Ceo Goblog/Memperkasa Diri – Usahawan, peniaga, pelobi, pelacur

Saya telah diminta menganggotai panel forum keusahawanan. Kalau lah bukan kerana sahabat saya Proff Mogah,dan kalau lah ia bukan universiti sudah tentu saya tidak akan menerima jemputan. Forum diharap boleh menjana hubungan pelbagai hala. Diharap juga ia dijadikan discourse intelektual yang  menyakat pemikiran (thought provoking).

Tajuk forum ialah Membudayakan Keusahawanan.

Sebagai permulaan saya mendefinasikan “Keusahawanan” khususnya dari sudut perbezaan diantara usahawan, peniaga, pelobi, pelacur.

Ramai yang berpendapat yang keempat-empat kerjaya ini sebakul. Kesemuanya kumpulan Pedagang. Kelirunya sang pelacur, sang pelobi, sang peniaga berpendapat mereka usahawan. Biar saya jelaskan perbezaannya.

Pengusaha berbeza dengan peniaga  dan yang lain dengan kebolehannya menambah nilai. Diantara  proses jual dan beli terdapat usaha menambah nilai. Seorang jurutera entrepreuner membeli bahan mentah, dan dengan mengunakan ilmu kejuruteraan, mengeluarkan produk yang mempunyai nilai beganda-ganda dari asal. Maka timbullah istilah usahawan-tekno, techno-entrepreuner, usahawan-agro, usahawan-astro dll. Paling asas sekali,  ialah usahawan logistik yang menambah nilai proses penghantaran, didalam pengurusan rantaian bekalan atau “supply chain management’.

Seorang peniaga pula mengkhususkan kepakaran nya dalam  berjual beli.  Nilai tambahnya ialah pengetahuan bekalan dan pembeli atau nama lain pengetahuan pasaran. Peniaga runcit, distributor, stokis, wholesaler jatuh dalam kategori ini.

Di Amerika syarikat, dan telah bermula di Malaysia kumpulan pelobi ialah satu kumpulan Pedagang yang telah diiktiraf peranannya. Pelobi  menggunakan rangkaian kenalannya sebagaqi satu perniagaan.  Tugas mereka ialah untuk memperkenalkan rangkaian dan seterusnya berusaha untuk mempengaruhi keputusan pembelian atau anugerah kontrak. Ramai ahli politik terkandung dalam kategori ini.

Ramai yang mungkin berkata seorang pelacur itu juga usahawan, peniaga, pelobi. Tidak jauh dari sasaran. Perbezaannya  didalam mengendalikan perdagangan, sesaorang itu menggadai maruah, menggadai  diri, hak bangsa , hak negara atau agama. Sekiranya sesaorang ushawan atau peniaga atau pelobi  apabila dilihat senarai semaknya, salah satu  kotak kotak gadaian tersebut ditanda benar, maka sahlah ia telah melacuri dirinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: