Majlis Perkahwinan Melayu – Cara Glokal?

Global tapi tetap lokal.  Itulah bentuk Melayu yang sedang di canai uli. Didalam jangka kurang seabad, Melayu telah melonjakakn dirinya dari pemikiran tribal atau kesukuan kepada yang berciri kebangsaan.  Bagaimanapun adat-adatnya masih kesukuan khususnya adat perkahwinan, walaupun memang jelas pengaruh barat, hindu dan Arab  didalam adat yang diamalkan.

Mampukah Melayu membuat lonjakan seterusnya menjadi warga dunia?   mampukah kita membentuk Melayu global yang mampu mempertahankan  adat istiadat yang unik namun tidak menjejas malah mengukuh  nilai murni sejagat?

Didalam pergolakan dan keruntuhan institusi perkahwinan, amat meyakinkan sekali peratusan anak muda  Melayu yang masih  percaya dan mementingkan perkahwinan sebagai satu ikatan kontrak diantara uda dan dara.  Berbeza sekali jika dilihat gelombang  atau trend anti kahwin, pro sekedudukan dikalangan mereka yang mengakui warga global.

Bagaimanapun warga Melayu harus sedar ia  bukan sesuatau yang ‘ bolih diambil pukal’ . taken for granted. Anak anak muda seharusnya digalakkan berkahwin, institusi perkahwinan wajib di perkukuhkan dengan menjadikannya satu yang bermanfaat, tiada pihak yang dizalimi , dan hak dilindungi olih institusi kehakiman. Terpenting sekali perkahwinan mesti dimudahkan dan tidak membebankan. Ia mesti sesuatu yang membahagiakan, susuatu yang manis dan bukan punca tekanan dan mudarat ekonomi.

Didalam suasana perubahan yang melanda , dua majlis perkahwinan yang dilaksanakan didalam bulan Maulud ini , bulan berkat, menjadikan siinspigob agak optimis: perkahwinan yenny/philip dan perkahwinan din/maria, dua majlis Melayu unik di kotaraya.

Perkahwinan Yenny/Philip. Yenny anak melayu melangsungkan Pernikahan dengan Philip pemuda Inggeris di Masjid  Sungai Besi dihadiri sanak saudara terdekat. Pernikahan dijalankan  selepas waktu Asar. Dihari yang sama satu Makan malam diadakan di Chakri Palace, restoran ala siam di KLCC dihadiri olih 40 hadirin.  Yang penting kedua dua mempelai memetri kontrak dan membuat ikrar tanggungjawab, hormat menghoirmati  diantara satu sama lain. Sudah tentu belanjanya ttidak membebankan.  Keakraban dan siraturahim jelas terjana kerana ia bukan majlis touch n go. Walaupun si inspigob tidak dijemput, inspigob tetap gembira dan meraikan keberkatannya.

Perkahwinan Din/Maria. Majlis penuh istiadat Melayu. Jemputannya tidak lebih 400. Yang uniknya keseluruhan majlis diadakan Madrasah atau lebih tepat surau, tempat berkumpul komuniti setempat. Majlis cukup dengan persandingan, makan beradab, tepung tawar, penglibatan sanak saudara, sahabat handai. Ia bermula jam 12 tengahhari, berhenti untuk Zohor dan langsai jam tiga. Tidak dibuat jurang didalam ad-din..

Tahniah kepada keluarga kedua kerana berani membuat perubahan.

One Response to Majlis Perkahwinan Melayu – Cara Glokal?

  1. irma says:

    KENAPA BACKGROUND X MENARIK???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: