Sepagi bersama Ah Ho – gossip masyarakat cina se kampong tapi tidak dikenali

Kampong saya  majoriti penduduknya Melayu. Terdapat lebih kurang 10% kaum Cina. Keharmonian masyarakat jelas dari interaksi perniagaan harian. Namun masih tebal stereotaip kaum, Melayu sebagai petani, cina sebagai peruncit dan peraih. Pertalian antara kaum pernah  tegang semasa pemerintahan bintang tiga dan berakhir dengan pertelingkahan kaum yang sengit. Sejak itu keharmonian terjalin.

Disebalik keharmonian, jelas integrasi kaum masih terlalu luaran. Selain daripada interaksi jual beli, cara hidup masyarakat berasingan. Masyarakat Cina dengan sekolah SJenis kebangsaan Cina dan melayu di Sekolah Kebangsaan. Cina ke Tok Pekong, Melayu ke Masjid. Begitulah yang telah berlaku sejak lebih seratus tahun. Selepas waktu kerja, dua kaum berbeza masuk ke kelongsong masing -masing seperti dua jenis makhluk berbeza.

Apabila dikatakan usaha integrasi kaum paling berkesan  adalah di sekolah, saya setuju. Kawan rapat sekampong saya, Poh, saya kenali semasa di sekolah Menengah. Sebelum itu Poh ke sekolah cina, saya ke sekolah Melayu. Sebelum berkongsi darjah, pertemuan kami hanya di gelanggang pergaduhan dua kaum, bukan pergaduhan kanak-kanak. Kami pernah bertumbuk sebelum kesekolah yang sama dan saya lihat Poh sebagai budak cina bukan kawan. Namanya pun saya tidak ketahui.

Pagi ini saya bersam Ah Ho anak Keng Swee. Seronok saya kerana kami bercerita tentang masyarakat sekeliling.

Apa hal dengan anak-anak taukeh Teo, taukeh kaya kampong yang telah almarhum, saya bertanya.  Pertama  kali saya menontnto peranti bersuara dan berimbasan yang dipanggil peti telivision saya membayar 10 sen dirumahnya, bersama ratusan penonton orang kampong. Begitu kaya nya beliau. Baru saya tahu, taukeh Teo beristeri tiga.  Anak-anaknya  14 orang.  Kata Ho, yang nampak berjaya perniagaann hanya lah Saito anak sulong . Itu pun banyak tanah pusaka yang telah habis dijual. Yang lain, hidup susah setelah habis digadai tanah.

Salah seorang anak taukeh Teo sekarang jadi drebar lori. Habis tanah pusaka, kerana dia kaki minum, judi dan kaki betina.

Yang hidup senang sekarang ialah mereka yang punya tanah. BOK punya puluhan ekar kelapa sawit. Semasa harga sawit tinggi sekarang, memang mewah lah mereka yang punya kebun. Tetapi berapa kerat sangat lah yang begitu kata Ah Ho.

Bapanya Kim Swee tak tinggalkan tanah pun, sibuk membesarkan adik beradik nya seramai 12 orang. Ah Ho, jadi tukang simen dan tiling. Jika tak bekerja, dia pikat burung dan ayam hutan. Sungguh tropikal  hobinya yang segenerasi sebelumnya hak mutlak ‘the lazy natives”.

Semalam saya beli pokok bunga di semaian Eng anak Kerk. Saya tak begitu ingat Kerk. Kerk itulah yang punya kereta morris minor , taukeh lori, jelas Ho.  Saya ingat-ingat lupa, samar-samar. Yang saya ingat rumahnya bersebelahan kedai Anem tukang gunting, semasa upah gunting kanak-kanak hanya 20 sen. Terasa kunonya saya, produk satu zaman yang asing.

Si Eng dah berpisah dengan bininya, cucu angkat topong, kata Ah Ho. Dulu semaiannya sangat maju. Sekarang sudah ramai saingan. Tanahnya hendak dijual untuk menampong perniagaan dan teman wanita baru. Dia  dah tidak tinggal dengan isteriny, sudah tidak balik rumah, gossip Ah Ho. Rupanya, yang melayan saya, kerani di semain, anak si Eng.

Semaian kelapa sawit, si Ah Guan, adik ah Beng, pula dah nak hampir kering kontang. Dia tak berani balik kampong. Habis sudah kebun orang kampong yang telah di tebang nya, tapi janji untuk tanam semula dengan kelapa sawit tidak dikotakannya. Kesian orang kampong yang tertipu. Kasihan juga dengan Ah beng, jiran ratusan tahun,  orang kampong cari adik nya.  Tapi apa boleh buat, semuanya janji mulut! tambah Ah Ho.

Banyak lagi yang kami cerita , anak Topong, Kui Ser yang telah meninggal dunia, sekolah Cina kampong. Saya seronok dengar perkembangan jiran jiran sekampong, yang saya kenali tetapi tidak mendalam pengetahuan tentang perjalanan hidup mereka.

Sebenarnya tidak ada beza cabaran, kesusahan, liku-liku hidup, walau apa bangsa kita pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: