melepaskan kambing tersepit, baeeekk

Peribahasa Melayu’ melepaskan anjing tersepit’ membawa makna orang yang tidak mengenang budi, malahan membaham dan menyalak orang yang menolongnya.

Tetapi kalau mengikut pencinta anjing, binatang ini memang pandai membalas budi. Malahan kepada pencinta hadis diriwayatkan bagaimana memberi minum anjing kehausan membawa sipenolong kesyurga.  Tetapi ini resam Melayu yang tak suka anjing.

Didalam budaya Melayu masakan nak diguna anjing sebagai bidalan kalau yang dimaksudkan itu adik beradik sendiri.

Saya gunakan kambing yang pada orang melayu binatang yang tidak haram. Dia tak mengigit tapi hanya mengembek dan menanduk,  dan paling teruk menghalau kita dari kandang. Begitulah saya ibaratkan yang berlaku pada diri saya apabila janji jualbeli  diengkari, janji perniagaan dipermudahkan berselindung disebalik kejahilan, ‘aku bodoh, aku bodoh’ , resam adikberadik, dan menjaja simpati.

Malangnya didalam kes ini saya berpegang pada landas perniagaan bukan perihal adikberadik. Malangnya didalam kes ini saya bertekad untuk meneghantar mesej bahawa pertalian adik beradik perlu berlandaskan hormat menghormati, berpegang pada janji, mempertahankan hak,  bukan berlandaskan  aku kakak atau aku abang, dan bukan undang-undang kambing. Walaupun didalam rukun taqwa di nyatakan perlunya menolong saudara terdekat, tetapi ia harus berlandaskan janji, hormat menghormati, adil.

Maka dibuatnya cerita, dan diungkitnya sejarah sebagai bahan fakta yang nyata hanya buruk sangka dan sikap gelabah (gelapah?). Yang cuba nak dijadikan mangsa untuk melepaskan diri ialah sipenulis yang keras kepala ni.

Perniagaan tetap berjalan, kerana tidak mahu saya jadikan ia contoh serik berniaga kongsi dan bersyarikat adik beradik.

2 Responses to melepaskan kambing tersepit, baeeekk

  1. catwoman says:

    Saya simpati dan saya bersetuju. Jangan jadikan ia sebagai contoh untuk serik berniaga adik-beradik. Sebagai seorang usahawan yang berpengalaman adalah menjadi satu tanggungjawab untuk mengajar dan menegakkan nilai-nilai amanah, berpegang pada janji, hormat-menghormati dan mempertahankan hak di kalangan adik-beradik supaya ‘hubungan adik-beradik’ tidak dijadikan sebagai satu ‘handicap’ dalam segala urusan terutama untuk tujuan kepentingan diri sendiri dan menindas hak adik-beradik yang lain.

  2. inspigoblog says:

    jangan risau, pertelingkahan adik beradik macam ribut dicawan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: