Majlis Perkahwinan Melayu yang Mudah, beradat dan bermakna

Mudah, beradat dan bermakna, itu matlamat ramai bakal pengantin juga ibubapa pengantin semasa merancang majlis perkahwinan. Bagaimanapun trend kebelakangan ini adalah sebaliknya.  Jemputan yang terlalau ramai, aturcara yang meleret-leret,  majlis diluar kemamampua,  hingga mutu majlis jauh dari yang diidamkan. Malahan ada majlis yang lebih baik dilupakan.

Anda mungkin pernah rasakan ada majlis dimana tetamu datang , bersalaman, beri sumbangan, makan, bersalam sekali lagi dan terus pulang. Majlis perkahwinan TOUCH and GO.  Tuan rumah gembira dan tetamu juga kononnya gembira kerana telah selesai tanggung jawab. Ada juga majlis dimana jamuan yang sub-standard sehingga perlu tetamu berkunjung ke restoran nasi kandar selepas melaksana tanggungjawab jemputan walimatul urus. Kesemuanya gara-gara memaksimumkan kuantiti jemputan walaupun diluar kemampuan. Jamuan dirumah pengantin tidak semestinya lebih baik dari makan dirumah.

Majlis perkahwinan kampong ditahun 60an dan 70an adalah sesuatu yang istimewa. Yang pasti makan kenduri adalah sesuatu yang istimewa. Bankuet atau jamuan besar. Adakah jamuan majlis perkahwinan Melayu masa kini boleh dipanggil jamuan besar? Jarang sekali.

Di tahun 60an dan 70an, masa kenduri kahwinlah keluarga, ipar duai, pupuan, berkampong. Walaupun untuk sanak saudara, majlis bermula sekurang-kurangnya sehari sebelum pernikahan, bagi tetamu hari pernikahan dan persandingan ia bermula seawal 10 pagi.

Jemputan lelaki adalah pada pukul 10 pagi dan bagi perempuan selepas asar, 1.30 tegah hari. Sudah tentu ia tidak lagi sesuai lagi masa kini, sama ada dibandar atau di kampong. Saya maseh ingat bangsal dan balai, berzanzi, berqasidah, duit lawa, mak andam, jamuan berhidang, makan berdamai, berzapin.

Hari ini saya menghadiri satu majlis Perkahwinan Melayu yang menghampiri matlamat satu majlis yang mudah, beradat dan bermakna. Ia dibuat disebuah rumah bandar yang sudah tentu memerlukan khemah yang didirikan di jalan.

Aturcara majlis kali ini mirip suasana kampong. Dengan jemputan yang tidak berlebihan yang saya jangkakan lingkungan 400 orang sanak-saudara, majlis berjalan dengan teratur dan terurus. Ia beremula dengan khatam Quran pada pukul 10 pagi. Seterusnya satu persatu aturcara terlaksana : bacaan berzanzi, marhaban, berendoi cucu, sebelum majlis makan bermula pada pukul 1145 pagi.

Pengantin diarak dengan iringan paluan kompang pada pukul 1.30 tengah hari terus kemeja jamuan dipelamin. Tiada persandingan dipelamin, tiada tepung tawar, tiada potong kek tiada aturcara tak berfaedah. Tiada tukar tukar pakaian. Agak istimewa kerana pengantin turut meraikan anak-anak yatim sebagai sebahgian jemputan.

Pada pukul 3 petang majlis selesai. Bagaimanapun sanak saudara terus berlegar mengerat siratur rahim. Ruang sesuai disediakan untuk sanak saudara berkumpul. Saya akui ini majlis perkahwinan yang paling lama saya hadiri.

Ia mudah, Ia beradat kerana teratur, tiada adat yang tidak berfaedah dan meleret-leret. Saya percaya ia bermakna pada pengantin kerana yang hadir adalah sanak saudara rapat dan mereka berdua sempat kenal mengenal.

Tahniah Pak Lang dan Mak lang. Tahniah aci dan siti.

3 Responses to Majlis Perkahwinan Melayu yang Mudah, beradat dan bermakna

  1. muazz says:

    betul2….kadang2 kita terpaksa ikut adat yg membebankan…sehingga menjadi masalah pula kepada pasangan penggantin

    selalunya penaggantin lelaki lah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: