Forum Perdana – Akademi Fantasia Ustaz dan Ustazah?

Forum Perdana, adalah wadah ustazah dan ustaz menunjukan kepetahan berucap. Mana lagi peluang publisiti kerana upah dilitar syarahan amat lumayan. Didalam masyarakat yang malas membaca dan malas berfikir kumpulan pensyarah punya lebih pendapatan dari lepasan AF. Syarahan diselitkan terminologi arab hadis dan ayat allah. Maka bertafakurlah yang mendengarnaya, jadi alim, dimajlis ilmu.

Berkesankah majlis seperti ini? Sudah tentu ada baiknya. Sekurangkurangnya mengambarkan keseimbangan dengan Siti dan Mawi. Sudah tentu ada buruknya. Ia meneruskan budaya malas berfikir kerana apa kata agamawan berpakaian resmi, di ikut dan diturut bagaikan  fatwa, tanpa banyak fikir.

Waduh senang sekali, ada yang tolong mengupas ayat-ayatNyaa.  Walhal telah dijanjikanNya bahawa ayat ayat Naya adalah mudah untuk mereka yang mencarinya. Baca dan kaji dan buat kupasan sendiri.

Socrates di bawa kepengadilan  semasa budayabahas dan  bersyarah berkembang di masyarakat athens. Socrates enggan menerima upah tidak mahu menjual wahyu atau suara halus . Dia percaya dia penerima wahyu.

Saya percayakannya. Saya percaya socarates akur dengan arahan Nya jangan kau jual ayaytku dengan harga yang murah.

9 Responses to Forum Perdana – Akademi Fantasia Ustaz dan Ustazah?

  1. admin says:

    budaya malas? bergantung kepada individu sebenarnya. Saya melihat daripada perspektif, orang kampung yang tidak ada asas pengetahuan agama, yang kehidupan mereka pada padi, kelapa, ubi dan etc.saya kira agak sukar untuk mereka mengkaji dengan lebih mendalam akan jelasnya ayat ayat(baca tanda) kebesaran Allah, perkaitan al Quran dan Sains dan sebagainya. Saya kira dari aspek ini tak salah mereka bergantung.

    Andaikata interpretasi Ustaz dan Ustazah ini salah, saya kira akan senantiasa ada yang membetulkannya, paling tidak our own conscience.

    Akademi Fantasia= Forum Perdana?
    Akademi Fantasia= SMS = Membazir duit= anak dara terkinja kinja..:)

  2. inspigoblog says:

    Mengikut sumber yang telah menganjurkan majlis Forum perdana, setiap penceramah ditetapkan olih JAKIM dibayar RM 1000 seorang tidak termasuk kos hotel dan perjalanan.

    Maka orang kampong memungut derma atau memohon dari ADUN peruntukan kerana selain bayaran dianjurkan juga makan minum bersama agamawan yang dijemput. Maka naiklah saham sang penganjur dan juga sang agamawan yang pandai menarik perhatian akan terus didalam senarai JAKIM dan terus mendapat tauliah. Siapa yang anti kerajaan dan tidak popular terkeluar lah mereka dari senarai. AF=FP ?

    Saudara mempertikaikan kemampuan orang kampong baca dan mengkaji Quran? Mereka mungkin belum ramai yang boleh masuk dot com tapi baca terjemahan samada jawi atau rumi tu mereka tidak ada masaalah. Telah dijanjikan olehnya bahwa ayat-ayatku adalah amat mudah, dantanda-tanda Nya dimana-mana asalkan jangan malas mencari.

    Tidak ada siapa yang boleh menyuapkan sesiapa ilmu. Bagaimanapun ramai yang boleh mengkhayalkan, melekakan dan membodohkan manusia lain termasuk AF.

  3. admin says:

    saya tidak mempertikaikan kemampuan orang kampung membaca dan mengkaji Quran, tidak sama sekali, saya pun asalnya dari kampung juga, makan budu, makan belacan, hulu Kelantan lagi.. :). Apa yang saya fokuskan di sini ialah di kalangan ustaz ustaz ini ada yang pengetahuan lughah( baca bahasa) nya bagus dan saya kira ilmu yang ada pada mereka ini sekiranya dikongsi pada ketika itu ada baiknya.

    saya juga memfokuskan hidayah itu ada di mana mana, sebagaimana tanda tandaNya itu ada di mana mana, mungkin pada web ini, mungkin pada web saya, mungkin pada buku yang di baca, mungkin pada ceramah agama, jadi saya kira perkara sedemikian seharusnya diteruskan.

    yang tak bagus pada program itu jangan diteruskan, seperti memohon peruntukan dari Adun yang sepatutnya duit peruntukan itu pergi kepada yang hak contohnya memajukan bidang ilmu pendidikan untuk umat, menolong 8 asnaf dsbnya. Namun begitu pada hemat saya, memungut derma tidak ada salahnya, nama pun derma, yang memberi mesti ikhlas, tidak dipaksa bukan?saya yakin sebelum memberi derma
    yang memberi derma akan bertanya ke mana duit itu akan pergi.

    Tidak menjemput mereka yang anti kerajaan dan tidak popular? Itu tidak adil. Saya tidak bersetuju kerana paksi saya ialah kebenaran.

    RM1000 untuk mereka yang mencurahkan ilmu?Andaikata saya jutawan, saya rela membayar lebih banyak dari itu kepada saudara Inspi semata mata mengajar bagaimana untuk membangunkan ekonomi umat.

    RM1000 untuk mereka yang mencurahkan ilmu? TIDAK AKAN saya bayar satu sen pun semata mata untuk menjemput artis artis AF menghiburkan orang kampung. Namun ramai yang membayar artis artis AF atas nama hiburan, pendek kata premis saudara ” bagaimanapun ramai yang boleh mengkhayalkan, melekakan dan membodohkan manusia lain termasuk AF” dipersetujui oleh saya 100%.

    AF= FP?
    Itu persoalan saya,adakah boleh dibuat persamaan di antara AF=FP? Saya kira tidak.

    di dalam Al Quran, Allah bertanya kepada manusia yang lebih kurang maksudnya begini, Adakah sama mereka yang berilmu dengan tidak?

    di dalam Al Quran juga Allah mencela mereka yang menjual ayatnya dengan harga duniawi yang tidak ada nilainya..

    Wallahu ‘alam.

  4. brokangkang says:

    bro admin, kalau Akademi al-quran yang ada kat TV tu macam mana pulak?

    kalau baca quran pon nak kene sedap? tetapi orang yang mendengar nya tak faham baik layan tengok af, yang dengar lagu lagu seperti yang di nyanyikan oleh mama rina, mawi dan lain lain. sekurang kurang nya lagu pon membawa maksud dalam, sama ada anda menilai lirik atau pun bunyi (nyanyian dan instrumen)

    sama juga denga akademi al-quran, bunyi je sedap tapi satu benda tak paham nak wat gane?

    yang pasal forum perdana tu plak, kalau open bagi ustat ustat yang sayap kiri, sayap kanan dan sayap tengah ni bagi hujah bagus lah… kalau bagi ustat yang berpemikiran lurus (baca script) susah lah. kena lah ada campuran, supaya orang ramai boleh buat renungan sendiri. hidup ni pon semua nya peribadi, orang di lahir kan di berikan kuasa untuk memikir sama ada yang kiri kanan atau tengah. Pendek kata, diversiti dalam pemikiran sahaja yang memboleh membawa manusia ke hadapan.

    kata akhir daripada saya;

    “rojak yang tak ada kuah memang tak lalu”… renungkanlah

  5. brokangkang says:

    oh ya, cuba la try tengok kat tv9. skarang ni ada siri baru, tajuk dia akademi nasyid..

  6. admin says:

    Assalamualaikum Bro Kangkang,

    cuba fahami mesej saya, saya rasa anda keliru dengan apa yang dimaksudkan dan apa yang saya cuba sampaikan. Yang saya kritik di sini ialah penyamaan di antara AF dan FP dari segi nilai ilmu. AF ialah hiburan dan FP ialah ilmu. Itu yang dibandingkan. Please stay to the topic if you insist on discussing.

    sekiranya anda tidak faham bahasa al Quran, dipersilakan untuk belajar, bak kata Bro Inspi, ayat ayat Allah itu mudah..gunakan minda anda dan kekuatan anda sebagai anak muda sebagaimana anda mampu menganalisa sedap atau tidak suara Mawi dan yang seangkatan dengannya.

    saya setuju dengan hujah anda, berkaitan dengan pemikiran yang diverse dan sebagainya, dimana hujah saya yang kelihatan lain atau tidak selari dari itu? Setahu saya, Yang saya tekankan ialah, proses membaik pulih FP. So PLEASE READ between lines.

    Kata akhir dari saya,

    membaca, mendengar al Quran dapat pahala walaupun tak faham, begitu juga dengan duduk di majlis ilmu dengan syarat mematuhi adab, pun akan dapat pahala. Ini mafhum kata rasulullah s.a.w. Itu neraca saya.

    Mendengar akademi fantasia dapat pahala kah? Neraca siapa yang digunakan di sini? Neraca lidah merasa rojak?

    Renungkanlah..

    wallahualam.

  7. brokangkang says:

    salam bro admin,

    itu la kepala saya weng siang tadi. walau apa apa pun terima kasih lah kerana bagi cahaya terang kepada diri saya… apa apa pun, ada number ustaz ustaz yang berkepala open tak? saya ingat nak belaja ngaji lah ngan belaja baca quran… nenek yang tinggal depan umah ni dah lama dah tak de.. harap harap boleh tolong eh bro admin

    yang sedang merenung,
    brokangkang

  8. inspigoblog says:

    brokangkang,

    membaca dan megaji alQuran tidak perlu ustaz. Yang perlu adalah niat dan kemahuan murni mencari kebenaran. Jangan lupa doa Ya allah, lindungi aku dari syaitan yang direjam, berikan aku hidayah dan petunjukan, jadikan ayat-ayatmu mudah seperti yang telah kau janjikan.

    sekiranya sudi lawati

    https://inspigoblog.wordpress.com/category/religion-of-abraham/page/9/
    https://inspigoblog.wordpress.com/category/religion-of-abraham/page/10/

    Bro admin,

    Hujah saudara petah atau eloquent. Ada benarnya hujah saudara, tetapi walau pun ada benarnya , ada pahalanya, dan ada faedahnya, kaedah atau pendekatan yang digunakan adalah terlalu lapok dan tidak berkesan. syarahan ugama saya dah dengar sejak saya kecil bermakna pendekatan bersyarah yang telah digunakan oleh jabatan agama dan orang islam telah diguna sejak berpuluh puluh tahun malahan sebelum merdeka. Apa kesannya? ramai yang buta Quran kerana, mendengar sudah cukup kerana dapat pahala, bukan kebenaran yang dicari.

    Tambahan pula ia memberi “false sense of religiousity” atau keilmuan palsu.

    Ustaz-ustaz ini sewajibnya, bersyarah didalam satu topik sahaja, bacalah Quran wahai penonton sekelian. Bacalah quran, bacalah quran, mari belajar memahami quran bukanya nak jadi perantaraan penting diantara quran dan umat.

    Kerana perantaraan inilah yang menjadikan umat bodoh.

    Kadang-kadang terfikir bahwa islam seolaholah telah dikatolikkan. Ditambah pula ada ura ura nakdiadakan imam besar macam pope. Jika kita lihat di US, alustaz alustaz katolik dan protestan yang kaya raya dengan stesen TV tersendiri.

    Topik asal ialah FP bagai AF ustaz dan ustazah. Didalam industri muzik dan hiburan ada bakat tv, battle of the band, juara lagu klasik, bintang popular dan Akademi Fantasia.

    Didalam industri agama pula ada Akademi nasyid, akademi alquran . dan itu dan ini dan forum perdana.

    Ada persamaan? keduaduanya amat tidak berkesan dari segi mutu tetapi berkesan dari segi populariti .

    Tengok Discovery channe, national geographic lagi berfaedah kerana mengagungkan kebesaran dan keagungan nya BUKAN dengar orang jual ubat

  9. admin says:

    waalaikumussalam warahmatullah brokangkang.

    Saya tidak dapat memberikan apa apa nombor telefon kepada saudara,bukan kerana saya enggan, namun sesungguhnya saya kini menetap di luar negara dan tidak ada kontak dengan mana mana ustaz di Malaysia. Namun saya persilakan saudara untuk menjelajah beberapa website di bawah. Harap dilawati. Insha ALLAH saya dapati website ini bermanfaat dan opennya menepati kehendak saudara. Ianya dikelolakan oleh saudara Hafiz Firdaus. Website nya ialah:

    http://www.hafizfirdaus.com

    Bagi mendengar kuliah pula, dipersilakan ke saluran ini:

    http://www.youtube.com/user/proalahkam

    Saudara Inspi:

    Saya bersetuju dengan pandangan saudara bahawa Islam yang kita anuti jangan dijadikan seumpama agama Katolik. Sesungguhnya dalam Islam, kata kata dan percakapan sesiapa sahaja boleh dibangkang dan dipersoalkan sekiranya ianya tidak selari dengan Quran dan Sunnah. Wallahu alam.

    Terima kasih di atas diskusi dan pencerahan.

    Assalamualaikum

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: