Rasuah – kanser yang membiak dizaman Tun Mahathir

Sebelum dimulakan bicara, perlu diperjelas akan tajuk tulisan ini. Saya tidak mengatakan bahwa TDM rasuah. Apa yang saya ingin katakan ialah, dizaman TDM sebagai perdana menteri, amalan rasuah membiak dengan cepatnya. Rasuah adalah seperti barah atau kanser. Sel kanser tetap ada , hanya menunggu pemangkin meledakan pertumbuhannya.  Pemangkinnya adalah polisi, cara pentadbiran dan pengurusan tdm yang menyebabkan kanser rasuah merebak dan berleluasa.

TDM bertindak bagai Ketua eksikutif syarikat bapak.  Saya analogikan sedemikian kerana seorang  ketua eksikutif syarikat nya tidak akan bertindak mengikut kehendak dan nafsu peribadi. Selalunya generasi kedua yang bertindak rakus dan melunyaikan harta yang telah terkumpul.

TDM memang tidak sabar melihat Kuala Lumpur  keluar dari lumpur dan setanding dengan kota dunia. Beliau tidak mahu melihat bangkangan. Kumpulan elit yang telah terbina dipunahkan dan diganti dengan kumpulan elit yang tidak teruji. Ini amalan yang dipelajari dari Machiavelli. Kumpulan elit Malaysi sebelum TDM telah tertubuh lama mewarisi sistem British Malaya.   Tunggak pentadbiran ialah Malayan Civil Servis dan Sistem Kehakiman  yang terdidik, terlatih dan teruji integriti dan siasah nya. 

Semasa Tun Salleh Abbas dipecat, Tunku Abdul Rahman mencoret “today democracy is dead”. Apa yang berlaku lebih teruk dari yang dijangkakan olih Tunku. Keadilan dan Kehakiman dimakan anjing-anjing belaan dan anjing anjing liar elit ala TDM. Semuanya bolih,

Egonya amat besar. Pernah saya terbaca sebuah  buku, bagaimana  dan apakah petua mencari rakan kongsi atau CEO. Jangan sekali-kali memilih sesaorang yang punya ego yang terlalu besar . Jangan jangan jangan. Betapa benarnya petua tersebut.

Kerana mahukan kuasa yang mutlak, arahan diberikan kepada ketua-ketua jabatan dari Pejabat Perdana Menteri.  Tiada lagi penilaian professional. Hanya wahyu yang ditunggu. Akibatnya, walaupun mungkin tiada  rasuah dari wahyu tersebut, pandangan umum adalah sebaliknya. Jika dia rasuah besar kenapa aku tidak gunakan kuasa ku yang ada untuk sama-sama menanggok ikan dari kolam belaan.

Pernah diceritakan olih sahabat bagaimana seorang ketua perkhidmatan berkata didalam mesyuarat yang sedang berbicang wahyu yang diterima  “Kita dirogol, kita tidak bolih buat apa-apa. Marilah kita rasakan seronok dirogol”. Amat mengaibkan dan tidak  bolih dimaafkan.

TDM pernah diagung-agung sebagai bapa wawasan. JIka diteliti tentang wawasan, SUKARNO lebih besar wawasannya, menyatu beribu pulau dan membangun Indonesia. Malangnya k, Indonesia ketinggalan kerana rasuah wawasan tingal wawasan sahaja. Begitulah wawasan TDM yang gagal menandingi suKARNO dan tidak mencapai apa yang dicapai lEE kUAN YEW. Pembezanya rasuah.

Sekarang beliau telah lupa tapi rakyat tidak lupa akan tindakan tindakan yang beliau telah lakukan.

4 Responses to Rasuah – kanser yang membiak dizaman Tun Mahathir

  1. Idlan says:

    While Pak Lah is being criticised left right and center (and some may argue, quite rightly so, for his actions or inactions, as the case may be), he did inherit a government that was highly corrupt from the days of the Tun. I’ve always felt that the Tun was vocally critical of Pak Lah because he needed to shift the attention from his ‘legacy’.

    Pak Lah did, albeit arguably very weakly, try to combat corruption in the early, heady days of his premiership but the lack of support from a very entrenched cabinet perhaps encouraged him not to go ahead. With the myriad of networks in which he himself, his son and son-in-law are all now embedded in, it may prove to be more of a challenge for him to combat something people are saying he is very much a part of.

    RE: Ego and CEOs. We actually have a proper hypothesis in finance, called the hubris hypothesis, which is used to explain excessive empire building actions that are detrimental to all around the manager, except to his ego. Hehe.

  2. inspigoblog says:

    IDLAN
    Read the PRINCE and POWER, the 48 laws of power. When paklah was sworn in, there was this picture in the morning paper, and on the table was this book POWER. I managed to get a copy in London, read it from cover to cover. He applied all the 48 rules, some of which i highlighted above.

    I was hoping that paklah will address the corruption issue. What is vision with corruption, so pak lah was supposed to realize that vision by addressing the corruption.

    He is just plain inept, weak, and not clever. Take the lingam video case, He shud have called for the Royal commission at first sight.

    take the case of the police commission, nothing come out of it.

    we deserve a leader that can clean up the mess.

  3. inspigoblog says:

    Refer above comment, It should read the swearing in of abdullah as DPM by TDM, The book was on tdms table, POWER

  4. idlan says:

    Thanks for the recommendation(s).

    I’ve read the Prince, but I’ll go find Power when I’m next in the City.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: