Kenapa agamawan membenarkan Jabatan Agama Islam dibodohkan? Islam dicemar?

Saya tidak faham kenapa agamawan Islam membenarkan  Jabatan Agama Islam dan juga Mahkamah Syariah diheret didalam kontrovesi kes perkahwinan dan perceraian  peganut berlainan agama.

Saya merujuk kepada  dua kes yang baru berlaku, kes seorang ibu yang dipisahkan dengan 8 orang anak dan suami yang beragama Hindu. Saya juga merujuk kepada kes seorang lelaki yang memohon dimansuhkan perkahwinan setelah beliau bertukar agama dari Hindu ke Islam.

Didalam kedua kes terdapat segolongan masyarakat yang berpersepsi, yang Islam itu tidak berperikemanusiaan, tidak rahim dan tidak rahman. Islam diMalaysia juga dilihat sebagai agama yang tidak menghormati kontrak yang  dibuat dengan orang bukan Islam. 

 Saya berkata demikian, kerana saya percaya perkahwinan itu satu kontrak. Apabila kita telah bersetuju untuk dihakimi dengan sesuatau undang undang, tidak kira dibawah bendera apa atau agama, ia harus dihormati dan dipatuhi mengikut undang undang kontrak yang diikuti.  Prinsipnya Mahkamah seharusnya menghakimi kes perkahwinan yang telah terdaftar  dibawah undang-undangnya sahaja, walauapapun agama sesaorang.

Didalam bab perkahwinan islam melarang berkahwin diluar dari gulungan Ahlikitab. Bagaimanapun sekiranya berkahwin juga ia tidak mengkafirkan sesaorang.

Berdasarkan premis ini, kenapakah dibenarkan kesucian Islam dicemar kerana  jabatan yang mengunakan nama islam dan syariah dibenarkan direndahkan martabat kerana kesilapan seorang perempuan berkahwin dengan seorang penganut Hindu. Kenapa  Jabatan Agama Islam perlu terlibat??

Begitu juga dengan kes yang melibatkan pertukaran agama. Olih kerana perkahwinan didaftar dibawah agama dan undang-undang  lain, kenapa mahkamah syariah mesti membicarakan pemansuhan perkahwinan yang bukan dibawah naungannya? seharusnya si plaintiff tidak dibenarkan menyalahgunakan Mahkamah Syariah untuk memasuhkan kontrak perkahwinan nya yang terawal.

Dan agamawan agamawan yang kononnya menegaklan Islam tidak sedar bagaimana bodohnya mereka kerana membenarkan Islam dicemar olih kebodohan mereka sendiri.

Atau adakah mereka ini cauvinis Islam? Perlukah mereka belajar dari Shahrukh Khan?

One Response to Kenapa agamawan membenarkan Jabatan Agama Islam dibodohkan? Islam dicemar?

  1. «RM 1billlion ke dalam Longkang? Pembersihan Sungai>

    i had this conversation with my mates over the weekend.. bukan legal sistem sahaja yang mencemar kan nama Islam.. longkang di malaysia juga mencemar kan nama islam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: