Hishamuddin (melayu) dengan Keris

Didalam tulisan sebelum ini, saya menyatakan Hishamudin adalah Menteri Pelajaran terbaik untuk beberapa waktu yang agak panjang. Saya lihat lebih banyak tindakan dan hasil yang dirasai guru dan murid daripada, gambar dan slogan dimuka akhbar. Lebih banyak isi dari kulit. lebih banyak tindakan dari cakapan berapi-api.

Jadi apabila isu keris timbul, saya berpendapat ia sesuatu yang malang baginya. Kepada sesaorang yang suka bertindak dari berperaga, agak pelik bila Hisham terikut dengan budaya bersilat berbunga-bunga sedang musuh sibuk mencari sasaran untuk menembak kepalanya. Lebih malang lagi kerana tidak ada sesiapa dikalangan rakan kabinet atau naib dan timbalan yang cuba mempertahan tindakan nya.

Keris kepada sesetengah melayu memang satu simbol, tapi itu simbol lama. Malahan ramai yang berpendapat, bodohnya mereka yang terlalu taksub dengan keris kerana ia hanya satu bahan seni, bukannya senjata berkesan. Melayu gagal membangunkan keris daripada sesuatu yang tersisip dipinggang kepada sesuatu yang bolih terbang umpamanya. Keris simbol kekalahan kepada pistol dan meriam dan peluru berpandu atau misil. Cukup lah ia sebagai bahan seni. Terlalu banyak simbol yang kita ada, yang tidak berfaedah pun.

Kasihan, hishamudin gagal digelanggang emosi. Satu petanda baik, iaitu sekiranya beliau menumpukan kepada kerja dan berfikir secara stategis untuk menjadi ketua yang bijak, adalah lebih berfaedah dan bermanfaat.

Fungsi utama simbol adalah menyatukan. Adalah satu tempelak kepada UMNO apabila MCA menjulang Buku Perlembagaan sebagai sesuatu yang perlu dipertahan didalam Mesyuarat Agung mereka. Sekiranya simbol menjadi bahan perpecahan dan perbalahan jalan terbaik adalah mengunakan keris untuk harakiri atau pun jalan yang lebih bijak adalah mengaku kesilapan dan melonjakan kematangan.

Hishamudin akan meninggalkan Pemuda dan diharap lonjakan kematangan akan berlaku. Begitu juga kepada Melayu Melayu yang masih beremosi mahu menjadi TUAN dengan keris dibawah pohon bambu meniup seruling sedangkan sawah sedang diusahakan dengan ligat olih orang lain.

Cukuplah dan carilah simbol lain yang berfaedah, RM umpamanya. Penuhkan isi dari kulit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: