Waktu Kualiti di Fraser Hill

Dalih ibubapa yang sibuk yang tidak dapat bersama dengan anak-anak untuk masa yang lama ialah Waktu Berkualiti atau Quality Time. Kepada anak-anak kecil dan yang sedang membesar, kasih sayang hanya   diukur dengan masa. Namun ramai yang percaya kasihsayang  bolih ditunjukan melalui masa berkualiti, Quality time . Petuanya ialah setiap waktu yang dinikmati bersama anak-anak gunakan lah sebaik-baiknya, punya impak dan keberkesanan maksimum.

Hanya dengan masa ibubapa dapat memberi contoh, menegur kesilapan, menunjukan nilai, yang tidak dapat dilaksana tanpa sentuhan, suara, tatapan muka dan mata, dan perasaan.

QT berkesan sekiranya satusama satu. Walau pun ada masa sekeluarga perlu bersama, ambilah dan aturlah giliran untuk bersama anak satu sama satu.

Saya besama sibungsu dan sipengiran muda ke Fraser Hill hari ini. Hari untuk jagoan. Seronok sekali mengatur perjalanan mengikut resa hati. Walaupun pada asalnya kami ada tiga pilihan: Temerloh, Kuala klawang atau Sungai besar kami terpesong ke Olde Smoke House di Bukit Fraser.

Setelah berhenti sarapan di Rawang yang kelam kabut, masa seolah olah bergerak longlai di Kuala Kubu Baru. Empangan  gergasi yang Baru memang belum saya lihat.

Selepas menikmati minuman , panggang lembu dan Yorkshire pudding, diikuti kopi dan sebatang  Siglo kami meluncur turun.

Siibu-ibu dan dara-dara diberi kejutan dengan ole-ole Ye Olde Smoke House. Masa berkualiti dengan  Jagoan-jagoan untuk kali ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: