Singapura yang dikagumi, titik merah denyutan Asia

Walau apa pun kayu ukur yang digunakan, Singapura, khususnya pemimpinnya wajib diberi kredit dan sanjungan. Seorang ahli perniagaan  Malaysia  didalam satu panel perbincangan akhbar the Edge menyatakan ” Terimalah sahaja hakikat Malaysia telah ketinggalan. Lihat sahajalah Pulau Pinang, yang punya sejarah yang serupa dengan Singapura. PP nun jauh ketinggalan”.

Dari segi infrastruktur, millenium baru disambut dengan transformasi yang melonjakannya ketaraf yang inspigob panggil ASTROPOLIS, kota millinium tanpa bandingan. Singapura dimillinium baru  menjadi satu astropolis agung, a great city. Pada akhir 2006 ini,  terbentuk sudah  satu astropolis yang perancangannya bermula pada tahun 1988. Jelas terlihat ketelitian dan agungnya  minda-minda yang merencana satu astropolis agung. Kehalusananya, mencerminkan kumpulan elit yang luas fikiran, tinggi pendidikan, luas perjalanan, berterasakan konsep world walaupun oriental dan tropikal.

Secara peribadi, inspigob senang dengan suasana ASTROPOLIS. Bayangkan pusat pembangunan kota berganda-ganda KLCC, hanya bezanya, perkembangannya berpusat disepanjang Sungai Singapura. Apabila trasformasinya untuk menjadi kota budaya dan pintar terlaksana, jadilah Singapura PARIS Asia, lengkap dengan sungai yang nyaman dan jambatan berfungsi.

Seiring dengan perkembanagan fizikalnya, keyakinan warganya mula terserlah. Lawatan ke Muziumnya, menunjukan satu masyarakat yang tidak lagi, teragak-agak mengakui asal usulnya, penuh keyakinana diri dalam masyarakat global dan pelbagai kaum. Seperti orang Australia yang mengakui keturunuan banduan, warga singapura kini tidak teragak-agak mengakui sejarah kuli dan sejarah Temasiknya, sejarah masyarakat melayu sebelum raffles, semasa dibawah  raffles,  dan sebagai jajahan sebelum berkerajaan sendiri. Tiada insekuriti, tiada kegiatan tak berfaedah mengagumi pusat sendiri.

“A defining moment’, detik perubahan, detik penuh makna, begitu tajuk akhbar straits times melapurkan kejayaan Singapura meraih 8 pingat emas, samabilangannya seperti Malaysia. Memang membawa beribu makna!!!

Yang terserlah ialah kesepaduan perkembangan dan kemajuannya. Agak sukar inspigob mencari kecacatan Singapura. Kekuatan dan kualiti pengurusan dan kepimpinanya menyeluruh, modal insan yang dioptimumkan dengan kepimpinan berVIRTUS. Kecacatan yang inspigob jumpa hanyalah di stesen KTM Tanjung Pagar, satu wadi penuh menjijikan ditengah kota indah., satu kontras yang memalukan. Peneraju KTM, walau peringkat apa samada menteri, CEO atau Pengurus stesen, adakah begitu teruk sekali kepimpinan anda?.

Seorang pemimpin itu pemimpin agung sekiranya ia mengukuhkan institusi, bukannya meninggalkan legasi peribadi. Apakah Institusi kehakiman bertambah kukuh, adakah kumpulan elit dan kelas menengah bertambah kukuh, adakah kadar kemiskinan berkurangan dan jurang mengecil, adakah perhubungan kaum bertambah kukuh,  adakah modal insan bertambah nilai, adakah kualiti hidup bertambah baik, adakah institusi kepolisan bertambah meyakinkan, adakah institusi perniagaan milik negara bertambah maju? Lee kuan Yew, Goh Chok Tong  punya jawapan yang meyakinkan.  Maaf Tun, maaf pak Harto, maaf bapak-bapak yang lain, tuan -tuan bukan dalam kelas yang sama.

Titik merah itu rupanya, berdenyut kuat  jadi jantung Asia.

3 Responses to Singapura yang dikagumi, titik merah denyutan Asia

  1. penipu says:

    pening nak fikir

    kalau pemimpin dunia ketiga

    macam mana dia boleh bena infra kelas pertama

    kalau dah otak ketiga, tapi dia boleh buat pula kelas pertama. Ini sangatlah pelik.

    Mungkin itu bukan otak pemimpin, tetapi otak yang menuduh itu sendiri yang kononnya bukan low klass gitu.

  2. inspigoblog says:

    I was contemplating whether to allow participation from a self confessed liar or ‘penipu’. However the state he/she is in needs engagement, and believing in the maxim “do not kill the messenger’ the above comment is allowed to stay.

    May i request all future participants of this forum to show the highest level of decorum. At the very least respect thyself.

    Saya mohon pemberi komen didalam forum ini melakukannya dengan adab sopan sejagat.

    Kenapa otak dunia ketiga boleh buat infra kelas pertama? Sebenarnya ramai juga pemimpin dunia mundur di Afrika yang bina infra kelas pertama untuk rakyat kononnya. Maka terbina lah jambatan abu nawas. Apabila tak terjaga dan tak bermanfaat, mereka akan salahkan rakyat. Macam biasa aje kan? Kenapa salahkan rakyat? There are no bad soldiers but bad officers, tiada soldadu yang tak baik, hanya ketuanya.

    Apa yang inspigob katakan ialah Malaysia ada pemimpin kelas dunia, tetapi khususnya institusi kepemimpinnya, ramai pemimpin kelas ketiga. Mereka pula berselindung dibelakang menara kembar KLCC dan dibelakang pemimpin kelas dunia ini. Maka pening lah rakyat. Gembiralah pemimpin ini kerana rakyat dah pening nak fikir. Ya, jangan gitu.

    Diantara pemimpin kelas dunia pula, ada yang dikategorikan sebagai pemimpin agung, Great Leaders. Great leaders mengukuhkan institusi bukan legasi peribadi.

    Kita mungkin bagus, bolehkah Malaysia jadi Terbilang? Great? bolehkah kemandiriannya dan daya saing nya diteruskan? Jangan berhenti berfikir..

  3. Azlina says:

    Saya amat setuju dengan Tuan,titik kacil seperti biji saga yang dahulu di perkecil-kecilkan telah berubah menjadi kota yang di segani bukan sekadar di Asia tetapi diseluruh dunia.

    Ramai pemimpin dari negara lain berkata Singapura ni kecil, senang lah tak banyak problem, tak macam negara jiran yang lain besar dan banyak problem. Mereka kalau boleh tak mahu bandingkan negara meka yang besar dengan nagara sebiji saga ini.

    Pada pendapat saya bukan kerana ianya kecil atau besar tetapi kalau mempunyai minda yang cekap,creative, berani,rajin, jujur dan ikhlas inshaallah problem yang banyak akan menjadi sikit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: