau letak belanja tinggi sangat, tak kasihan ke dengan kedua pengantin baru?
    Takut nak meminang? carilah orang perantaraan.

  13. Chee Kui says:

    saya dah tanya mak dia ari tu. dia cakap RM12 Ribu. Tak tau la main-main ke betul-betul..
    Sebab tu saya teragak-agak nak hantar rombongan meminang. Macam antap sangat la pulak..
    Entah la.

  14. inspigoblog says:

    chee kui, the sad thing is that the girls mother may use the dowry to test her future son in law. from the perspective of the would be groom, you either back out or pursue the matter to show her your true love. On a positive note, add a few more thousands, thats all it is going to cost you. The groom side is not obliged to host a reception, unlike say a chinese wedding where all expenses is by the groom.
    if you think 12 k is too high your best bet is to negotiate through your miss d. the mother usually would be reasonable. Take this approach if you feel you could impress them by other means.

  15. mashimie82 says:

    yup.. sume pendapat ble diguna pakai… cam akak aku kawin aritu, jempur sanak saudara tdekat jerk.. pastu xde bg kat jemputan pun.. bgtau mulut2 jerk.. pastu utk jiran2 just bg kertas A4 taip2 makluman kawin.. lipat 3 trus bg kat jiran.. bebeno jimat.. thanks god my parents jenis tak penah nk menyusahkan bakal menantu.. hantaran ke mas kawin ke terletak di tgn pihak lelaki.. ikut kemampuan mereka.. ape2 pun bg dorang, biarlah perkahwinan tu membahagiakan anak2.. cukup syahdu, im proud with my parents.. my turn? lambat lagik nie.. hik hik…

  16. Md Hisham Abd Razak says:

    rasanya ramai yang masih berhutang walaupun anak dah berderet-deret. cuba tanya orang kat sepejabat. tentu malu nak cakap

  17. mazra says:

    aku impikan perkahwinan yang gilang gemilang dalam hidup aku……..habis duit pun aku tak kisah.Yang pastinya kepuasan itu milik aku…tahts why tahun depan aku nak kawin sekarang aku dah mabuk kawin…

  18. wan says:

    tak ada duit, buat cara tak ada duit.. org yg mampu berhabis RM1 juta pon utk majlis kawen diorg, korang tak payah la nak sebuk2.. diorg mampu. korang yg takde duit tu tak payah nak ikut atau nak mengata diorg. akad nikah n pergi la rumah idaman korang tu.. ada duit skit2 g beli perabot ke ape ke.. pastu simpan la duit korang tu yer.. diorg yg berhabis juta2 utk kawen tu masih mampu berhabis berjuta2 lagi utk rumah diorg..

    jd raja sehari dgn majlis yg cuma di hadiri adik bradik n saudara terdekat? sehari je seumur hidup.. alangkah ruginya..

    ada ke org yg buat majlis simple sbb niat nak berjimat?? atau taknak membazir?? sebenarnya yg buat majlis simple ni sbb tak ada duit, ada masalah keluarga, masalah dgn masyarakat.. itu jer.. padahal dalam hati, pasti mengidamkan majlis yg grand.. jgn tipu laa!

  19. azie says:

    Beginilah..why not back to basic seperti yang dituntut dalam Islam. Sekalipun kita banyak duit..nak buat majlis kahwin hebat belaka…tak guna juga kalau tak berkat. Kita kena ingat yang perkahwinan atas dasar untuk hidup senang susah bersama. Jadi yang perlu kita idamkan adalah keberkatan dari Allah hingga ke akhir hayat hidup kita. Yang perlu kita impikan adalah nur dan rahmah Allah. Di khuatiri majlis yang hebat-hebat ni kononnya untuk seumur hidup sekali bakal mengundang pembaziran dan perlu diingat yang syaitan suka pada orang-orang yang membazir.

  20. idlan says:

    Cita cita saya wedding mudah. Akad di masjid, tiada bersanding, tiada songket bagai. Cuma mahu kenduri ala kadar, jamu teman-teman dan kenalan. Saya tidak mahu dewan, pelamin atau VIP. Kalau hendak diberitahu kepada semua, saya siarkan gambar akad di blog, barangkali.

    Tapi I don’t know if my parents have the same idea. My (already married) sister figures, if I hold out long enough, my parents may be so relieved I decide to settle down, they may just relent.

  21. hamdi says:

    Idlan,

    Bagus sangat tu. Insipigoblog, patut mulakan kempen untuk majlis perkahwinan berhemah. Jual riben biru ke, kempen tandatangan dan surat layang x10 menghantar persetujuan untuk belanja berhemah. Hajat saya bila anak2 kawin, buat ala kadar dan bagi RM20K one time fund untuk anak saya buat apa dia suka.

    Amacam!

  22. sebenarnya berkahwin ialah perkara yang tidak dimudahkan dalam melayu,untuk ini saya ingin memaklum saya berkahwin ala kadar tidak perlu bersanding dan tidak ponteng naik pelamin

  23. abdul raouf says:

    betul kata mum itu,memang bagus cadangan anda itu,saya juga ingin menikah macam itu satu jimat kost perbelanjaan dan juga dapat berkahwin dengan sah dan mudah dan benar dan true dan xda fal

  24. rina says:

    saya pun setuju… sbgai contohnya.. tgk youtube.. click ‘nikah adelaide’..
    this is seriously so simple… not as in malaysia.. so leceh..

  25. inspigoblog says:

    Any response from wedding planners to rina’s and the others?

  26. mama budak says:

    macam ni ler…kalau ada duit buat ikut bajet kalau tak de pun simpan sampai cukup tapi jangan ler sampai beli nasi lemak…sebenarnya,kalau dipikirkan memang elok buat kenduri kalau besar pun bagus jugek ape taknye cuba pikir, mak bapak dia dah abis beribu-ribu ringgit besarkan dia, sekolahkan dia, jage dia sampai sekor nyamuk pun taknak kasi gigit yang engkorang nak ambik buat bini nak buat ala kadar je..tunjuk le sikit gentleman tu dah nak ambik anak orang buat la yang patut.Engkorang bercakap ikut poket cuba cakap ikut titik peluh besarkan anak..?Nanti engkorang dah ada anak baru terasa pedihnye hati bila anak yang kiut-miut, berbudi bahasa, sekolah tinggi-tinggi, kerja gaji besar orang datang meminang mintak kurang. derita mak dia tanggung 9 bulan mengandung pun tak terbayar.ni main pakai nak belanja nasi lemak je…mana tahan …?sekali tu je mak bapak dia nak minta duit pastu entah kampung pun tak balik raye…tu lagi kesian…pikir-pikir le dulu sebelum buat komen…ye tak???

  27. emma says:

    hmm…nk diikutkan saya nak buat majlis simple…majlis akad nikah di masjid dan jamuan makan utk tetamu dan saudara- mara… tapi keluarga sebelah suami nak tgk kiteorg bersanding..terpaksalah ade pelamin..makan beradap dan so on…hantaran suami kasi 7 ribu…sbb saya baru setahun keje..dan saya takde ayah lagi dah meninggal…mana lagi saya nak korek duit….duit tulah diguna…campur2 duit sendiri…bayangkanlah…nak sewa khemah dekat 1200….sewa mak andam 1400….pastu utk jamuan saye sediakan 4000…dan beli set bilik tidor dekat seribu….bayangkan semuanya lebih 7 ribu kan? saya kene top up untuk beli berkat…brg2 kat dulang tu kat sebelas dulang….dengan cadar pengantin…so macam mane korang cakap nak kasi hantaran murah??? lain la…ur bakal wife da keje lama…n gaji 2k…bulehla dia tolong top up kan…lau cam saye…gaji 2k tapi kene support family..tak dapatla lau kasi hantaran murah….

  28. inspigoblog says:

    emma,
    ramai yang terperangkap seperti emma. Tapi emma belum masuk perangkap lagi. Yang nak memulakan keluarga ialah emma dan suami, kamu berdua mesti fikirkan kelengkapan sampan yang akan didayung jang sibuk berfikir untuk mendayung sahaja. Mana dapur, mana peti sejuk, deposit rumah sewa, alat perabut, pindah rumah.
    Pisau ditangan, desakan keluarga hanya desakan, tapi mereka tidak membantu. Mereka hanya mahu berparti, berseronok. yang tanggong kedua pengantin.
    Beranikan diri buat keputusan terbaik.

  29. admin says:

    iya.. saya setuju dengan inspi.. perkahwinan yang direstui dan diberkati oleh Allah itu telah menjadi acara sahabat syaitan dengan menggalakkan pembaziran.. pada saya, majlis yang gilang gemilang itu akhirnya akan dilupakan orang..makanan yang sedap dan enak itu akan dilaburkan ke dalam mangkuk tandas..not say I against makan yang sedap sedap tapi kalau dah membazir, tiada maknanya lagi..

    mungkin..terjadinya budaya cohabitation yang serius di kalangan umat Islam apabila ada sesetengah di antara mereka yang takutkan belanja besar untuk menikah..dan jangan kita pula terlibat memainkan peranan dalam menyemarakkan lagi pemahaman sempit ini..

    wallahu alam

  30. ITA says:

    kita hidup dalam masyarakat.kena lah buat majlis kahwin kalau tak orang tak tahu dah kahwin ke belum.nanti jadi prasangka tak elok pulak.buat sekadar kita termampu.jangan sampai berhutang pasal nak kahwin

  31. ainn says:

    hehe..stuju2…wat mana y mampu je..jgn sb nk wat majlis besar2,hutang keliling pinggang..
    tujuan utama pernikahan utk menghalalkan perhubungan laki n pmpuan..
    tpi lbih elok tradisi melayu kenduri gotong royong dikekalkan..
    dpt eratkan silaturrahim..
    xsuke kenduri y pakai katering..xde suasana langsung..

  32. inspigoblog says:

    ainn,
    minyak naik harga, minyak sapi pun naik harga, kalau nak berparti pun tak payahlah jemput sampai beribu-ribu. mari kita hentikan budaya negatif ini.

  33. jasni says:

    seelok-eloknya biarlah majlis tu ikut pd kemampuan.mmg ler mak dier besarkan dia ngan titik peluh.tp kita kena ingat,kalau majlis besar skali pun tp dlm hati nak bangga kat org dan niat bukan nak mengikat kawin anak kita…itu yg jd x berkat.
    kita kena ubah persepsi mcm ni,sbb kalau dibiarkan lg byk dilema bab kahwin akan berlaku.dan akan byk masalah sosial berlaku.skg ni pun da byk gejala berlaku.
    mmg titik peluh x blh dibayr ngan wang ringgit,tp keredhaan,keberkatan dan limpah kurnia Allah tu lg besar maknanya….
    blh ker kita samakan titik peluh kita dgn kurnia Allah?
    kalau Allah dah tentukan jodoh pasangan tu,pastu kita menyukarkannya…adakah kita ni kufur nikmat Allah?anak yg kita dapat pun dtg dari Allah.bukan hak kita sepenuhnya.
    kita sendiri tahu jodoh,ajal dan rezki semua Allah tentukan.
    kita semacam lupa akan konsep ini yg telah diajar sejak kecil lg.

  34. zarina says:

    emm..ni semua bergantung pd kemampuan diri.. msg2 ada pendapat msg2 tentang belanja majlis perkahwinan. biarlah kalau nak buat majlis kahwin yg gilang gemilang.cm membazir amalan syaitan:-)
    …dan biarlah kalau nak buat malis yg budject kecil sj.org mengata juga kalau buat majlis besar n majlis kawin yg budject ciput.mulut org mmg susah nak tutup..kalau majlis besar kt membazir n kalau buat kecil2an kata kedekut or ada something yg perlu kawin cepat n majlis simple..cth ye yg pompuan termengandung or kn tangkap basah..
    knp isu ini ditimbulkan..kalau rasa berkemampuan nak buat majlis besar n jamu ramai org makan baguslah..majlis nikan sesuatu yg baik..lagi satu tak payah nak mengata sebab dia akan terkena semula pada kita.. Allah balas cash je skrg.. silap2 dapat family in law yg kaya raya yg kena sediakan macam2 untuk anak dia..so kena gak buat majlis grand,kang kena kutuk plak..dpt anak org kaya takkan majlis yassin n kenduri selamat jek.tp boleh juga sbb boleh mengajar yg duit bukan segala2nya.
    emm dr situ nak dapat pasangan pun kena betullah..byk aspek kena pk bila nak kwn ni.. bkn setakat nak buat majlis kawin je..nnt buat besar2 cerai berai plak..tu yg tak best tu..masa tu bgtau nak buat macam ne takde jodoh,pandai plak bercakap..emm mmglah jodoh kita ditetapkan tp kita kena usaha mencari jodoh, selalu berdoa supaya rumahtangga aman bahagia..ada plak yg kwin sanggup berhutang semata2 nak buat majlisgrand or mmg takde duit tp keinginan nak kawin tu meluap2.. ni semua kena belajar semula..bc balik kenapa kita berkahwin, bila masa diwajibkan berkahwin,diharuskan berkahwin,diharamkan berkahwin…semua kena tau.
    yang penting pokok pangkal HATI….

  35. maria says:

    hurm..aku tgh pening..aku dh nak kawin..tp mak ayah aku n makayah tunang aku nak awal..aku ni xnak lah majlis yg grand sgt..tp aku nak jgk mrase wedding yg aku nak 2..at least dpt bg family aku pakai bju sedodon ke.goodies ke..walaupun aku tau membazir.tp aku nak rase..kawin sekali je..mslhnye,klau lah aku ni mmg dah ade duit xpe lah. klau lah dieorg bleh sabo sikit..aku nak rase sumenye..i really do..uwaaaaaaaa…kolot lah org yg ckp pmpn x pakai tudung klau kawin bt simple2. org akan anggap yg bukan2..ish ngarut..

  36. Elang says:

    Sangat setuju dengan artikel ni. walaupun ada komen yang kata “padahal dalam hati, pasti mengidamkan majlis yg grand.. jgn tipu laa!”, tapi sebenarnya kalau kita tau apa yang penting dan x penting, apa yg perlu dan tak perlu dlm hidup, Insya Allah kita tak akan mengimpikan majlis yg grand kalau kite sedar kemampuan kite.

    kita kawin untuk membina kehidupan masa depan, jadi apelah rasionalnya menggadaikan keselesaan masa depan hanya untuk memuaskan hati semua orang lain yang belum tentu akan sudi membantu kite di masa depan di saat hutang keliling pinggang dek kerana melangsaikan hutang kawin yang bertahun-tahun nak habis..?

    Betul kite perlu membahagiakan ibu bapa kita yang dah bertahun-tahun membela dan membesarkan kita, tapi seharusnya kita juga boleh cuba untuk buat mereka faham yang ini juga adalah demi kebaikan masa depan kita, sbb kalau dah nanti untuk keluarga baru yg dibina tu pun tak cukup makan nk tanggung, apetah lagi nak terus menanggung dan membalas budi kedua ibu bapa kite sesudah kite berkahwin..? Insya Allah, kalau kita ikhlas, dan kena caranya, ibu bapa kita akan faham..

    Tanggungjawab untuk buat mereka faham tu adalah terletak pada kita sendiri, sbb mereka mungkin kurg faham/nampak sebab zaman kite berbeza. Macam jugak contohnye, kalau zaman org tua kite dulu, keje gomen je dah anggap gempak & selamat dah. Tapi zaman sekarang, kalau semata2 harap keje makan gaji je tak akan dapat menjamin masa depan kite cerah bile dah tua nanti.

    Contoh yang paling mudah nak faham, katakan dgn pendapatan kite sekarang dan kemungkinan kenaikan pangkat/gaji yang kite akan dpt dlm 10-15 thn akan datang akan menjadikan simpanan EPF kite berjumlah 100k bile kite pencen nanti, skrg mungkin kite rasa 100k tu dh cukup dh untuk pencen nanti. Tapi kite lupe, bile tibe masanya nanti, 100k tu dah susut nilai mungkin jadi 10k je…

    Jadi kesimpulan saya, keputusan dan tindakan kite hari ni, akan banyak mempengaruhi masa depan kite. Zaman berubah dengan cepat skrg. Tak macam dulu..Jadi, elok lah kite sedar dan praktik yg mana penting dan perlu saja, sebelum memakan diri di kemudian hari…

  37. Elang says:

    ooo… dan lagi satu, tentang komen “kalau org biasa, especially yg tak pakai tudung, BAHAYA tak ikut adat melayu yg belanja mahal… nanti orang kampung suspect…. suspect yg bukan2… u know what I mean…. si pompuan tu dah mengandung ke????”

    Sedih betul dengan pandangan yang agak cetek sebegitu. zaman sekarang ni,(mintak maaf cakap) yang bertudung pun belum tentu baiknye… kadang2 depan org2 tertentu, bertudung, depan org lain, lain pulak jadinye. Jadi, siapa kite nak memuaskan hati semua orang? Kalau kite buat baik pun, orang lain tetap ada sebab untuk bersangka jahat/buruk pada kita. Kalau kita tak pernah dengar orang mengata kita, jangan sangka kita ni tak pernah diumpat keji.

    Saya sendiri, tak bertudung, dan saya dah bersedia apa saja pandangan dan tanggapan orang lain terhadap saya, walaupun adakalanya tanggapan tu tak benar langsung! Sebab bagi saya, I’ve seen people yang luarannya nampak lebih baik dari saya, tapi di sebaliknya hanya Allah yang tahu. Jadi, tak perlulah saya nak memuaskan hati semua orang, semata-mata nak mengelakkan kemungkinan diumpat keji.

    Lastly, saya sememangnya dan lama sahut ‘cabaran’ penulis artikel ni dan bersedia hadapi ape saje consequences nya. Salam..

  38. Ermmm…saya prefer simple..nikah and jamuan makan kat masjid pun dah memadai..grand jugak jer…

    aritu pakcik saya nikah buat kat masjid wilayah jer..senang..lepas nikah terus majlis makan kat dewan makan masjid…

    Semoga Allah permudahkan jodoh dan berikan yang terbaik buat saya dan pembaca semua…

  39. inspigoblog says:

    true love, gitu saje caranya.

  40. Abby says:

    bloggers…
    make it simple..plain..not try to have headache thinking of this.

    ..:: Tepuk Dada Tanyala Selera::..

  41. chichi says:

    apa la korang sibuk sgt dengan wedding org tu…dorg punya bajet, biar la dorg mo buat majlis amcm, yang hbis duit pn bukan korang jg kan???…saya tidak heran la dengan majlis kawin org sekarang ni,yang penting kita doakan jer la dorg bahagia…betul tak, kita tak dapat dosa malah pahala yang kita dapat…jgn marah yerk.

  42. lyn says:

    majlis ni biarlah sederhana. tapi masih lagi meriah. apa yang boleh dikurangkan, kita kurangkan. jangan terlampau ikutkan hati dan fikirlah secara rasional dalam membuat keputusan .

  43. wjaran says:

    as’kum….pada sayer saranan anda btul..tp bg sayer perkahwin adaah 1 hutang itu x wajar…maner mgkin ada boleh kter mcm itu..dldm islm juga menyata perkahwinan itu ibarat 1 masjid…masjid adalah tmpt suci,,,,x kan anda nk kter kan kiter nk bina masjid dgn utang…logik ker….

    kemeriahan itu terpulang pada kluarga kiter mcm ner nk mentfsirkan….samada mewah,sedarhana or biasa(lepas yg wajib) tp dlm islam kiter patut membritahu org rmai tntng sesuatu ikatan yg telah terbina untuk mngelak fitnah…

    klau dah thu nk wat mewah tp kiter ni bkn anak datuk pun boleh…duit untuk kawin di asing kan,wat target berapa ribu…10,20,30 ribu,,terpulang….tp jgn la berhutang tuk majlis tu…malu….n tuk kperluan rumah bli la cikit2….jgn tgu dah kwin br nk bli….mmg la botak….jgn la nk mnyimpan duit tgu dah de pasangan br nk wat simpanan….kot2 kiter ni jumper sebulan trus nk kwin…zx ptun mak bapak suh kwin awai tkut x sempt tgk anak naik pelamin….jodoh tu kalu Allah kter masa dah smpai x lebih sesaat or cepat sesaat…kunfayakun…kan de cople dah cintan 4/5 thun x kan nk kwin guner gji 2 bulan kot….baik putus jer dgn lelaki mcm tu….hahaa..dah thu kiter bcinta tu pengakhirannyer gerbang perkawinan…wat la persediaan..bli umah awai2…

    ala…yg x de pasangan pun dah boleh bli umah,lengkapkan umah dengan pekakas….x smestinyer tuk istri umah tu…kluarga pun boleh per…klu dah kijer 2 jgn la joli saner cini…klu dah thu kmu 2 nnti pas kwin nk duk sndiri bli n wat la persdiaan awai2…2/3 thun sblom tu…yg x de pasangan lagi pun boleh n lg bgus…x membazir…bli kan bnda x berfaedah la….

    bg perempuan klu nk kawin pikir la byk kali klu pasangan kter guner gji 2 bln jer….n pikir wat mjlis perkahwinan besar 1 hutang…tu salh sndiri…Allah mmg x suka org membazir…n Allah juga x suka org berhutang….

    cuber anda pikir yg suka kmeriahan,wat mewah2 adalah wanita.
    n cuber anda pikr yg suka ambik hutang tuk kawin adalah lelaki..

    mmbzir wanita + berhutang lelaki= 22 Allah x suka….

    ANDA FIKIR LA PENYLESAIAN…..YG PENTING KEBERKATAN DR ALLAH ITU YG PNTING……

  44. rizlan darus says:

    mr ES, i believe its about choice……

    pilihan si pengantin….
    pilihan mak dan bapa pengantin…..
    pilihan mengikut jiran atau saudara-mara …….

  45. inspigoblog says:

    dunia dan kehidupan ioioioioioioioio…..nombor binary i atau o, kiri atau kanan, baik atau buruk, pilihan ia pilihan kerana kita sentiasa dipersimpangan

  46. ima 5544 says:

    Asalamualaikum semua…

    baca komen2 di atas, membuat saya terkenang semula perjalanan majlis perkahwinan saya lima tahun dulu…

    sebelum berkahwin, saya sempat merasa zaman menganggur selepas berijazah selama setahun, cuma kerja kontrak di beberapa tempat, sbb malu masih ditanggung oleh mak bapa walau dah habis belajar, suami saya waktu tu (juga berijazah), keje kilang, utk tanggung dia dan saya sekali, Alhamdulillah, lega bila dapat tawaran kpli, berkursus di maktab(waktu cuti sekolah je) dan suami saya waktu tu,masih kerja kilang…

    sbb maktab jauh dari rumah, adakalanya suami temankan saya ke maktab untuk hantar assingment, kami naik bas ekspres, hanya berdua sbb ayah sibuk, mak pula selalu x sihat, jadi tak boleh nak temankan, disebabkan kekerapan yang perlu dia temankan saya ke maktab, kami ambil keputusan nak nikah, tak nak lagi berdua2an cam tu selalu…

    suami saya ada sikit duit simpanan, wang dia dapat masa keje kontrak sebelum keje kilang, jadi kami sepakat untuk berjimat supaya suami leh simpan duit nak buat belanja kawin, yang saya betul2 respect pada suami saya sbb dlm tempoh nak kawin tu, dia sanggup makan nasi dengan ikan bilis je, sbb nak simpan duit nak kawin, Alhamdulillah, keluarga saya jenis x meminta yg bukan2, wang hantaran ditetapkan RM 5 ribu, mas kawin RM 100..itupun dengar juga bunyi2 dr makcik dan pakcik…”kenapa murah sgt? belajar tinggi2..” saya diamkan je, mas kawin pun diaorg ckp rendah sgt, nak beli brg kemas pun x cukup, saya x kisah, selagi diaorg nak berckp, ckplah…yang penting saya tahu, itu je yang suami saya mampu beri, saya terima dgn hati terbuka….

    sepanjang tempoh menuju ke hari pernikahan, hantaran saya buat sendiri, utk pihak saya dan pihak lelaki, cenderahati buat sendiri, boleh jimat berkali2 ganda, pakaian utk nikah, majlis kenduri dan majlis sambut menantu, semuanya jahit sendiri, lepas kawin leh pakai lagi, xde tempahan baju pengantin, make-up atau jurugambar, kad kawin pun yg simple..sbb bapa dah warning, yang murah je…sbb org akan buang lepas tu..dan yang paling saya bersyukur..sbb 2 minggu sebelum tiba hari utk kami dinikahkan, suami dpt keje tetap dgn kerajaan..benarlah berkahwin ni makin bawa rezeki pd kita…mgkn niat nak kawin sbb nak elak maksiat, jd Allah mudahkan perancangan kita…

    tiba hari yg ditunggu, akad nikah waktu pagi, selesai majlis, ada jamuan ringan utk pihak sebelah lelaki, tepat kul 12, kami ke dewan yg disewa (dewan kecil..sewa dlm RM 300)…takde pelamin, takde makan beradap, takde muzik…sekadar majlis kesyukuran utk meraikan tetamu hampir 1000 orang…sbb saya sendiri lebih suka belanja lebih sikit utk makanan tetamu, biar org kenyang…dr membazir utk perhiasan yg hanya org tatap utk 3 atau 4 jam je….Alhamdulillah…berkat niat yg baik tak nak membazir, Allah pulangkan semula dlm btk sumbangan wang tetamu…walau majlis yg dibuat serba sederhana, mak ckp, wang sumbangan yg dpt adalah dlm RM 7000…saya lega sbb bapa leh langsaikan bayaran makanan…duit hantaran dan mas kawin…bapa suruh saya simpan…

    habis kenduri sebelah saya, sebelah suami cuma adakan majlis kesyukuran utk sambut menantu, takde pelamin dan sebagainya juga…lepas selesai semua majlis, kami cuma tinggal selama seminggu di rumah mak bapa saya, suami x selesa sbb dia kata tanggungjawab dia utk sediakan tempat tinggal, jadi kami pilih rumah kos rendah yg berdekatan tempat keje suami utk disewa, mula2 masuk rumah, kami cuma beli satu tikar dan satu bantal peluk….itulah katil kami…kami beli brg sikit2…janji tak berhutang…lepas beberapa bulan…rumah kami lengkap dgn brg2 asas je, x lebih dan x kurang….

    lepas setahun kami kongsi duit beli motosikal utk mudahkan suami hantar saya ke tempat keje…sebelum tu, kami pinjam motor sedara sebelah suami, beli motor tu, x hutang, guna duit simpanan yg ada, lepas tu…cukup setahun lg, kami beli kereta, Alhamdulillah, nasib kami baik dpt kereta MPV second-hand yg masih baru sbb pemilik lama x selalu guna kereta tu…selesa sikit nak balik kg suami, sebelum ni balik dgn bas ekspres….cukup setahun lepas tu, kami beli rumah yg kami sewa, saya guna duit hantaran yg suami beri masa kawin utk bayaran pendahuluan rumah, ansuran bulanan, suami yg langsaikan…

    Alhamdulillah…dah lima tahun kami berkahwin….simpanan wang pun makin kukuh….kami skrg dlm proses mengumpul duit utk bawa mak kami berdua buat umrah…kedua2 bapa kami dah meninggal dunia…

    cuma saya nak tekankan di sini, buat ikut keperluan, bukan ikut kehendak hati, kalau ikut nafsu, semuanya nak yg cantik2, yg mahal2, kita kenalah pandai ukur baju di badan sendiri…walau dah lima tahun, saya rasa teringin nak ambil gambar studio, saya buat bersempena ulang tahun perkahwinan, masih boleh pakai baju kawin saya yg dulu…sekadar utk kenangan, sekurang2nya…kita usahakan sendiri, ada duit lebih, baru kita buat, jgn sampai menyusahkan mak bapa ketika nak berkahwin…mula2 berkawin dulu memang terasa sbb kawan2 tanya kenapa buat simple..ada kawan2 yg buat majlis grand…tp saya lebih kesiankan mak bapa saya, sbb perasaan mak bapa pd anak2 adalah tak nak hampakan harapan anak2, kalau mak bapa x mampu, kita sendiri buat loan?..kenapa nak mulakan hidup kita dgn hutang? belajar tinggi2, biar cerdik masa buat keputusan…masalah pd akhir zaman ni…byk cth dr artis dan org2 ternama yg diwar2kan majlis kawinnya sampaikan anak2 muda nak buat benda yg serupa supaya x jatuh standard.. sedangkan lepas kenduri kawin..xde pun org tanya keadaan hidup kita (kecuali dah ada berapa anak?)….semuanya atas usaha kita sendiri…

    jgn bebankan hidup dgn hutang…byk lagi benda penting yg kita kena fikir lepas kawin…sbb setiap keputusan yg kita ambil di awal langkah kita menuju ke gerbang perkahwinan akan menentukan corak gelombang hidup kita kemudian hari…sama ada hidup kita tenang atau sentiasa bergolak….pulang semula kepada asas ajaran agama…Wallahu’alam….

  47. qasih says:

    betul3………….sy harap suatu hari 6ti majlis perkhwinn sy akn dpt dibuat dlm keadaan brsdrhna tetpi meriah n mendapat keredhaan Allah…..InsyaAllah………………

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: