SEKOLAH MELAYU BAGAN / S K BAGAN – Sekolah 100 Tahun

Catitan : Mungkin masih terdapat maklumat yang tidak tepat. Sila beri maklumbalas. Inspigob

Sejarah Bagan 

Di Daerah Batu Pahat Johor, terdapat sebuah kampung tua, yang telah mula dibuka pada awal kurun 19. Olih kerana ia sebuah tempat  pendaratan  nelayan,sampan dan tongkang, ia dikenalai sebagai kampung Bagan. Jika dikaji sejarah pembukaan Bandar Batu Pahat, tertulis cerita bagaimana Panglima Salleh Perang, Dato Bentara Luar,  telah meminta bantuan orang orang kaya Bagan, untuk membina  Bandar Batu Pahat pada Tahun 1893. Ini bermakna Bagan telah mula dibuka pada awal kurun kerana pada Tahun 1860an,  selain daripada penempatan yang dikenali sekarang sebagai Bagan lama beberapa kampung  seperti Parit Besar dan Parit Haji Ibrahim telah wujud.

 

Penghulu adalah wakil Sultan. Penghulu yang terawal adalah Penghulu Sidek. Walaupun telah lama dibuka kampong, tidak terdapat Sekolah untuk pendidikan anak anak sehinggalah  awal kurun 20.

Sejarah Awal 

Dalam tahun 1904,  penghulu Bagan, Orang Kaya Jaafar  bin Sidek (?) bersama-sama Haji Musa Bin Hj. Sidek dan Hj. Ibrahim Madura telah mengesahkan pembinaan sebuah sekolah Melayu yang menumpang di sebuah rumah wakaf di kawasan Mesjid Jamek Kg Bagan , Pt. Hj. Ibrahim.  Sekolah tersebut telah diberi  nama  Sekolah Melayu Lelaki Bagan.

 

Empat tahun kemudian  pada tahun  1908,  dengan wang yang dikumpulkan  oleh orang-orang kampung terdirilah sebuah bangunan sementara di hadapan rumah wakaf kawasan masjid. Orang Kaya seterusnya telah berusaha untuk mendapatkan bantuan kerajaan bagi mendirikan bangunan sekolah yang lebih sempurna. Akhirnya dalam tahun 1912 kerajaan mula membangunkan sebuah sekolah yang diperbuat daripada dinding papan dan sebelah atasnya berjaring-jaring kayu beratapkan nipah serta mempunyai satu pintu menghala sebelah depan. Ia didirikan di atas tapak bangsal balai panjang.

 

 Hanya tahun 1927 sebuah sekolah yang lebih sempurna didirikan di atas tapak yang sama. Bangunan ini mempunyai tiang batu sekerat, beratapkan genting kecil dan di lepar oleh kipas-kipas kayu. Sekolah ini masih terdiri hingga sekarang, yang lebih dikenal  olih orang kampong sebagai Sekolah Beringin sempena sebatang pokok beringin yang tumbuh besar  berhampiran dengan tapak sekolah. Ia digunakan sebagi Sekolah Agama sekarang.

Sekolah Baru di Tapak  baru Sebelum Perang 

Dalam tahun 1937, kerajaan telah menyiapkan bangunan baru ditapak yang ada sekarang . Dengan siapnya pembinaan bangunan baru  lengkap dengan padang permainan, nama sekolah di  tukar menjadi  Sekolah Lelaki Bagan Tinggi  manakala sekolah yang awal diberi nama Sekolah Lelaki Bagan Rendah.

Pemberian nama ini telah menimbulkan sedikit masalah. Pada tahun 1938 persetujuan telah diambil supaya Sekolah Lelaki Bagan Rendah di tukar namanya kepada Sekolah Melayu Lelaki Seri Beringin.

Pendidikan untuk Anak Perempuan 

Orang Kaya Jaafar juga percaya bahawa anak-anak perempuan patut diberi peluang yang sama untuk belajar di sekolah. Dengan itu beliau sekali lagi bersama-sama Hj. Musa mendirikan sebuah sekolah daripada kayu di antara tahun 1910 – 1920 di kampung Parit Hj. Ibrahim untuk tujuan ini.

Kerajaan pula pada tahun 1925 telah mendirikan sebuah bangunan baru ditapak berasingan untuk pelajar perempuan dan diberi nama   Sekolah Melayu Perempuan Bagan . dua puluh lima  tahun kemudian , pada 25 Mei 1950 , Penghulu Muhamad Noor bin Jaafar ( anak Orang Kaya Jaafar ) bersama-sama Tuan Haji Yusuf Bin Ali dengan kerjasama orang-orang kampung telah mendirikan sebuah lagi Sekolah dan diberi nama Sekolah Orang Kaya atau  nama lengkapnya Sekolah Orang Kaya Jaafar Bin Sidek.

 Penggabungan Sekolah

Selepas Merdeka terdapat 4 sekolah didalam lingkungan satu kilometer. Sekolah Lelaki Bagan Tinggi, Sekolah Melayu Lelaki Seri Beringin, Sekolah Perempuan Bagan dan Sekolah Perempuan Orang Kaya dengan pentadbiran berasingan.

Kedua-dua Sekolah Perempuan ini akhirnya disatukan dalam tahun 1963 dengan nama Sekolah Kebangsaan Perempuan Bagan. Pada ketika yang sama juga Sekolah Lelaki Bagan Tinggi di satukan dengan Sekolah Lelaki Seri Beringin  dengan nama baru Sekolah Kebangsaan Lelaki Bagan..

 Satu perkembangan yang penting telah berlaku dalam tahun berikutnya apabila keempat-empat sekolah ini dicantumkan menjadi satu pentadbiran dengan diberi nama SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN pada 1 Januari 1964.

 Rujukan

1. Laman Web Sekolah Kebangsaan Bagan

15 Responses to SEKOLAH MELAYU BAGAN / S K BAGAN – Sekolah 100 Tahun

  1. azie says:

    Nak dikatakan setiap hari saya akan melalui Sekolah Kebangsaan Bagan semenjak menetap di Bagan. Setelah membaca artkal diatas, saya salute Sekolah Bagan kerana 100 tahun sejarah yang disimpannya. Very impressive.
    Sekolah tersebut sepatutnya menjadi sebuah sekolah premier atau elit di Johor atau mungkin di Malaysia. So far saya tak pernah dengar mana-mana sekolah kebangsaan yang 100 tahun bersejarah seperti Sekolah Bagan.
    Tapi sayang..sekolah tersebut kini seperti hidup segan mati tak mahu jika di bandingkan dengan sekolah berdekatan iaitu Sekolah Kebangsaan Peserai.
    Mana silapnya? Kenapa ia tidak dapat menarik ibu seperti saya untuk menghantar anaknya kesitu walaupun tinggal berdekatan?
    Saya merasakan pihak-pihak tertentu seperti pentadbiran sekolah, PIBG atau alumni atau MOE perlu melakukan sesuatu demi mengembalikan kegemilangan Sekolah Bagan.Nothing is impossible!

  2. Assalammualaikum…

    Saya amat terharu dan berbangga di atas keperihatinan tuan/puan yang masih setia dan sudi mengambil berat terhadap Sekolah Kebangsaan Bagan…

    Dengan adanya saya sebagai Guru Penyelaras Bestari, InsyaAllah saya akan berusaha menaikkan nama SK Bagan keperingkat Sekolah Bestari….

    InsyaAllah….

    Daripada
    Penyelaras Bestari

  3. inspigoblog says:

    cikgu bestari

    darjah satu disekolah besar, darjah 2 disekolah orang kaya, darjah 3 saya di sekolah perempuan, darjah 4 dan 5 saya di sekolah besar lagi sebelum kesekolah beringin untuk darjah 6.

    sekolah bagan antara institusi 100 tahun, sebaris dengan HIGH SCHOOL batu pahat, Kolej melayu Kuala kangsar dan University College London, institusiinstitusi unggul yang saya bertuah dapat didikan.

    Teruskan tradisi kecemerlangan

  4. Dr Rajiee Hadi says:

    Negeri Johor DT khususnya sekolah-sekolah daerah Muar dan Batu Pahat tetap menjadi kenangan dalam hidup saya pada tahun-tahun l970-an dan awal 1980-an ketika saya berkhidmat sebagai guru.Salam ingatan yang tetap basah kepada yang mengenali saya.Dan sentiasalah menyayangi para pelajar seperti anak-anak kita sendiri.Salam.

    Dr Rajiee Hadi/ dr_rajieehadi@yahoo.com
    Bandar Seri Begawan, NBD.

  5. inspigoblog says:

    dr. Rajiee,
    Saya percaya ramai yang masih mengingati saudara.
    Hari ini saya menerima surat dari pibg sek bagan. ynag di pertuanya seorang doktor, timbalannya seorang jurutera.
    Masyarakat bagan mesti memelihara dan meningkatkan institusi 100 tahun milik mereka.

  6. akum…

    saya sependapat dgn saudari/saudara azie tntng keperihatinan anda trhadap SK Bagan…mmg benar SK Bagan byk sejarah dalam dunia pendidikan di negara kita…Insyaallah…sehingga kini SK Bagan sudah ada peningkatan dlm usaha utk maju ke hadapan…Ini kerana SK Bagan slh satu sekolah zon bagan yg tlh di calonkan utk menjadi SEKOLAH BESTARI…cuma tak tau bila…kini SK Bagan telah mendapat keputusan cmerlang dalam aspek PENDIDIKAN MELALUI ICT ( TEKNOLOGI MAKLUMAT )…saya selaku Penyelaras Bestari dn Bendahari PIBG akan tidak putus asa untuk memajukan SK Bagan dalam semua aspek…Insyaallah dn doakan kami berjaya k…Untuk maklumat lanjut sila layari laman web/blog kami http://www.skbagan.blogspot.com…sebarang komen/adua/cadangan sila catatkan di ruangan chat widget ShoutMix di dalam paparan web kami…

  7. baby says:

    salam…
    same pndapat ngan azie..
    byk kngan kt sk.bagan ms blaja kt sana dulu.
    harap makin ramai budak2 sk.bagan jd cm saya..hehew..

  8. baby says:

    sk bagan the best…

  9. khalid says:

    Salam…

    Saya orang Spg 3 Bagan tapi kini tinggal dan bekerja di KLIA. Sek Keb Bagan adalah sekolah saya dahulu dan atuk saya arwah Md Lassim bin Saat juga merupakan bekas pengerusi PIBG sekolah keb bagan pada masa itu..

    Alhamdulilah sejarah sekolah kebangsaan bagan terdapat di internet. Lama saya mencari2 akhirnya terjumpa juga akhirnya…Terubat juga sedikit rindu saya pada sekolah ini…Moga2 Sekolah ini akan terus bertambah maju dan suksess.

    p/s: team bola sek bagan masih johan lagi ker dalam MSSC (tak tahu skrg panggil ape?)

    • nordin rahmat says:

      saya bekas murid sekolah bagan 1961 .saya menetap di kluang

    • zeey syms says:

      Aslkm sy adlh cucu kpd guru besar Sklh bagan era thn xingt he he he…arwah atok pun xpnh jumpa hya tgk pic je arwah atok sy dikenali sbg Cikgu som nmnya Hj Mohd Som Bin Hj Hasabullah Umh arwah atok btl2 slps tanda simpang Parit Besar kiri tepi jln dr arah muor .Arwah abh pulk pnh Sklh rendh bagan&Sklh menengh dato onn jaafar arwah abah pesara tentera di TUDM SgBesi setiap Kali balk kampong cuti biasa ,cuti Sklh&raya pastinya sy akn berjumpa dgn Bff arwah abh sy yg bertugas Sbg Doktor di Klinik Kesihtn Parit besar bagan(Dr.Azam) lau jln kaki 5minit je tp biasa naik keta sbb bw arwah nenek checkup diabetes….pastinya jiran arwah atok akn memangil sy&adik2 mahu pun sepupu2 Sbg cucu Cikgu som..bgga jugk sbb pggil Cikgu tuu tetap tersemat diht Dan ingtn semua biarkn tiada lg didunia ini.

  10. inspigoblog says:

    khalid,
    sya masih ingat nama arwah atuk saudara. saya dari pt besar

  11. Abd Rahman Mohd Yasin says:

    Salam, saya baru terjumpa site nie. Ingin bertemu pihak sekolah untuk mengenang kembali nostalgia lama sekolahku kira-kira 50 tahun yang silam……HIDUP SK BAGAN…A Rahman Yasin

  12. 1. saya tertarik dgn sekolah anda semua…
    2. saya (menetap di pulau pinang) sedang membuat penyelidikan (pelajar master dari UPSI)
    3. saya amat berminat untuk membuat sedikit kajian berkenaan sekolah tuan/puan….
    4. Bidang kajian saya bekenaan sekolah melayu (binaannya)
    5. Sekiranya berkesempatan saya mahu membuat kajian berkenaan sekolah tuan/puan…boleh kiranya berikan kepada saya no. tel. khususnya guru sekolah berkenaan untuk dapat saya berhubung
    6. ‘hargai dan cintai warisan melayu’ hasbullah, pulau pinang,
    tq!

Leave a reply to Penyelaras Bestari Cancel reply