CERMIN AJAIB – sajak melayu usman awang cermin prejudis intra-melayu

Ramai peminat Usman Awang menyatakan bahwa sajak MELAYU menunjukan betapa halus nya jiwa Pujangga yang diagungkan itu. Seperti yang pernah saya katakan bahasanya  halus dan indah. Susah ditandingi. Saya berpendapat, walau seindah mana bahasa ia tidak menghalalkan  prejudis intra -Melayu yang disampaikan nya.

Prejudis, cauvinisma, rasisma, “stereotaip”an, agak susah disedari. Tambah pula kalau ia intra-kaum, sesama kaum. Tidak ramai yang mahu mengaku bahwa dirinya cauvinis, rasis, berprejudis. Aaah, sajak itu bukankah ia satu yang positif, sebagai cermin bangsa? pendapat segulungan pula.

Dialog yang saya turunkan dibawah ini saya percaya dapat membantu sebahagian pembaca menyedari dan memahami apa itu prejudisma, rasisma. Saya percaya ramai yang akan sedar bahwa sajak melayu Usman awang berprejudis, rasis dan satu stereotaip melayu yang tidak dapat dimaafkan, khususnya mereka yang seera, seabad dengan beliau dan Melayu umumnya.

Bayangkan ia dialog diantara inspigob. Anda membahaskan diri anda AKU dan dibahasakan sebagai KAU.

siapa itu di cermin?
itu AKU
KAU Melayu
AKU Melayu
KAU berani jika bersalah ?
tidak
KAU Kecut takut kerana benar?
tidak
KAU Janji simpan di perut ,Selalu pecah di mulut?
tidak
KAU berperangai ikut usman awang?
tidak

itu siapa dicermin?
itu keluraga sanak saudara, kawan dan tolan AKU
Mereka Melayu
Ya MELAYU
berperangai macam KAU juga kah?
ia
tak macam usman awang?
tak sekali, AKU hormati perilaku dah sahsiah mereka

itu sapa dicermin besar?
tak kenal, tapi se bangsa dengan AKU, melayu
ooh inilah yang berperangai macam usman awang kata tu lah
ia AKU percaya sebegitu kerana usman awang kata
cuba namakan 10 orang yang berperangai macam usman awang kata
ya boleh, anu bin anu, B, C, D , E, F , G, H ,x dan Y
namakan yang berperkerti BAIK seperti KAU
ooh ramai tak terkira

sapa tu dicermin kecil?
tu anak AKU, alif bin AKU
perangai dia macam MELAYU usman awang ke?
ooh tak, dia maseh kecik
ooh bila besar jadi MELAYU istimewa jugak le, jadi macam bapak dia
jangan takut bila besar, pandai lah dia
Tak kesian dia, terencat perkembangan nya dibandingkan dengan john smith, ah kow dan mutu? kerana prejudis terhadapnya

sape tu di cermin lain
tu cermin bangsa cina tu india, tu mat salleh, tu belanda, tu portugis tu siam tu…
boleh kenal penyangak penyangak antara mereka
AKU tak pernah campor mereka, AKU campor melayu saje
saya INSPIGOB boleh namakan penyangak penyangak mereka
iye ke, tapi kenapa takde sajak kutok mengutok bangsa?
sebab mereka sibuk menjajah, meneroka, menanam semangat rendah diri pada yang dijajah

termasuk usman awang dan AKU?
iye, pada mereka yang belum bebas, atau yang frus menungging
tapi AKU melayu,usman awang melayu, masakan KAMI prejudis melayu
kah, kah, kah
kenapa ketawa?
pernah dengar sultan yang berkata, nak MERDEKA?apa melayu boleh buat,buat jarum pun tak reti?

apa perlu AKUbuat??
fahamilah apa itu stereotaip, prejudis, chauvinnis, racist,

tak boleh tegur lah ya
boleh tapi spesifik, anu bin anu pengecut, polan bin polan penyangak, ah cong penipu, smith tak boleh simpan rahsia, ….bukan secara pukal

5 Responses to CERMIN AJAIB – sajak melayu usman awang cermin prejudis intra-melayu

  1. pezze says:

    cermin diri: setiap manusia ada kelemahan. setiap kaum/bangsa ada “pe’el” tersendiri.

    tetapi, kenapa kita harus biarkan diri/bangsa kita tetap begitu?

    seperti mana seorang manusia boleh berubah dan mengubah nasib diri sendiri, sesuatu kaum/bangsa juga boleh berubah/mengubah nasib mereka. setidak-tidaknya pun, mereka akan diubah oleh keadaan.

    selama ini kita sudah lama membiarkan diri kita diubah oleh keadaan. salahkan sesiapa saja, kecuali dirimu. itu yang selalunya kita lakukan. hentikan semua itu.

    cerminkan dirimu, oh melayu.

    ubah lah dirimu dan juga nasib bangsamu.

    semuanya bermula dengan satu.

  2. balai melayu says:

    kami baru saja melauncurkan website baru tentang dunia Melayu.

    silakan buka dan berikan komentar,serta dapatkan berita/info tentang dunia melayu.

    http://www.melayuonline.com

  3. jangan lebih soraknya, nanti maruah tergadai

  4. GALAKSI says:

    Bangkit bangsa Melayu, cukuplah kita pernah dijajah British skg bukan masanya lagi untuk dijajah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: