Merantau dan menjelajah lah dan agungi Aku, bukan pergi …

Didalam suasana dimana pelancungan jadi industri besar dan di iklankan sebagai kaedah persantaian, melepaskan penat setelah bertungkus lumus,sebagai  hak kaum pekerja, ramai yang terjebak dalam konsumerism membuta.

Paling berkesan promosi pelancungan adalah dengan bermain dengan nafsu manusia. Eksploitasi nafsu manusia paling rakus ialah  melancung khusus untuk seks. Shopping for sex.  Berbondong-bondong yang jadikan Bangkok dan Manila destinasi utama. Tujuan utama, Bang your cock and Main La.

 Didalam nada yang sama  terdapat mereka yang   melancung  untuk membelibelah sakan. Membelibelah kerana memuaskan nafsu, bukannya mengikut keperluan. Pemikiran seorang pembelibelah tabii, pasti kompleks. Tunjuk Kuasa konsumer,menunjukan pembeli punya kuasa. Terasa kaya walau untuk sejenak sementara belum berpisah dengan duit.  Takut terlepas peluang, kerana maklumlah tambang yang mahal, atau wang belum habis lagi… digunakan sebagai dalih menipu diri.

Baju T jadi satu ciptaan  teragung abad lalu. Baju T diagungkan sesetengah pelancung yng mahu maklumkan rakan, aku disini, aku di sana, aku telah buat tu, aku telah buat ni, dipaparkan di dada. Mungkin di tahun 70an dan 80an ia dilahat sebagai “cool” dan punya kelas.

Ada juga yang ketagihan Baju T Kedai kopi Rock Keras. Lawatan tidak lengkap jika  tidak melawat biara konsumer hollywood itu bagai umrah dan ziarah tidak sah jika tidak tawaf.

Saya mengingatkan sesaorang agar tidak ke Mekah dengan menyediakan bag besar untuk dipenuhi jajan dan belian. Bukan sahaja ke Mekah malahan kemana-mana jua.  Merantau perlukan barangan yang paling asas dan mudah, bukanya bergerak sebagai porter dan pemunggah barang, bawa bekalan seolah naik kapal haji MV kuala lumpur. Inikan pula ziarah dan umrah yang bertujuan mengagungkanNYA.

Merantaulah untuk mengagungkanNya, merapat siratur rahim, berniaga, mencari ilmu. Janganlah dibutakan nafsu, dikulikan rasa hati, tenggelam dalam arus konsumerism.

Aku tak pergi kedai kopi Rock Keras di ……….beijing

 

 

 

 

One Response to Merantau dan menjelajah lah dan agungi Aku, bukan pergi …

  1. admin says:

    “Verily spendthrifts are brothers of the Evil Ones; and the Evil One is to his Lord (Himself) Ungrateful.” (Al Isra’: 27)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: