Ketuanan Melayu – meremang bulu saya

Bulu saya meremang bila dengar sahutan laungan Ketuanan Melayu. Tambah menegak roma bila Ketuanan Melayu ditafsirkan sebagai Malay supremacy.

Saya tidak pernah buat kajian ilmiah asal usul perkataan TUAN. Spekulasi benak saya ialah ia berpunca dari perkataan TUA. Melayu suka dan hormat yang tua. Yang muda mereka juga amat suka. Berikan orang Melayu bini muda, kelapa muda, ulam pucuk yang muda. Selain keseimbangan, ini menunjukan melayu juga bijak dan pandai. Tidak kira tua atau muda, pandai digayakan nya, tidak disia-siakan, yang tua dihormati dan disayangi termasuk isteri yang terdahulu.

Olih kerana hormat, orang yang tua selalu diketengahkan dan diletak didepan. Ini berlaku sebelum Melayu kenal sekolah dan universiti. Jadilah mereka ketua. Sebelum Zaaba, pendita atau pundit atawa pandhita Melayu membukukan nahu atau grammar melayu, penambahan AN ditambah kepada perkataan TUA menjadi TUAan. Yang jadi pemimpin jadi TUAAN pengikut. Pangilan yang cocok  dan lebih pendek ialah TUAN.

Untuk Ketua nombor satu, numero uno,  yang biasanya penghulu paling berpengaruh,  atau ketua lanun dan penjarah yang paling berkuasa ada perkataan istimewa iaitu TUAN KU dan dijadikan TUANKU bila mula berlagak macam RAJA.

Didalam pertalian tuan dengan yang memanggilnya menarik sekali. Lawan tuan adalah hamba. Perkataan tuanhamba, menunjukan dibawah tuan adalah hamba. Atau apabila tuanku digunakan, lawannya adalah Patik, bahasa dalam untuk hamba atau pacal yang hina. Jika melawat keraton di JOGJAKARTA kita akan dikenalkan dilayan olih abdi, Abdi dalem dan abdi Luar.

Semasa saya belum besekolah, sebagai anak manja,  selepas mandi saya akan menuntut dipakaikan baju kemeja.  Emak akan pakaikan saya  baju tuan-tuan, iaitu baju kemeja bergosok dan berkanji yang menegak tajam.  Begitu ciri TUAN mula tertanam di diri saya yang saya pasti mencerminkan citacita dan wawasan emak saya yang mahu anaknya jadi tuan.

Saya jangka olih kerana kita baru saja merdeka, emak saya sudah tentu, mahukan saya jadi tuan macam matsaalleh matsalleh dan tuan kerani dipejabat tanah. Yang memanggil tuan, jadilah  patik, dan pacal dan marhaen dijajah.

Apabila saya masuk sekolah Inggeris dibandar, sebelum masuk Malay College saya masih ingat abah saya memanggil Mr Muthu, yang ditemui semasa pendaftaran, sebagai tuan dan master. Lepas itu baru saya ketahui ada post master dan station master, selain dari headmaster. Semuanya bergelar tuan.

Memangnya perkataan SIR saya gunakan sentiasa untuk bercakap dengan guru. Kejutan terasa olih saya bila saya ke uniiversiti di London. Pensyarah di UCL suruh saya panggil  dengan nama John, william dan nama tanpa gelaran. Maklumlah zaman hippies dan rockers mula berkembang. Amat kekok dibuatnya saya.

Akhirnya berjaya juga cita-cita  emak saya nak jadikan saya tuan. Saya masuk NAVY, ramailah yang panggil saya tuan. Mulalah saya ditabik disana sini. Olih kerana saya memang menghormati orang saya tidak kekok membahasakan orang lain tuan.

Telah menjadi kebiasaan manusia nak jadi raja. Kepada orang Melayu ia satu keistimewaan yang telah dirakyatkan. Yang jadi pengantin diberikan keistimewaan RAJA SEHARI. Ada yang tak cukup sekali maka berkahwinlah berkalikali. olih kerana jadi raja amat terhad peluangnya, maka tidak pelik lah ramai yang bercita-cita nak jadi tuan.

Bagaimaimana pun saya mempunyai masaalah jika ada satu bangsa nak jadi tuan. Siapa yang jadi hamba?  Siapa yang nak dihambakan? Pekerja bangla dan indonesia? Tuan untuk apa. Logikkah dan adilkah dan tidak berbahayakah jika  ia dijadikan satu ideologi parti politik ? Itu persoalan saya.

Lebih menakutkan sekali apabila perkataan supremacy di perkenalkan. Meremang bulu saya, gusar dan bimbang.  Ia mengingatkan saya kepada  Ku Klux Klan dan Rodovan Kardavic dan Miloselvic dan nazi Hitler. Mereka semua  yang menengahkan konsep supremacy. Diatas nama supremacy, keadilan dan kesaksamaan terhumban di Aushwitz. Diatas nama supremacy darah islam bosnia dihalakan olih Serbs. Petanda  dan riak yang mengerunkan.

Kalau pun nak martabatkan bangsa, tolonglah pilih perkaataan lain,  perkasa ke (wakakaka), gemilang ke, cemerlang, terbilang ke. Tapi nak jadi tuan goyang teloq, telur saya bermasaalah.

Saya terkenang satu tugu berhampiran dengan Clark Quay di Singapura. Tugu Tiga Tuan, seorang tuan penghulu Melayu, seorang taukeh Cina berambut tocang ala ekor babi, dan seorang tuan Inggeris. Ia mengambarkan suasana di Singpura,  dititik titik awal  Singapura diubah dari temasek .

Olih kerana tuan Melayu berpelikat, saya andaikan, hanya dia sahaja yang bolih goyang teloq. Simbolik sekali. Lihat sahajalah kepada tuan melayu  singapora seratus tahun kemudian. Hanya mereka yang tak goyang teloq yang jadi tuan. Depa tak mintak pun, dan tidak dijadikan ideologi politik mereka.

Abah selalu menasihatkan pentingnya berusaha. Siapa usaha dia akan jadi tuan.

Apa maknanya Malay supremacy kepada makcik jual nasilemak, pakcik potong roumput, matrempit.  Atau adakah ini strategi jangka panjang Nak teruskan mereka jadi hamba? benak saya berputar lagi.

Sekiranya sayang sangatlah perkataan TUAN, dan hendak sangat kita nak jadi tuan, kita hendak juga perkataan tuan, ada satu jalan yang diterima rakyat, majukanlah konsep ketuanan rakyat.

2 Responses to Ketuanan Melayu – meremang bulu saya

  1. cheguman says:

    Satu pandangan yang baik namun agak ideal. Hasrat saudara praktikal sekiranya semua kaum berpandangan begini namun saya kurang yakin kejujuran mereka. Mungkin ada jalan keluar sekiranya ada usaha menyeluruh dan bersepadu. Saya sering menggugat keyakinan orang yang berpendirian seperti saudara dengan mengajak mereka melihat kedegilan orang cina menutup terus sekolah jenis kebangsaan cina dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan.

  2. inspigoblog says:

    cheguman, kenapa orang melayu tidak berdegil mempertahankan sekolah melayu? Nak menjadi tuan, tetapi, kerana taksub nak menjadi tuan digadaikannya sekolah melayu jadi sekolah kebangsaan, Sila rujuk tulisan saya, sekolah saya asalnya sekolah melayu. kenapa nak dilarang belajar mengikut penghantar peranchis, inggeris, swahili atau arab………..

    kegusaran saya berhubung dengan supremacy sesuatu bangsa bukannya angan-angan atau bayang-bayang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: