Kegagalan MCA tapi salahkan UMNO

Catatan Penulis: Hari ini MCA memilih pucuk pimpinan. Tulisan ini diletak dimuka depan untuk mengingati kepincangan nya didilam hingar retorik cauvinis yang akan akan didengar hari ini. Pertama kali disiar pada 8 June 2008

Dikalangan ramai orang cina, UMNO itu parti politik yang tidak berguna, punca segala kegagalan dan kemunduran. Hendak salah siapa? UMNo sendiri berjuang diatas landasan KETUANAN. Didalam budaya cina, kalau kepala busuk, badan ikan pun sudah tentu busuk, dan mereka akan tetap salahkan “the rotten fish head” kepala ikan yang busuk.

Semasa PRU yang lalau di Petaling jaya direntang sepanduk” satu undi untuk MCA satu undi untuk UMNO'” begitu berkesan sekali eksploitasi strategi benci UMNO.

Olih kerana MCA ahli kanan BN, resepi jahanam jelas kerana MCA, walaupun bermuka dua itu mungkin terlalu keras, tetapi bayangkan seorang rakan kanan yang gagal jadi benteng pertahanan. Tidak berani langsung untuk memperjuang konsep BN dengan ikhlas dan berani. Bila parti poltik hanya berlandaskan fahaman sempit perkauman, inilah akibatnya. Tiada langsung nilai sejagat yang jadi tonggak perjuangan.

Namun bila kita kaji kedudukan dan keberkesanan MCA jelas ia juga satu parti bobrok. Dikebelakangan ini cerita SKODENG MCA hangat diperkatakan dikalangan ahlinya. Namun diharian Melayu ia tidak diliputi luas, tidak seperti pergolakan UMNO yang diikuti olih harian Cina.

Kegagalan BN menawan nurani rakyat di PRU yang lalu, sebenarnya banyak yang dikongsi sama punca olih kegagalan menteri Menteri MCA. Kementerian Kerajaan Tempatan, yang mencerminkan sistem penyampaian kerajaan gagal menunjukan keberkesanananya. Ong Ka ting terlalu sibuk dengan politik mca untuk melihat sampah sarap dan parit dan longkang di kerajaan-kerajaan tempatan. Salah UMNO?

Kegagalan kementerian Pengangkutan, khususnya didalam skandal westport mungkin terlalu besar untuk difahami rakyat. Namun, rakyat memerlukan amat sangat sistem pengangkutan awam yang berkesan, sistem bas di KL taraf dunia ketiga komen rakan saya dari Canada. Siapa yang gagal menerajunya?

ini mungkin yang dimaksudkan jangan kau jadikan orang yang tidak  jelas dan tidak kamu kenal hati nurani mereka sebagai wali. Yang jelas hanya lah NIlai sejagat tanpa warna kulit atau agama.

MCA juga tidak menunjukan kemajuan yang baik didalam mengatasi Cauvinisma dan rasisma. Malahan ia bolih dilihat sebagai satau parti yang hidup kerana ada unsur kukuh didalam penjanaan dan kesinambungan cauvinisma dan rasisma dikalangan kaum cina melalui prasarana dan budaya.

One Response to Kegagalan MCA tapi salahkan UMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: