Mana sekolah Melayu? Sekolah Melayu Lenyap “Dikebangsaankan”

Pertama sekali saya kesekolah, saya kesekolah Melayu. Dimanakah saya bolih cari Sekolah Melayu sekarang? Saya bolih cari sekolah cina, sekolah jepun, sekolah arab, sekolah kebangsaan tapi, tidak ada sekolah melayu. Yang ada hanya kolej melayu yang sebenarnya sekolah kebangsaan. Adakah sekolah melayu telah lenyap bila sekolah-sekolah dikebangsaankan atau nationalised pada awal 60an??

Terasa janggal jika diguna kebangsaankan untuk nasionalised, lebih janggal kalau ia dimelayukan . Didalam Bahasa Inggeris khusus nya dinegara-negara kapitalis perkataan nationalised amat digeruni. Dihak milik awamkan mungkin sesuai jika ia milik persendirian atau swasta. Tetapi untuk sekolah yang diubah supaya mengikut satu matlamat, falsafah dan silibus seragam yang ditetapkan olih kerajaan, dikebangsaankan adalah lebih sesuai biarpun janggal bunyinya,

Dikalangan kaum minoriti jika sesuatu institusi etnik dikebangsaankan ia dilihat sebagai pencerobohan hak. Dimalaysia, tiada lagi kerajaan yang berani menyentuh institusi etnik melainkan yang melibatkan bumiputra dan Melayu.

Dikalangan orang Melayu semangat kebangsaan amat tebal. Salahkah itu kerana semangat itu yang menyatukan pelbagai suku dan kaum dan anak-anak negeri Melayu. Semangat kebangsaanlah yang memerdekakan Malaya.

Ditahun-tahun  lapan puluhan, timbul dikalangan orang Melayu satu fahaman yang mempersoal fahaman kebangsaan yang amat tebal itu. Penerajunya adalah islamis-islamis ala kebangkitan islam baru. Itu assabiyah, itu dibenci nabi, itu berlawan dengan islam sejagat hujah mereka.
Memang bolih membingungkan, kerana islam memberi pengiktirafan kaum tetapi jika dilihat hujah islamis bangsa tidak wujud.  Adakah ini kerana fahaman ini berlawan dengan fahaman kekhalifahan sejagat?

Apabila sekolah melayu dikebangsaankan pada awal 60an, tiada siap dikalangan Melayu mempersoalkannya.  Ketika itu semangat kebangsaan amat menebal.  Walau ada yang mempersoal kenapa sekolah cina dan Tamil masih wujud, tiada yang seberani Lee kuan yew untuk menutup sekolah sekolah etnik.

mELAYU SANGGUP MENGORBANKAN sekolah melayu dengan janji budaya dan bahasa yang berteraskan melayu. Namun, jelaslah dijangkapanjang, respons kaum lain tidak seperti dijangkakan kerana pejuanag -pejuang etnik yang berkeras sehinggakan Tun mahathir, menyatakan pergerakan Don zhong lebih teruk dari kominis. Melayu tidak sedar akibatnya. Yang memeranjatkan ialah masih terdapat sekolah melayu yang dikebangsaankan ini yang masih menunggu kemasukan murid dari kaum lain. Ini berlaku khususnya di bandar-bandar kecil dan kampong. Dibandar-bandar pula timbul tidak senang dikalangan orang bukan Melayu bila sekolah ini mirip kemelayuan. Disalahkan guru dan kerajaan yang tidak sensitif dan-cuba memelayukan etnik lain.

Timbul difikirana saya, kenapa tidak Melayu meminta hak meneruskan sekolah Melayu tulin? Bukankah ini hak yang termaktub didalam Perlembagaan. Maka bolih dibenarkan sekolah kebangsaan dengan ciri-ciri pelbagai kaum dan sekolah melayu diteruskan untuk memperjuang dan meneruskan budaya dan kebangsaan mereka.

Namakan sekolah -sekolah ini SRJK(Melayu) atau panggil sahaja dengan nama asal merek Sekolah Melayu. Dari segi bahasa penghantar, sekolah ini bolih mengunakan apa sahaja bahasa, kerana hak Melayu unuk mendapat peendidikan terbaik termaktub didalam Perlembagaan. Maka tidak akan timbul lagi soal menyoal hak cina dan hak untuk diadakan sekolah tamil.

Kenapa sekolh Melayu dilenyapkan ? Adakah ini kerana mahukan kerajaan dan meneruskkan Ketuanan. Atau addakah ini satu langkah silap politik. Kalau benar silap, masih tidak lewat melayu memperjuangkan sekolah Melayu.

One Response to Mana sekolah Melayu? Sekolah Melayu Lenyap “Dikebangsaankan”

  1. mbahLanang says:

    sebab orang melayu sendiri bila sudah sampai di atas dia tolak tangga dan goyang kaki. kebanyakan orang melayu masa kini macam enau melepaskan pucuk masing-masing .
    Orang jawe pulak alon-alon angger klakon, meneng-menengan angger sugih, adhoh dititipi, seng tinggal diuliti, ora sembrono, silap langkahey dipateni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: