Perkhidmatan awam – tempat longgokan graduan lembab?

Tony Pua mengatakan perkhidmatan awam tempat longgokan graduan lembab. Satu tuduhan tidak adil tetapi tidak semestinya tidak ada yang benar. Sekiranya sesuatu organisasi tidak menjadikan sistem pengambilannya kompetitif untuk menarik bakat yang terbaik, dengan ganjaran dan suasana menarik,  sudah tentu hanya yang sederhana sahaja yang tertarik untuk memohon jawatan diorganisasi tersebut. Bakat atau talent yang baik sudah tentu memilih orgaisasi yang lebih hebat.

Dasar mengutamakan Bumiputra tidak saya pertikaikan. Malangnya dikebelakangan ini, dikalangan bumiputra sendiri, meritokrasi tidak dilaksanakan.  Diawal sejarah penubuhan Malayan civil Service, hanya yang terbaik dikalangan Melayu yang terpilih. Apabila malaya merdeka, teraju perkhidmatan awam dengan mudah diambilalaih olih pribumi. Itu hanya sejarah Melayu meritokrasi.

Apabila penumpuan kepada Sain dan teknologi diutamakan bermula pada tahun 70an dan seterusnya, sejak disekolah lagi pelajar yang terbaik tidak mengambil aliran sastera. Perkhidmatan Awam pula mengutamakan pengambilan lulusan sastera dan juga Kajian Islam, kajian Melayu  dan ekonomi. Mereka jugalah yang lebih cenderung kepada politik. lihat sahajalah ahli kabinet  malaysia yang diterajui olih pak lah.

Jadi bila Tony pua berkata ” the Malaysian Civil service is the dumping ground for the politically sensitive mediocre Malays” tidak adakah benarnya? ia mungkin  satu stereotaip atau tuduhan pukal  yang tak adil. Apa kata saudara?

2 Responses to Perkhidmatan awam – tempat longgokan graduan lembab?

  1. mooke says:

    BUKAN SETAKAT CIVIL SERVICE DUMPING GROUND MELAYU LEMBAP. RAMAI MANUSIA LEMBAP DALAM DUNIA NI. KALAU CAKAP SAMPAI 10 KALI AND STILL TAK DAPAT BUAT, ITU MEMANG SAYA BOLEH CONFIRM,MANUSIA LEMBAP.

    KENAPA MELAYU YANG DAPAT NAMA LEMBAP????????

  2. sapa-sapa yg patut says:

    Nak kata apa pun, katalah. Sini ada benar, sana ada betul. Tapi kita tak patut beri pendapat secara pukul rata pada semua pegawai perkhidmatan awam. Ada di kalangan mereka yang saya kenal, etika dan kualiti kerja mereka begitu professional. Ada di antaranya yang terpaksa memohon jawatan awam hanya kerana tiada peluang pekerjaan dalam sektor swata. Janganlah kita sentiasa berfikir bahawa sektor swasta mampu memberikan ganjaran yang menarik, tetapi hakikatnya di sebalik ganjaran tersebut jadual kerja tak menentu & tenaga kita diperah habis-habisan. Tidak kurang yang mempunyai “unwritten rule” bahawa everybody is dispensable. Dengan kenaikan gaji penjawat perkhidmatan awam baru-baru ini, saya rasa ia tidak kurang hebatnya berbanding gaji yang ditawarkan sektor swasta.

    Saya setuju, orang yang lembap ada di mana-mana. Tak kira graduan atau yang lepasan SPM. But then again, perkataan lembap itu sendiri agak relative. Ada orang yang lembap dalam pelajaran tapi excellent dalam aspek lain. Nak tau lagi, carilah Gardner Seven Types of Intelligence. Kesimpulannya, jangan suku-suka cakap kalau masih tak tau apa yang dicakapkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: