Pertembungan Nilai – antara judi dan philantrophi

Seorang manusia yang diagungkan mengakhiri hayatnya.

Oleh kerana hayatnya melepasi angka 90, pemergiannya dilihat sebagai satu perayaan. 

Maka berbondong bondong manusia yang mengagungkan nya, memberi penghormatan diatas nama keusahawanan, kebijaksanaan,  philantrophi, dermawan , kekayaan yang menggunung. Dari media, parti politik dan yang berkuasa, pewakil-pewakil dan penama-penama  berlumba-lumba tidak mahu melepasi peluang dilihat sebagai sebahagian dari kejayaan.

Dialah warga agung. Dialah anak Malaysia. Dialah si pemurah, begitulah yang dipaparkan media. Dialah sipengusaha papa yang menjadi kaya raya dinegara yang peliknya ramai  dari suku kaumnya  percaya mengamal ketidaksaksamaan diantara rakyat.

Suatu pojok berita diakhbar the Star 26 Oktober menarik perhatian saya. Dinyatakan, rombongan dari Universiti Tunku Abdul Rahman dan Kolej Tunku Abdul Rahman diketuai oleh pemuka-pemuka pentolan, memberi penghormatan  dan menyampaikan rasa terhutang budi diatas bantuan dan derma keatas universiti Bangsa. Diadalam pojok yang sama diceritakan lawatan Puan Sabariah Abdul Latif mengetuai delegasi dari Sinar Harapan, pusat kebajikan anak cacat simiskin  dikaki gunung, yang setiap tahun menerima jemputan untuk penghuni  menaikai roller coaster, merry go round dan menambah heboh funfare digunung.

Satu kontrast yang menghantu.  Saya percaya banyak organisasi yang telah menerima rahmat dermawan agung. Saya menunggu paparan lain yang lebih setimpal.

 Tanpa mempersoalkan keusahawanan dan kebijksanaan niaga nya saya mengingatkan diri saya tentang judi, bagaimana judi  dijadikan manusia satu perniagaan.  Saya hanya berharap didalam keghairahan merayakan pencapaian seorang manusia agung, kita tidak lupa bagaiman judi juga punca kesangsaraan manusia. Diatas nama judi, setiap keuntungan adalah berdasarkan kerugian sipenjudi. Dinegara  yang tiada kawalan, kemungkinan dan kebarangkalian “odds and probabality”  kebijaksanaannya menjadikan judi satu perniagaan monopoli, kerajaan hadhari menjadi rakan kongsi. Ingatilah betapa ramai keluarga yang telah runtuh,  bisness yang telah hancur, nyawa yang telah hilang, ah long yang telah menganas, kongsi gelap yang menyusup, harta yang tergadai diatas nama lawatan kegununug harapan.

Apa itu judi? aaah ia  hanya pilihan kepada simiskin membeli harapan. Hope gives the best pleasure…….satu kelemahan manusia ketagihan judi,  calun menjadi abdi. Kepada siapa yang sanggup mengabdikan diri mengejar emas dibawah nama ketagihan judi, sudah tentu ada  sang usahawan  bijak yang melihatnya sebagai peluang mengumpul emas menggunung.

Tabik Hormat  kepada usahawan yang  bekerja keras berjaya mengumpul harta segunung. Padan dengan muka sisingkek kaki judi!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: