Perkara Hati, Matters of the Heart

H A T I , adalah perkataan 4 abjad yang paling banyak digunakan didalam bahasa Melayu. Pengunaan nya yang berangkai rangkai, mencerminkan isi nurani manusia Melayu.

HATI adalah “liver” didalam bahasa Inggeris. Perkataan setara “perkara hati” didalam bahasa Inggeris ialah Matters Of the HEART. Heart adalah jantung. Dua bangsa dan dua kaedah mewarna isi nurani yang amat berbeza. Jika jantung mencerminkan perasaan, bermakna kelajuan dan tekanan aliran darah menentukan perasaan, dan nafsu. Jika Hati digunakan untuk mencerminkan perasaan, ia bermakna, perasaan manusia ditentukan olih hormon, dan BioKimia yang mempengaruhi emosi yang selepas itu mungkin ditapis otak atau akal.

Saya lebih percaya bahawa komposisi biokimia darah yang mempengaruhi emosi Dan fikiran. Degupan Jantung Hanyalah tindak balas mekanikal. Kelajuan dan kecepatan darah mengalir hanya sebahagian tindakbalas yang sebenarnya bermula dari tindakan biokimia.

Dari segi biokimia manusia, pengunaan perkataan hati lebih tepat untuk mencerminkan perasaan. Pengunaan perkataan hati yang meluas, menunjukan betapa halusnya emosi Melayu atau dari sudut lain ia juga bolih menunjukan yang empunya bahasa satu makhluk yang beremosi lebih.

Disini disenaraikan ungkapan Dan perkataan Melayu yang mengandungi pekataan HATI.

HATI, hati-hati, sakit hati, ikut hati, perhati,  makan hati, cuit hati, curi hati, sehati sejiwa, hati kering, rendam hati, prihatin,  

 Ini contoh yang lebih terperinci penerangannya mengikut rakan sekolah dato SD

baca dalam hati (heart) , ikut suka hati (wish), pokok hati-hati
> (redleafs), hati-hati (cautious) di jalanraya,
> kecilhati (disheartened) , makan hati berhulam jantung (suffering),
> sakit huluhati (heartburn?) ,perhati (observe),
> perihatian > prihaten (feeling of the heart, therefore concern),haati
> (gajah) mere (akupunya) saathi (kawan),
> adahati (presumtious) hati kering (non-humane) , busuk hati (vicious).
> banyak lagi hati lah
> termasuk Hati Tikus ooops maksud ambo Hetty Koes Endang.

Kalau berurusan dengan perkara hati akal ditolak tepi. Tambahlah!!!

One Response to Perkara Hati, Matters of the Heart

  1. yanti says:

    kalau ikut biologi, HATI ialah organ yg proses darah kotor-yg mmbawa kandungn dadah,lebihan vitamin dll. sbb tu sesuatu pkara klo bkaitan hati,akal tolak tepi…tak boleh fikirlh…hahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: