Soi Lek, seks dan Batu Pahat- cegah maksiat cara MCA

Kalau kita ikuti drama atau opera china skandal seks Chua Soi Lek, khususnya selepas perletakan jawatan olih beliau, kita akan dapati bagaimana pujian pujian diberikan kepada nya diatas ketegasan dan keberanian beliau.  Bacalah The Star, suara rasmi MCA. Apalagi yang hendak dikatakan selain puji-pujian, kerana jawatan telah dilepaskan, dan bekejarlah dan berlumba-lumbalah mereka yang mahu isi kekosongan.  Misi telah terlaksana. Musuh telah berundur.

Soi Lek  mahu dijadikan  bahan sejarah.

Menarik sekali kata kata Soi Lek, rupanya ramai ulama dan orang alim dalam MCA. Cubaannya, berharap supaya perkara ini dilupakan sahaja setelah pengakuan dan permohonan ampun menunjukan cetek, mentah atau naifnya pengharapan itu. Soi Lek ingat, cina bukan macam melayu. Rupanya diMCA juga ada Jabatan Pencegah Makasiat.

Jika dibandingkan diantara “mat skodeng” Jabatan Agama, meminjam istilah anak muda sekarang,  yang mengetuk pintu Hotel dengan spy-spy dan dinding dan langit-langit hotel yang punya mata dan telinga, sudah tentu mat skodeng Jabatan agama lebih hadhari.

Dari sudut keadilan dan undang-undang, ada perkara pokok yang perlu dipertimbangkan. Adakah, filem yang diambil meliwati hak peribadi  dan melampaui  keadilan asasi bolih dijadikan bahan bukti jika soi lek dibicarakan. Cuma dari sudut penghakiman moral, dia telah ambil jalan terhormat mengundur diri. Itu sudah cukup hukuman untuknya.

Bagaimanapun, kezaliman terhadap Soi Lek  hanya dapat ditebus sekiranya agen-agen skodeng MCA ditangkap dan dihukum. Skodeng dalam apa bentuk adalah tidak hadhari.

Didalam akhbar yang sama disenaraikan juga ahli-ahli politik yang telah digugurkan apabila perilaku punai yang tak mengawal tembolok. Bukan sahaja padi, gandum dan sekoi di bahamnya.

Soi Lek, ketua Bahagian MCA Batu Pahat. Jatuhnya kerana seks memang malang tetapi umum tahu, Bandar Batu Pahat pernah di namakan Paris Malaya Selatan. Raja tedung mati digigit tedung, maka tidak pelik jika Penghulu Batu Pahat juga terperangkap kerana seks. Sebagai Ketua bahagian, dialah Penghulu, dialah Warlord, yang sudah tentu, tidak ada had santapan santapan yang disajikan, dan hiburan yang di sembahkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: