Kahwin, kahwin, kahwin

Saya kira, didalam pemikiran orang melayu,  tak ada majlis yang lebih penting selain dari majlis perkahwinan.

Fikirkan sejenak, bilakah masanya kita bertemu sanak saudara, sahabat handai, pupuan? majlis kahwin, kematian atau hari raya dalam urutan sedemikian. Berparti, berjaringan atau networking pada orang Melayu ialah berkenduri.

Tinggal sejenak dikampung, sejenak bermaksud beberapa minggu, kita akan dapati betapa kerapnya kenduri kendara diadakan. Seolah-olah satu trend, setiap rumah mesti bergilir menganjur kenduri atau tahlil setiap minggu. Itu tidak termasuk, tahlil setiap selepas Maghrib disurau.

Kenduri yang terpenting adalah Majlis Perkahwinan. Kalau dilihatsecara luaran  majlis yang dianjurkan, sudah tentu mereka bergolok bergadai. Semuanya ingin merasa menjadi raja. Mungkin itu petunjuk betapa feudal, bangsawan  dan aristokratiknya minda Melayu.  Bila besar kau nak jadi apa? nak jadi Raja. Dan hampir keseluruhan maknusia melayu akan seberapa daya menjadi raja walau sehari.

Selain dari menjadi Raja, ibu bapa pula berpeluang menjadi bapa raja. Inilah satu satu nya peluang menjadi hos, meraikan teman, sahabat handai dan sanak saudara. Pada masa inilah ibu bapa pengantin dihormati, dicari untuk diucapkan tahniah. Hari glamor pada ibu bapa raja sehari. Di bandar, pada hari inilah bapa pengantin, dapat berucap, memberi syarahan kepada  tamu.

Kepada Pengantin, biasanya mereka tidak punya banyak suara. Majlis perkahwinan adalah majlis ibu bapa pengantin. Malahan yang dijemput adalah kawan dan kenalan ibubapa pengantin, aturcaranya adalah aturcara ibu pengantin, pelamainnya ikut citarasa emak pengantin. Kebiasaannya, sipengantin sebagai anak yang soleh akan akur. Pada hari perkahwinan Pengantin tidak penting. Yang penting adalah kedua ibubapa pengantin.

Perkara ini akan berterusan sebagai satu budaya. Ia hanya bolih berubah sekiranya ibu bapa pengantin yang sedar betapa pentingnya perubahan.

Bercerita tentang kahwin teringat saya akan MEDAI, arnab kesayangan sikecil. Kepada sang arnab, selain daripada makan, perkara yang terpenting ialah kahwin,kahwin, kahwin.

5 Responses to Kahwin, kahwin, kahwin

  1. mooke says:

    what a funny entry this is.

    the feudalistic part, is it a remnant of the brits?

  2. kawen satu hal, nikah satu hal, lain tu, hehe.

  3. inspigoblog says:

    mooke, malays were more feudal before the brits. the brits just capitalize that common love for royals, pomps and pageantry. When they had india, they learned many new things from the indian royal courts. Not the indian wedding though. The commonners stick to the simple british wedding, the malays improve upon the indian wedding ceremony, just like what they have done to the chinese chicken rice.

    nurulazreenazlan, sebabtulah saya bagi contoh sang arnab. Institusi perkahwinan dengan pernikahan itu penting. Cuma ia wajib dimudahkan. ynag baiknya, trend melayu maseh mementingkan institusi perkahwinan. Kawan kawan Brits ada yang mengadu, garu kepala, kerana ramai yang jadi arnab. Duduk satu sangkar, kawen, kawen, kawen. ada yang mengadu tak kenal besan, mertua, ipar, pupu,

  4. pezze says:

    majlis perkahwinan melayu had always been the parents’ event rather than the bride’s and groom’s, mine was no exception no matter how much you protest. thankfully, ours was a simpler affair as i put my feet down strongly from the beginning though i finally relented a little when it came to “bersanding”. beli jiwa mak bapak la katakan…

    hope that my next one will prove to be simpler. had a talk over the weekend with my ahem2… we agreed that when the time comes, it will be a simple close family and close friends affair. probably can as my parents no longer live in taiping where they had to invite the entire taiping population…

  5. pezze says:

    mooke, mr inspigob is giving a hint here…hahahahahahahahahaha!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: