BAHAYA – Diet Kampung Yang Berubah

Didalam jarak sepuluh hari, terdapat tiga kematian di kampung. Ini bukan Kampung Baru, atau kampung Medan atau kampung diperbandaran. Ini adalah kampung  yang benar kampung. Bandar yang terdekat ialah 10 km jaraknya, dan sumber pendapatan adalah dari pertanian.

Yang mengusarkan ketiga-tiga punca kematian adalah penyakit yang dikaitkan dengan orang bandar: diabetik/kencing manis, stroke dan serangan jantung. Ketiga-tiga  yang meninggal belum mencecah  umur 60.

Pada hemat saya kampung ini sedang dilanda perubahan gaya hidup dan gaya makan. Hidup lebih mewah kini. Kalau dahulu daging atau ayam dinikmati sekali atau dua kali setahun kini di jadikan makanan harian. Sambal goring makanan penuh kolestrol kegemaran mereka. Kini bukan diwaktu hari raya sahaja mereka rasakan, kini setip minggu ada kenduri. Kenduri dan tahlil adalah satu-satunya interaksi sosial mereka. 

Pengetahuan mereka tentang pemakanan juga amat rendah. Obesiti juga dilihat merata-rata. Kini kerana punca pendapatan adalah dari tanaman  kelapa sawit, aktiviti kebun juga berkurangan. Bukan seperti kerja berkebun getah yang perlu dilakukan setiap hari.

Begitulah perubahan yang mengusarkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: