Bakri Musa buat Hishamuddin Rais naik darah

Si mat dangdut yang mengaku mat rock,  yang namanya Hishamuddin rais, amat marah dengan blogger Bakri Musa.  Hishamuddin bila marah terkentut kentut. Ikut perangai pak pandir, katanya. Mana taknya!. Bakri Musa merapu tentang  AlWatan, tanpa mengetahui agenda kini alWatan, negara tercinta. Kalau ikut agenda kini alwatatan si Bakri tu dah sesat. Mana dia tahu realiti semasa. Dia kata NEP tak perlu, dia kata sistem sekolah tak betul, dia kata sultan tak relevan, dan macam macam lagi. Dia sahaja yang betul.

Ada seorang lagi yang marah, cemburu dan dengki dengan Bakri musa. Nama dia Raja Petra. Raja Petra sakit hati, Bakri Musa bolih tulis apa sahaja. Tak ada siapa yang bolih cuit dia. Tidak ada lapuran polis, tidak ada soal siasat, tidak ada ugutan ISA.

Kalau ikut hishamudin rais, si anak raja bugis ini  gila. Berani nya dia cabar Polis tangkap dia.  Dia berkata, server blognya   di United kingdom, tempat tumpah darah ibunya.  Maknanya dia ada darah British. Siapa yang berani cuit anak raja, yang ada mengalir darah British. Dia mahu diadili ikut Undang undang Queen.

Tapi kalau nak ikut Pemerintah alwatan, semuanya tak betul, semuanya gila. Lihat sahajalah si Hishamudin. Kalau ikut piawai alwatan, pakainnya, kumis nya, janggutnya, rambutnya, macam orang gila. Sapu tangan  simpan dipoket, tapi ini tidak. Sapu tangan nya tergantung dileher. Orang lain pakai kopiah, dia pakai beret che guavera.

Ikut si wataniah-wataniah,  Bakri Musa, Hishamudin, Raja Petra, semuanya gila. Merapu, orang jawa panggil pencoret mencret.  Siapkah yang mengajar mereka semua? Tidak berustaz kah mereka? madrasah mana  yang mereka pergi, atau mereka tak pernah ke madrasah?

NK; Siapa yang tak gila? tunggu coretan selanjutnya.

2 Responses to Bakri Musa buat Hishamuddin Rais naik darah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: