cEO GOBLOG / memperkasa diri – sekejap, dua kejap, tiga kejap….

Saya memperkenalkan konsep menenentukur (calibrate) perkataan Melayu yang sering disalahguna, “sekejap”,  pada sekelian pentadbir syarikat hari ini. Saya tetapkan, SEKEJAP itu bersamaan dengan jangkamasa tiga minit. Sekiranya sesaorang itu mengatakan ia akan melakukan sesuatau sekejap lagi, penentukuran yang saya tetapkan ialah ia akan lakukannya didalam masa tiga minit.

Dengan memperkenalkan penetapan unit sekejap, satu lonjakan pentadbiran masa yang berkesan telah dicapai. Sebaliknya apa yang difahami masakini ialah sekejap yang tiada noktahnya. Ia mungkin sesaat dan ia mungkin infinity atau tak kesampaian, ketakterhinggaan. Saya percaya ia satu lonjakan budaya yang positif.

Perkara ini telah lama saya perkenalkan kepada anak-anak saya. Sikecil akan mengatakan, “saya akan lakukan dalam masa dua kejap”. Semua seisi keluarga  telah memahami  ia membawa maksud bahawa tugasan atau janaji akan dilangsaikan dalam masa 6 minit.

Kepada pentadbir syarikat, yang punya tugas utama mengurus dokumen, saya tetapkan pencarian dokumen yang berkesan wajib dilakukan dibawah TIGA minit atau sekejap. Melebihi tiga minit atau SEKEJAP membuktikan sistem pengurusan dokumen yang melampaui piawai yang dikehendaki. Gagal!!

Coretan ini saya tulis dalam dua kejap.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: