Bila rasuah jadi ad-deen

Deen didalam bahasa Arab membawa makna cara hidup, way of life. Bagaimanapun, apabila cara hidup itu kononnya holistik, deen itu difahami sebagai agama. Jadi, perkataan ad-deen itu diterjemahkan dan difahami sebagai agama.

Didalam perjalanan pulang kekampong, minggu lepas kereta yang dipandu oleh pembantu saya, telah ditahan kerana melebihi had laju. Saya duduk diam dan membiarkan perkara ini di uruskan oleh pemandu kereta. Beberapa minit kemudian, perjalanan diteruskan. Saya dimaklumkan sang mata-mata telah meminta RM100. Pemandu mengaku tak punya wang, dan telah menunjukan RM20 didompet. Dengan RM20 saman tidak dilaksana.

Di kampong, perbualan menjurus kepada banjir. Yang bagusnya, orang kampong sedar, banjir disebabkan parit tersumbat. 

Saya belajar satu perkataan baru, menyiang parit. Biasanya ikan disiang. Fahamlah saya, apabila parit disiang, isi perutnya mesti dibuang dan seperti perut ikan, dibersihkan.  Jika parit dibersihkan, hanya rumput yang ditebas, segala lumpor dan keladak terbiar.

Begitulah yang berlaku. Bayangkan proses menyiang parit sepanjang 3 kilometer langsai didalm dua hari. Rupanya parit tidak disiang hanya dibersihkan tepinya. Mengikut empunya cerita cucu cicit penggali parit dijohor, ketua kampong dan ahli JKKK telah menuntut sogokan dari pengendali jentera untuk jadikan mulut tersumbat.

Tidak seberat cerita selanjutnya!!

Mengikut cerita suratkhabar, RM100 juta diperuntukan untuk membantu kontraktor kelas F melaksana kerja kecil. Memang benar, dan ia diuruskan oleh Jabatan perdana Menteri.

Satu hari saya terserempak dengan kumpulan pelawat berkereta besar melawat surau kampong. Mereka dilayan oleh ahli jawatankuasa surau. Tidak seperti biasa, saya terasa yang kehadiran saya tidak disenangi. Yang melawat ialah wakil dari Jabatan Perdana Menteri, untuk mengesahkan kerja.

Beberapa minggu kemudian terbongkar empunya cerita. Kontraktor, diberi kontrak RM20 ribu. Mereka telah mendatangi surau, dengan janji RM5 ribu dengan syarat AJK surau menunjukan  kerja yang kononnya dilaksana.

AJK surau bersetuju. AJK surau tidak melihat tugasan mereka melliputi melindungi hak kariah. AJK surau melihat tugas mereka mencari wang. AJK melihat hasil mehalal cara.

Orang kampong tidak tahu. ADUN tidak tahu? Ketua Bahagian tidak tahu? MP tidak tahu?

Kononnya peruntukan disalurkan melalui wakil rakyat.

 Begitulah adanya, satu sistem masyarakat bermula dari perdana menteri hingga ke wakil rakyat ke AJK  surau yang sepatutnya mempertahan nilai, terjebak.

Bukankah itu ad-deen namanya??? Apa itu hadhari?

4 Responses to Bila rasuah jadi ad-deen

  1. pezze says:

    The current system is rotten to the core and to the root. Isn’t this what is happening at the “grassroots”? So, if the root is rotten, can it support the whole tree? Will the top of the tree receive the nutrient that it needs if the root is rotten? Or is the top of the tree just “closing one eye” or maybe both eyes at what is happening?

    In a corporation, if the organisation or a division fails to deliver, the CEO or the GM has to go. So, in a political system or in an administration system, if the system fails to deliver or if the system itself fails, who has to go.

    I say we overhaul the system. Not by revolution. We have a democratic system. Thus I strongly propose to ALL Malaysians to overhaul the system via democratic means.

    Go check you “daftar pemilih”, make sure you are registered at the right address, quick. Exercise your rights at the upcoming General Elections. Why do I say “upcoming”? Well, they have raised the toll rates, haven’t they? From the past trends and records, once they raised the toll…

  2. inspigoblog says:

    not good enough pezze, go and join a political party. we need the best brains to lead, not the bird-brained or the hare-brained

  3. ayyub says:

    bila rasuah menjadi cara hidup, bila sistem pentadbiran negara membusuk hingga ke akar umbi, bila rm20 cukup untuk menidakkan saman, apakah jaminan yang saya dapat bahawa pilihanraya akan dijalankan secara adil? apakah jaminan bahawa wakil rakyat adalah betul-betul wakil kepada rakyat?

    adakah saya pesimis? saya akan nyatakan tidak. dalam konteks ini pemikiran optimis adalah seperti menunggu babi tumbuh sayap dan terbang.

    mungkin kita perlu berjuang dengan cara yang lain. tetapi apa?

  4. proud2bjawa says:

    entahlah…kadang2 sedih n kecewa dgn keadaan mcm ni..nk strongly fight and overhaul the system, the questions are siapa patut terlibat n pada siapa yg nk dilibatkan,bila dan di mana nak dimulakan? even me as a teacher dikelilingi oleh budaya rasuah di tempat kerja. so, aku amalkan apa yg ku rasa betul and aku harap, berdoa n didik anak2 murid aku supaya mereka besar nanti mereka bkn seorg perasuah n penerima rasuah. Betul tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: