Ismawee @ namewee

Nama saya Ismawee.  Isma didalam bahasa arab bermakna nama saya. Jadi kalau dalam bahasa Inggeris pigin ala malaysia ianya namewee, nama saya NAMASAYAWEE.

Saya berasal dari johor. Keluarga saya terkenal di seantero johor didalam bidang muzik. Bapa saya WeeTua seorang pemuzik yang agak terkenal jugak main harmonica dan jadi pengadil karaoke. Abang saya namanya Asmawi, atau MAWI nama gelaran nya. Tapi dia bukan Mawi world kerana kami world dalam dunia kami sendiri dan  tak pandai cakap jawa. Kami hanya pandai berbahasa Malaysia, Mandarin dan sedikit Inggeris.  

Saya jadi terkenal sejak saya tulis lagu rap terang bulan. Ia!!,  lagu ini saya tujukan istimewa untuk kerajaan negeri kelantan. Menteri Besar tok guru dan parti Bulan amat gembira dengan lagu saya memuji dan mendoakan bulan terus mengambang terang.

Saya juga menyelitkan didalam puisi rap saya tentang persekitaran alam, tentang bulan, tentang mata dan telinga, tentang buah-buah tempatan, tentang ayam berkokok, tentang   madrasah dan sekolah pondok.

Di negeri Tok Guru, ada dua jenis sekolah, madrasah yang tak berjenis dan sekolah berjenis yang ada orang panggil sekolah mafia. Saya tahu ini semua kerana saya tidak perna ke madrasah. Saya sejak kecil kesekolah mafia, sekolah  berjenis. Bapak saya , WeeTua,   bila saya tunjukan lirik lagu dia setuju benar kandungannya kerana katanya memang itu yang dikatakan olih majoriti kawan-kawan saya dan kawan kawan bapak saya  juga.

Malangnya Nazir sekolah saya, telah melenting dan memarahi saya kerana saya telah selitkan senikata yang mengatakan kentut nazir-nazir busuk.

Nasib baik kami ada little godfather. Mintak ampun dan maaflah, paksa mereka.  Ikutlah  kata  hikmah Pendita Sun Tzu,  buat buat bodoh lah asalkan kau menang perang. Sebenarnya yang melenting ialah bapak-bapak mafia, dan murid tua sekolah mafia. Mereka marah dan melenting kerana saya menceritakan rahsia kenapa mereka tak suka madrasah. Mereka takut dengan terbongkarnya DNA sekolah mafia, nazir akan paksa tutup sekolah dan paksa anak cucu mereka masuk madrasah.

Maka dipaksanya saya menarik balik lagu yang saya telah rakamkan. Merepek sungguh mereka. Tidak faham kah mereka sistem sebaran mengunakan satelit bulan yang menyebabkan rap saya tersebar luas?

Mereka tidak tahu, sebenarnya saya SPY tok Guru. Saya masuk sekolah berjenis sekolah mafia, belajar cakap mafia, makan gaya mafia, ada nama glamer, Namewee, dengan tujuan menyelidik  dan merisik.  Tujuan risikan saya ialah membuktikan  kata Tun Mahathir dulu, kalau masuk sekolah berjenis mafia  kami akan jadi macam mafia. Mengikut Teori TUN mafia  lebih teruk dari kominis. Saya tidak kata sedemikian, Tun yang perkatakan.

Ooh tidak, kami tidak kominis. Tok Guru tahu saya tidak murtad, tapi guru sekolah, nazir sekolah, little godfather dan semua ahli  kongsi tidak gelap  merasakan mereka  telah  dikhianat kerana  saya dedahkan rahsia gelap atau rahsia mafia.

Terpaksalah bapak saya memohon maaf  kapada “little godfather” mafia. Kepada tok guru, saya naik saksi saya tidak murtad, saya tetap ISMAWEE. Namewee itu hanya nama samaran seorang spy upahan. Saya tidak murtad. Nama saya ismawee dan saya tidak akan  melekehkan Mahkamah Syariah nak tukar nama rasmi.

Saya cukup marah mereka yang panggil saya lagak, chauvinis dan rasis. Saya dah berkali-kali berkata saya tak murtad, tidak lagak, tidak cauvinis dan rasis. Namun saya tak berani jamin yang kawan-kawan saya yang lain tidak cauvinis tidak rasis. Tapi memang saya akui ramai yang tunjuk lagak.

Sekarang ada kumpulan mafia lain yang tidak mahu terima permohonan maaf saya. Saya takut. Saya mesti larikan diri. Entah bila saya dapat ke Sicily jumpa  the Godfather cerita fasal ini.  Tolong lah saya. Saya mesti ke Sardinia jumpa THE GODFATHER. Saya juga teringin nak makan spaghetti ori. Saya dan jemu makan mi wantan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: