Cerita Dato Salehudin Hashim dan Setiausaha-setiausaha Agung Parti Berteraskan Melayu

Parti Keadilan Rakyat dapat setiausaha agung baru, Datuk Salehuddin Hashim.

Siapa? Salehuddin who? New Sunday Times  pun bertanya sedemikian didalam temuramah yang dipaparkan di pagi Ahad ini.

Aduuuuh.-pasti ada yang meluat. Sengaja dia mengenakan talileher pak belang merah kuning hitam dan putih. Tak kan seorang lagi?

Dia budak sekolah Kuala Kangsar tu jugakah? MCKK juga? Ya seorang lagi termasuk dalam senarai unggul, dari kalangan ratusan yang menunggu, bersedia mengisi barisan hadapan. Onn jaafar, pak sako, anwar, Kamarudin jaafar, hishamuddin rais, hatta ramli, raja petra, nik nazmi c…. dibarisan Pakatan Rakyat. Satu senarai yang susah diakhiri didalam didalam suasana sosiopolitik malaysia. Dari dahulu, semasa dan adakah untuk selama-lamanya? Selagi ada bulan bintang dan matahari?

Timbul perasaan cemburu dan hampir dijuehkan bibir yang membacanya. Tapi kalau difikirkan tentang kejayaan sekolah ini mengeluarkan pemimpinpemimpin terbilang, tidakkah terfikir, sesuatu yang betul pasti telah dilakukan olih institusi ini.

Bodohkah melayu kalau tidak mengaku bahwa ini institusi Melayu unggul yang telah banyak mengeluarkan produk melayu yang bertaraf dunia ini?. Lee hsien long kalau bolih mahu kan Raffles institution jadi macam institusi Melayu ini.

Satu kesimpulan yang pasti, jika melayu mengamalkan meritokrasi, mereka bisa gegarkan dunia.

Kalau KJ original, Kamarudin Jafar, setiausaha agung PAS juga budak MCKK tidaklah benar  semua mereka sekular. Tidak benarlah apa yang dikatakan Hishamudin Rais, yang keluaran berjenama ini sekular, liberal dan urbane.

Kalau diteliti parti melayu yang satu lagi UMNO, perbezaannya ialah  SU agung nya, Tengku adnan, KJ dan Salehudin , jelas perbezaannya. Tidak adilalah kalau dikatakan bagai batu dengan maknikam.

Yang pasti UMNO memerlukan SU agung yang punya kaliber seperti Salehuddin aka tok leh. Tok leh adalah turnaround manager extrodinaire. Pakar pulih organisasi paling unggul bertaraf dunia.

Menarik katakata beliau
saya komrad anwar, saya bukan kawan anwar
we are a government in waiting, kami kerajaan menunggu
mckk tidak mengejar 10A. 12 a.
Anwar tidak masuk penjara cumacuma

Dengan kombinasi KJ dan tok leh, sekiranya saya UMNO, saya perlu gusar. Tapi Paklah mungkin berfikir, SU UMNO juga strategis, pengatur badan kehakiman. SU UMNO juga urbane dan internasionalis, punya sahabat kaliber sepert Vincent Tan. Bahkan ada kelebihan, SU umno ahli perniagaan contoh produk DEB ala UMNO unggul Malaysia. Hanya TA yang bolih berurusan dengan taukeh taukeh MCA dan MIC dan gerakan, dan sultan-sultan kecil diSabah dan Sarawak.

Tiga setiausaha, dua cerita berbeza.

Nota kaki; Kenapa syed nazri dan kamarul arifin dua pengarang NST membenarkan temuramah setiausaha pkR ini?

 

3 Responses to Cerita Dato Salehudin Hashim dan Setiausaha-setiausaha Agung Parti Berteraskan Melayu

  1. Apet says:

    Correction..Kamarul Arifin should be Kamrul Idris Zulkifli

  2. kj tipu says:

    Syed Nazri one of the mckk by product too

  3. inspigoblog says:

    Kamarul idris and rehman rashid at the nst have been keeping the literary tradition alive following the footsteps of dolah kok lanas and mazlan nordin and numerous others.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: