Boleh Panggil UMNO Cengkarung – Onn Jaafar

Perjuangan menentang Malayan Union dan seterusnya penubuhan UMNO bermula di Batu Pahat.  Onn Jaafar ketika itu adalah Pegawai Daerah Batu Pahat.  Selepas kekalahan Jepun Batu Pahat menerima padah paling teruk Bintang Tiga. Mungkin pengalaman pahit dibuli oleh jiran-jiran yang bertukar kulit dan topeng memberi kesedaran penduduk mukim-mukim daerah Batu Pahat diatas pentingnya memperjuangkan hak. Tambah pula Pegawai daerah yang bukan calang-calang orangnya.

Maka berkumpullah penghulu-penghulu ; dari Bagan, Lubok, Peserai dan simpang Kiri dan Simpang Kanan, diantaranya.

Mengikut cerita beberapa almarhum, didalam salah satu pertemuan dengan Dato Onn, beliau telah ditanya apakah nama pertubuhan yang akan diwujudkan. Jawab Dato Onn yang ketika itu sudah tentu telah faseh berbahasa Melayu (nota 1)   “Kita boleh namakan pertubuhan ini cengkarung jika kita mahu, yang penting ialah fahaman kepada landasan perjuangan”.

Betapa benarnya kata Dato Onn itu. Sekiranya tidak difahami landasan perjuangan maka jadilah cengkarung, wahai UMNO.

nota 1, Mengikut cerita dato Onn tidak faseh berbahasa Melayu. Maka dihantarnya beliau ke The Malay College dengan salah satu tujuan untuk kemahiran Bahasa Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: